Tuesday, October 11, 2022

Umno sedia lawan PAS di 27 Parlimen kritikal, kata Khaled

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
-October 11, 2022 7:07 AM
Naib Presiden Umno Khaled Nordin, berkata PAS gagal memenuhi tiga tuntutan dikemukakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagi menjalin kerjasama kerjasama politik dengan memutuskan hubungan bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

KUALA LUMPUR: Pertembungan Umno dengan PAS di 27 kerusi Parlimen kritikal tidak dapat dielakkan susulan kegagalan parti itu gagal memenuhi ‘tiga syarat’ ditetapkan Ahmad Zahid Hamidi berkaitan hubungan dengan Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden Umno Khaled Nordin, berkata akibat kegagalan memenuhi tuntutan itu secara automatiknya Umno tiada hubungan bersama PAS.

“Kalau tak ada (hubungan dengan PAS) memang maknanya akan ada pertandingan (di 27 kerusi),” tegas Khaled selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, malam tadi.

Sebelum ini, PAS menyatakan kesediaan berunding dengan Umno dalam menentukan hala tuju 27 kerusi Parlimen dianggap kritikal bagi mengelakkan pertembungan.

27 kerusi kritikal itu merujuk kawasan jika undi Umno dan PAS digabungkan akan menjadikan peluang menang lebih besar demi menumpaskan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2 Okt, Zahid yang juga presiden Umno, mengemukakan tiga tuntutan kepada PAS sebelum kembali menjalin kerjasama politik – PAS keluar Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi parti itu “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.

Bagaimanapun, pada 8 Okt, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, memutuskan untuk meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan “komitmen” bersama Umno dan Bersatu berdepan PRU15. Katanya, perlu ada “keanjalan” dalam rundingan antara ketiga-tiga parti.

“Termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan,” katanya.

Mengulas perkara itu, Khaled berkata, apabila PAS tidak menerima syarat-syarat berkenaan maka dengan sendirinya kerjasama itu ‘gugur’.

Sementara itu, Khaled berkata, Umno akan memulakan proses pemilihan calon PRU15, bermula hari ini.

Menurutnya, ketua Umno negeri akan mengemukakan senarai nama calon kepada pucuk pimpinan untuk dipilih dan dimuktamadkan.

“Kita (Umno) kalau ikut biasa yakni jika ikut perlembagaan kita, ketua Umno negeri kena kemukakan kepada pucuk pimpinan.

“Esok (hari ini) kita mulakan proses,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-