Saturday, December 3, 2022

Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi

agendaily.com
3/12/2022
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) yang dibentuk sekarang disifatkan sebagai luar tabii kerana menipu rakyat dan melanggar prinsip demi semata-mata mahu berkuasa, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengarah Pilihan Raya PAS itu membidas kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini sedang ditadbir secara songsang kerana melantik individu berdepan kes mahkamah sebagai menteri, malah dilantik memegang jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan.

“Saya nak tunjukkan bahawa negara ini yang sedang bergerak songsang dalam bidang politik mesti diperbetul, kerajaan yang dibentuk itu bertentangan dengan aspirasi dan kehendak rakyat Malaysia,” katanya dalam ceramah semasa kempen di Padang Serai malam tadi.

Sanusi berkata kerajaan PH-BN yang memerintah negara ketika ini tidak memenuhi aspirasi keseluruhan rakyat yang menuntut sebuah kerajaan yang bersih dan stabil.

“Tsunami yang melanda ini yang patut difahami oleh semua orang daripada budak sampai ke orang tua ialah tsunami Melayu.

“Tsunami hendak kepada kerajaan bersih, stabil, prihatin bukan kerajaan kleptokrasi berpakat dengan menubuhkan kerajaan… Kerajaan ini kerajaan luar tabii,” katanya lagi.

Tegasnya lagi, kerajaan yang sedang memerintah negara ketika ini mengecewakan semua hasrat dan cita-cita rakyat yang mahu melihat perubahan dapat dilakukan tetapi sebaliknya negara kembali menjadi seperti sebelum ini ditadbir oleh kumpulan perasuah.

“Tuan-tuan sekalian kerajaan ini kerajaan yang mengecewakan kita semua.

“Selepas berlaku pembentukan kerajaan luar tabii ini, ia nampaknya sedang dinormalkan supaya rakyat dapat menerima segala keputusan dan tindakan yang diambil pihak parti pemerintah,” katanya lagi.

Menteri Besar Kedah itu juga berkata tindakan Anwar melantik anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak boleh diterima, malah disifatkan memalukan negara di mata dunia kerana dilihat sedang bersekongkol dengan kumpulan perasuah.

“Tiba-tiba selepas lapan hari benda yang paling kita tak mahu berlaku dalam negara ini, melantik seorang yang ada kes mahkamah begitu banyak dengan puluhan pertuduhan yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Akhirnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, ini satu yang sangat luar tabii.

“Adakah satu tabiat yang betul melantik orang yang ada kes mahkamah jadi para pemimpin negara ni? Tak betul tuan-tuan, tak boleh jadi,” katanya.

Sanusi menggesa supaya pengundi di Parlimen Padang Serai memberi mesej yang jelas kepada Anwar dan kerajaan dengan menolak mereka pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 7 Disember nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-