24/01/2023
Pemimpin dan penyokong tegar UMNO tidak perlu menafikan bahawa mereka kini berketuakan individu yang sedang membela diri di mahkamah terhadap 47 pertuduhan jenayah, termasuk menerima rasuah, melibatkan jutaan ringgit.
Pada masa sama, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari turut membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang turut berasa ‘panas’ dengan kenyataannya meminta Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencermin diri dahulu.
Justeru, beliau mengingatkan sama ada ‘sedekah’ atau ‘rasuah’ yang dikaitkan dengan PAS ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu, biar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menentukannya.
Malah, katanya SPRM juga sudah mengeluarkan kenyataan berhubung isu sedekah atau rasuah itu yang akan disusuli dengan siasatan dan pendakwaan sekiranya ada kes.
“Panas benar penyokong Barisan Nasional (dan Pakatan Harapan) apabila saya minta Datuk Seri Presiden membeli cermin. Tak kira apa tafsiran rasuah dan sedekah sekalipun, ada kes bawa ke SPRM, mudah sahaja.
“Jangan nafikan anda sedang berketuakan seorang yang sedang hadapi puluhan dakwaan kes rasuah di mahkamah! Rakyat yang ada maruah, akan humban anda sekali lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini (24 Januari) tanpa menyebut nama pemimpin berkenaan, namun dipercayai merujuk kepada Zahid.
Untuk rekod, pada 24 Januari 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah mendapati ada kes terhadap Zahid yang menghadapi 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, dan mengarahkannya membela diri.
Lapan daripada pertuduhan itu adalah berkaitan rasuah, di mana Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.
Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang yang juga seorang peguam, Hassan Karim, dalam kenyataannya sebelum ini menafsirkan bahawa dalam perbicaraan awal, Zahid telah didapati bersalah dan disebabkan itu hakim mengarahkannya membela diri.
Prosiding bela diri itu telah selesai, namun ada tambahan perbicaraan bela diri diberikan terhadap Zahid yang kini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama 27 hari bermula 10 April hingga 24 Ogos depan.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata pemimpin UMNO dan PH tidak perlu kelam-kabut berhubung isu sedekah itu kerana SPRM sudah membuat kenyataan.
“(Namun) apa yang pasti ialah jawatan nombor dua (dalam) kerajaan PH-BN sedang disandang oleh tokoh yang sedang menghadapi dakwaan rasuah di mahkamah. Itu adalah pasti. Tiada penafian.
“Pada hal kerajaan (PH-BN) dikatakan (kononnya) mempunyai 148 Ahli Parlimen yang menyokong… (oleh itu) tiada keperluan mendesak mengekalkan TPM yang ada kes pendakwaan rasuah,” katanya.
Ahmad Fadhli berkata ini menunjukkan kerajaan PH-BN tidak mementingkan sangat isu integriti.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari menyuruh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencermin diri sendiri apabila bercakap mengenai isu rasuah.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.