Wednesday, November 2, 2022

Shahidan bidas calon gantinya di Arau sebagai ‘mesin padi’

agendaily.com
2/11/2022
Datuk Seri Shahidan Kassim bidas calon Barisan Nasional yang menggantikannya sebagai calon 'mesin padi'.

Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dipilih untuk menggantikannya sebagai calon ‘mesin padi’.

Ketua Bahagian UMNO Arau itu yang namanya disingkirkan dalam pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam bukan calon yang boleh menang, malah tidak pernah menjejak kaki ke kawasan tersebut.

“Kalau calon itu daripada kriteria calon boleh menang saya tiada masalah, bukannya calon mesin padi dan tidak pernah jejak kaki ke bahagian ini,” katanya dipetik laporan BH.

Untuk rekod, Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman semalam diumumkan Zahid sebagai pengganti Shahidan.

Langkah Zahid tersebut mengakibatkan hampir semua pusat daerah mengundi (PDM) di Arau ditutup dan jentera parti lumpuh.

Shahidan juga menempelak dan menggesa Zahid supaya melepaskan jawatannya dan digantikan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menerajui parti utama orang Melayu itu selepas ini.

“Pandangan saya senang, BN akan kembali pulih kalau Zahid berhenti dan tak bertanding.

“Malah, saya lebih senang memilih calon pengganti yang ada memegang jawatan dalam peringkat bahagian Arau, ini langsung tiada jawatan dalam bahagian,” katanya.

Shahidan turut mendedahkan bahawa calon penggantinya itu pernah menghubunginya bagi memaklumkannya untuk bertanding di Parlimen Arau namun ia tidak mendapat restu di peringkat bahagian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-