Wednesday, March 22, 2023

Najib dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
 - 22 Mar 2023, 12:02am

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun dibenarkan keluar pada Selasa.
Najib Razak mengalami jangkitan paru-paru teruk dan diberikan antibiotik intravena selama beberapa hari.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru, dibenarkan keluar pada Selasa.

Menurut sumber yang enggan dinamakan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengalami jangkitan paru-paru kira-kira dua minggu.

Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Jumaat, tetapi dibenarkan keluar pada Selasa.

“Beliau mengalami jangkitan paru-paru teruk dan diberikan antibiotik intravena selama beberapa hari,” kata sumber itu kepada FMT.

Sementara itu, peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee memberitahu Malay Mail bahawa Najib semakin pulih.

Najib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya atas penyalahgunaan lebih RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Beliau dijadualkan hadir di mahkamah pada 31 Mac ini, di mana Mahkamah Persekutuan akan menetapkan keputusan berhubung semakan semula sabitan dan hukuman bagi kes itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-