malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Oct 21, 2022
PRU15 | Pengerusi Bersatu Terengganu, Razali Idris, menyatakan dia yakin mampu menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika bertanding.
Namun, katanya, dia memilih untuk tidak menyertai PRU pada 19 Nov ini kerana mahu menumpukan perhatian kepada tugasannya selaku ahli Dewan Negara.
Pada masa sama, kata Razali, dia juga tidak mahu dicalonkan Perikatan Nasional (PN) Terengganu berdasarkan semangat setia kawan dengan PAS.
"Mana kalah... tak kalah, insya-Allah dan saya (tak tanding) bukan takut kalah sebaliknya beri laluan untuk PAS tanding di kerusi (yang akan ditentukan PN)," katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu Razali dihubungi untuk mendapatkan reaksi mengenai keputusannya tidak bertanding sebagai calon PN dalam PRU ke-15 bulan depan.
Ekoran pengumuman dibuat Razali baru-baru ini, timbul spekulasi yang menganggap keengganan tersebut didorong oleh kebimbangan dia sekali gagal mendapat kemenangan.
Dalam PRU ke-14, Razali diletakkan sebagai calon Bersatu-Pakatan Harapan (PH) di kerusi parlimen Hulu Terengganu. Bagaimanapun dia tertinggal jauh daripada pemenang, Rosol Wahid, dari Umno-BN yang memperoleh 30,926 undi.
Juga tidak merajuk
Tempat kedua pula dikuasai calon PAS, Muhyidin Abdul Rashid, yang mendapat 28,057 undi. Razali hanya memperoleh 3,364 undi.
Secara keseluruhan ada lapan kerusi parlimen di Terengganu dengan enam daripadanya dimenangi PAS. Selain Hulu Terengganu, Umno-BN juga memenangi Besut melalui Idris Jusoh.
Selepas PH membentuk kerajaan melalui mandat pada PRU ke-14, Rosol meninggalkan Umno untuk menjadi ahli parlimen bebas sebelum akhirnya menyertai Bersatu.
Bersatu kemudian meninggalkan PH sehingga membawa jatuhnya gabungan tersebut daripada menjadi kerajaan.
Kata Razali, sebagai senator dia mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan sehingga penggalnya tamat pada 2024.
Keputusan enggan dicalonkan itu, menurutnya, sudah dimaklumkan kepada Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, dia yang juga anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata memang tiada kerusi parlimen yang dilihat sesuai diperuntukkan kepadanya.
Jika ada sekali pun, katanya, ia adalah kawasan yang dimenangi oleh PAS pada 2018.
"Saya tak merajuk pun. Saya kekal sebagai senator sehingga habis penggal.
"Lagi pun saya tak ada kerusi dan kebetulan tempat saya itu (kerusi untuk) PAS. Jadi, kita tak boleh ganggulah dan sebab itu saya pilih untuk tidak bertanding dan kita bagi laluan kepada (penyandang) kerusi yang dah menang sekarang," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -15 Oct 2024, 08:35 PM Tidak dapat dipastikan sama ada Abdul Hakim Hamidi pernah menganggotai mana-mana ...
-
harakahdaily.net October 13, 2024 KUALA LUMPUR: Yayasan Permata Ummah mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang te...
-
malaysiakini.com B Nanhta Kumar Diterbitkan: Oct 13, 2024 7:07 PM Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz tampil...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - Oktober 16, 2024 @ 10:39am Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk S...
-
bharian.com.my Oleh ROSLAN ZAMAN 15/10/2024 Zaman atuk dan nenek kita mesti kenal siapa Mat Sentol. Seniman ini cukup dikenali sebagai pelaw...
-
mediaislam.net MI October 14, 2024 Inisiatif kerjasama antara empat negeri di bawah gabungan State Government 4 (SG4) yang terdiri daripada...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 13, 2024 Tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyindir Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurut...
-
bharian.com.my Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my - Oktober 14, 2024 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir ke Mah...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Oct 14, 2024 1:00 PM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu dua lagi lokasi yang digunakan un...
-
freemalaysiatoday.com Mohamad Fadli -15 Oct 2024, 05:22 PM Ahli Parlimen PKR dan PAS senada berhubung penggunaan Sosma ke atas individu berk...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.