malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Oct 7, 2022 3:09 PM
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz meninggalkan Kementerian Kewangan kira-kira 2.30 petang untuk ke parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 4 petang ini.
Sebelum itu Tengku Zafrul menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama kementerian.
Senator itu memakai baju Melayu berwarna biru firus lengkap bersamping sambil memegang beg berwarna hitam yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023.
Turut mengiringi Tengku Zafrul ke parlimen ialah kedua-dua timbalannya Mohd Shahar Abdullah dan Yamani Hafez Musa.
Ketika ditanya kandungan Bajet 2023, Tengku Zafrul hanya bersenyum lebar kepada pengamal media.
Bajet 2023 dijangka meneruskan momentum pemulihan semasa selain memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi.
Bertema Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia, bajet itu juga menyaksikan kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat, perniagaan serta ekonomi.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Hariz Mohd Diterbitkan 27 Ogs 2018, 5:56 petang Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor berkata peristiwa "mata lebam" Dat...
-
agendaily.com 24/2/2022 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir OLEH DIYANA IBRAHIM November 07, 2013 Latest Update: November 07, 2013 04:19...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
agendaily.com 05/07/2023 Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Zahid Hamidi. Penghinaan terhadap penjawat ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.