Tuesday, February 7, 2023

Anwar tiba di Ibu Pejabat UMNO selepas 25 tahun

bharian.com.my
Oleh Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz 
bhnews@bh.com.my
- Februari 7, 2023 @ 7:53pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn pada jam 7.42 malam ini.

Kehadiran Perdana Menteri di situ adalah selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana.

Beliau dijadualkan mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, kira-kira jam 8.30 malam ini.

Mesyuarat malam ini juga dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir adalah pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, Ahmad Zahid memaklumkan mengenai penubuhan sekretariat itu, yang ditubuhkan bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan, dengan pejabat urusannya bertempat di Menara Dato' Onn.

Timbalan Perdana Menteri itu juga memaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan mengetuai sekretariat berkenaan.

Sekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang kini terdiri daripada 148 Ahli Parlimen sekali gus menguasai dua pertiga majoriti.

Anwar dipecat dari UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu, Menara Dato' Onn adalah tempat asing baginya untuk dikunjungi.

BERITA BERKAITAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-