FMT Reporters
09 Apr 2023, 3:30pm
Kua Kia Soong berkata jika Anwar Ibrahim mempunyai bukti menyokong dakwaannya, beliau sepatutnya membuat laporan kepada SPRM.
PETALING JAYA: Seorang aktivis mempersoalkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan dibuatnya terhadap Dr Mahathir Mohamad ketika kongres PKR bulan lalu.
Kua Kia Soong berkata, jika Anwar mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan yang Mahathir mengayakan keluarganya semasa berkuasa, perdana menteri sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekarang.
“Bagi seorang perdana menteri yang komited dengan pendekatan sifar toleransi terhadap salah laku dan rasuah, adalah menghairankan bahawa beliau selama ini tidak melaporkan dakwaan mengenai Mahathir mengayakan diri kepada SPRM.
“Sebaliknya, Anwar menjadikannya sebagai satu dakwaan yang besar dan serius sebagai pertikaian antara mereka,” katanya dalam kenyataan.
Pada 28 Mac, Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun bawah kerajaan Barisan Nasional dan 22 bulan lagi ketika Pakatan Harapan berkuasa pada 2018, mendedahkan peguamnya menuntut Anwar menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari.
Bagaimanapun, Anwar berkata pada Jumaat bahawa beliau akan mengemukakan bukti dakwaannya terhadap Mahathir.
Pada Selasa, peguam Anwar berkata mereka akan menjawab surat tuntutan Mahathir pada 17 April. Ahli Parlimen Damansara daripada DAP Gobind Singh Deo akan bertindak sebagai peguam utama Anwar.
Kua bertanya sama ada keengganan Anwar untuk membuat laporan SPRM terhadap Mahathir berpunca daripada “rahsianya sendiri yang tersimpan di tangan Mahathir”.
“Hanya masa akan menentukan sama ada Anwar akan melaporkan dakwaannya mengenai Mahathir kepada SPRM. Jika dia benar-benar percaya pada sifar toleransi terhadap rasuah, dia harus melakukannya,” kata bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu.
Kua Kia Soong berkata jika Anwar Ibrahim mempunyai bukti menyokong dakwaannya, beliau sepatutnya membuat laporan kepada SPRM.
Dr Mahathir Mohamad menghantar surat tuntutan berhubung dakwaan Anwar Ibrahim yang dibuatnya pada kongres PKR.
PETALING JAYA: Seorang aktivis mempersoalkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan dibuatnya terhadap Dr Mahathir Mohamad ketika kongres PKR bulan lalu.
Kua Kia Soong berkata, jika Anwar mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan yang Mahathir mengayakan keluarganya semasa berkuasa, perdana menteri sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekarang.
“Bagi seorang perdana menteri yang komited dengan pendekatan sifar toleransi terhadap salah laku dan rasuah, adalah menghairankan bahawa beliau selama ini tidak melaporkan dakwaan mengenai Mahathir mengayakan diri kepada SPRM.
“Sebaliknya, Anwar menjadikannya sebagai satu dakwaan yang besar dan serius sebagai pertikaian antara mereka,” katanya dalam kenyataan.
.
Kua Kia Soong.
Pada Jumaat, Anwar berkata beliau akan menunjukkan bukti kepada Mahathir untuk menyokong kenyataannya, yang mendorong bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menghantar surat tuntutan kepada perdana menteri.Pada 28 Mac, Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun bawah kerajaan Barisan Nasional dan 22 bulan lagi ketika Pakatan Harapan berkuasa pada 2018, mendedahkan peguamnya menuntut Anwar menarik balik kenyataan dalam tempoh tujuh hari.
Bagaimanapun, Anwar berkata pada Jumaat bahawa beliau akan mengemukakan bukti dakwaannya terhadap Mahathir.
Pada Selasa, peguam Anwar berkata mereka akan menjawab surat tuntutan Mahathir pada 17 April. Ahli Parlimen Damansara daripada DAP Gobind Singh Deo akan bertindak sebagai peguam utama Anwar.
Kua bertanya sama ada keengganan Anwar untuk membuat laporan SPRM terhadap Mahathir berpunca daripada “rahsianya sendiri yang tersimpan di tangan Mahathir”.
“Hanya masa akan menentukan sama ada Anwar akan melaporkan dakwaannya mengenai Mahathir kepada SPRM. Jika dia benar-benar percaya pada sifar toleransi terhadap rasuah, dia harus melakukannya,” kata bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.