Monday, October 10, 2022

'PAS akan terus pujuk BN untuk bekerjasama'

bharian.com.my
Oleh Nor Fazlina Abd Rahim dan Hidayatidayu Razali 
bhnews@nstp.com.my
- Oktober 10, 2022 @ 5:08pm
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. 
- Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: PAS akan terus berusaha memujuk Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama dalam penyatuan ummah bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di peringkat Parlimen.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata parti itu mahu ketiga-tiga parti berteraskan Melayu bersatu pada PRU akan datang.

"PAS tiada muslihat seperti mana dakwaan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya ia demi maslahah atau keutamaan kepentingan kepada agama dan parti.

"Kita akan berusaha memujuk UMNO sehingga ke akhirnya (PRU) untuk menyertai penyatuan ummah kerana sekarang ini kita tidak tahu lagi bila penamaan calon.

"Masa (untuk memujuk) masih ada dan kita harap pimpinan UMNO boleh melihat perkara ini dengan lebih rasional. Seperti di Melaka (Pilihan Raya Negeri) kita pujuk dan kita bincang dengan UMNO sehingga saat akhir, tetapi UMNO menolak.

"Jadi, kita tiada pilihan pada masa itu dan terpaksa turun bertanding serta melawan UMNO," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, begitu juga pada PRN Johor PAS berusaha memujuk UMNO untuk bekerjasama sehingga saat akhir.

"Bila UMNO menolak, PAS tidak mempunyai pilihan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan PAS mempunyai muslihat dalam penyatuan ummah, Mohd Amar berkata, pihaknya juga boleh berkata parti berkenaan juga mempunyai muslihat.

Terdahulu, media melaporkan, Ahmad Zahid menyifatkan cadangan PAS untuk bekerjasama bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan UMNO dan BERSATU dalam PRU-15 sebagai satu taktikal penuh muslihat.

Katanya, UMNO dan BN sudah menetapkan pendirian jelas bahawa jika pun kerjasama antara dua parti itu mahu dibentuk dalam PRU, ia mesti bersifat menyeluruh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-