Saturday, March 18, 2023

Empat bulan saya bersabar, kata PMX bidas pengkritik kerajaan campuran

agendaily.com
18/03/2023
Anwar dan Zahid tidak bimbang dengan ramalan kerajaan campuran akan jatuh.

Selama empat bulan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabar selepas pelbagai kritikan dibuat terhadap kerajaan campuran yang diketuainya sejak menguasai Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Perdana Menteri itu berkata kesabarannya ada hadnya dan sedia melawan pengkritiknya, ia selepas kerajaan campuran berdepan kritikan teruk lantikan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun mempunyai puluhan pertuduhan kes rasuah di mahkamah.

Presiden PKR itu semasa berucap pada Kongres Khas PKR hari ini membalas pengkritiknya yang mempersoalkan pelbagai janji dalam manifesto yang tidak dilaksanakan dan bersikap sinikal dengan tindak tanduk kerajaan yang kononnya menentang rasuah itu.

“Ini gelanggang saya (kongres) Parti Keadilan Rakyat. Empat bulan saya bersabar. saya bicara secara teratur dan bicara sebagai seorang Perdana Menteri.

“Hari ini, saya bicara sebagai seorang Presiden Keadilan (PKR), gerakan reformasi. Saudara mahu ugut kita dengan perhimpunan, mahu ugut (supaya) kita takut bertindak kepada orang perasuah sebab salah pilih seorang Perdana Menteri.

“Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan. (Kalau) kamu cuba nak rampas (pentadbiran kerajaan) silakan tetapi tidak mudah.

“Kita siap dengan keris…membujur lalu melintang patah,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden.

Untuk rekod, Anwar dikritik banyak pihak berhubung isu lantikan Zahid dalam pentadbirannya dengan pemerhati melihat ia langkah terdesak untuk kekal berkuasa.

Pelbagai isu juga terpalit melibatkan pentadbiran Anwar dan baru-baru ini isu lantikan anak perempuannya, Nurul Izzah sebagai penasihat di Kementerian Kewangan juga mencetuskan polemik dikalangan pemerhati politik.

Anwar pada mulanya cuba mengatakan ia bukan satu amalan nepotisme tetapi pengkritik berpandangan sebaliknya.

Selain itu, kerajaan Anwar juga dilihat tidak mahu mendengar suara rakyat yang kebanyakkan menuntut pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disamping janji minyak turun sebelum ini yang tidak ditunaikan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-