malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Oct 21, 2022 8:51 AM
Dengan gendang perang PRU15 sudah dipalu, apakah yang mungkin akan berlaku sebulan dari sekarang, apabila berakhirnya hari mengundi pada 19 November?
Berucap dalam Konvensyen PH di Ipoh malam tadi, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke membayangkan kejayaan gabungan itu dalam merampas semula Putrajaya.
Menyuarakan harapan mereka akan meraih majoriti mudah 112 kerusi di Dewan Rakyat, Loke turut membayangkan Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kesepuluh.
"Bayangkan, sebulan dari sekarang, selepas pusat mengundi ditutup, kita akan berkumpul seperti malam ini di Kuala Lumpur.
"Menjelang satu pagi 20 November, kita menonton skrin LED di depan kita, siaran langsung Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh umumkan kita menang kerusi ke-112. Maka, kerajaan PH akan ditubuhkan.
"Tak lama kemudian, setiausaha agung PH (Saifuddin Nasution Ismail) dapat panggilan dari istana untuk undang pengerusi kita menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam sembilan pagi keesokannya, untuk angkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10," kata Loke.
Dia berkata demikian dalam ucapan penuh semangatnya di hadapan kira-kira 7,000 anggota dan penyokong PH di Pusat Konvensyen Ipoh malam tadi.
Mengakui dia seorang yang memiliki impian dan cita-cita tinggi, Loke yang merupakan penyandang ahli parlimen Seremban berkata ia boleh menjadi realiti jika semua anggota PH bersatu.
"Bagaimana kita dapat capai ini? Sepanjang dua tahun ini, PH hadapi banyak cabaran. Selepas 'Langkah Sheraton', kita lalui banyak kesukaran.
"Ia terletak pada kepimpinan PH, berkenaan hala tuju dan jika kita nak guna logo (PH).
"Tapi malam ini, saya gembira untuk katakan yang kita hanya ada seorang ‘commander-in-chief’ iaitu Anwar Ibrahim," katanya lagi.
Justeru, dia berkata DAP akan terus menyokong Anwar "bukan kerana dia Anwar Ibrahim, tetapi dia berprinsip dan konsisten dengan perjuangan menentang rasuah dan melaksanakan reformasi".
Konvensyen semalam turut menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri PH dan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun di negeri itu.
[Baca berita asal]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
Di bawah ialah kenyataan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan : Saya dan seluruh rakyat Malaysia amat sedih ekoran kes-kes k...
-
Arahan kementerian menyebabkan guru dan pelajar perlu mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan sekolah, sementara menunggu kontr...
-
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau bertanding melawan penyandang Datuk Seri Azmin Ali dan sekutunya kerana rekod me...
-
Diterbitkan 13 Sep 2018, 6:02 petang Siasatan polis mendapati sejumlah AS$972 juta (RM2.973 bilion) dipindahkan ke akaun bank AmIslamic...
-
ULASAN Al-Abror Mohd Yusuf | Diterbitkan 17 Sep 2018, 12:15 tengah hari PULASAN | Jika kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencadang...
-
Bernama September 21, 2018 05:21 MYT Najib hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2....
-
Bernama - September 27, 2018 8:01 AM Anwar berkata, baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha, semua berpakat dalam p...
-
Diterbitkan 26 Sep 2018, 10:18 malam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa parti itu bersetuju untuk bertanding d...
-
News | Diterbitkan Hari ini 6:12 petang Mukhriz Mahathir bersedia untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan per...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.