Sunday, December 11, 2022

Saya tidak beri jaminan melepaskan sesiapa daripada hukuman - Anwar

bharian.com.my
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bh.com.my
 - Disember 11, 2022 @ 7:35pm


Perdana Menteri berucap pada pertemuan bersama ulama dan asatizah di Kompleks Seri Perdana, hari ini. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah memberi jaminan akan melepaskan sesiapa daripada hukuman, sekiranya diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

Sekiranya beliau mampu kompromi seperti itu, Anwar berkata, beliau sudah menjadi Perdana Menteri sejak bertahun-tahun lalu.

"Kebebasan, profesionalisme badan-badan kerajaan, saya adakan beberapa pertemuan dengan ketua polis negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan lain-lain yang memberi gesaan yang sama.

"Saya membuktikan bahawa ada orang Melayu, anak Melayu yang gunakan kuasa untuk menjaga dan membela nasib rakyat terbanyak.

"Saya nak buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu dihormati, diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana, di sini hari ini.
Anwar diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kiri) pada program di Kompleks Seri Perdana, hari ini.
- Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-