Diterbitkan: Nov 2, 2022 8:15 AM
BN meletakkan bekas timbalan menteri hal ehwal Islam Dr Mashitah Ibrahim untuk bertanding di kerusi parlimen Kuala Kedah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Perkara ini dimaklumkan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi pada majlis di WTCKL, malam tadi.
Mashitah pernah menang kerusi Parlimen Baling pada 2004 dengan mengalahkan calon PAS yang juga bekas imam Masjid Negara Taib Azamudden Md Taib.
Mashitah kemudian dilantik senator pada 2008 untuk memegang jawatan timbalan menteri di JPM.
Pada PRU15 ini, Mashitah dijangka menghadapi pertandingan empat penjuru di Kuala Kedah menentang Azman, calon PN dari PAS Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan calon GTA yang dikatakan akan mempertaruhkan Ketua Penerangan Bersatu Ulya Aqamah Husamudin.
Kerusi Kuala Kedah dikuasai PKR sejak calonnya Ahmad Kassim menewaskan penyandang kerusi itu Hashim Jahaya pada pilihan raya umum 2008.
Pada PRU14, Azman meraih 36,624 undi dengan majoriti selesa 13,481 undi menewaskan calon PAS Muhammad Riduan Othman yang memperolehi 23,143 undi dan calon Umno Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 19,400 undi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.