Saturday, May 13, 2023

Kerajaan Madani takut orang Melayu bersatu dan bangkit?

ismaweb.net
13/05/2023

Hanya mereka yang mati 'perjuangan bangsa' akan bantah Proklamasi Melayu
BANGI, 22 Syawal 1444H, Sabtu – Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah takut orang Melayu bersatu dan bangkit menentang dasar yang dibuat – yang mana sehingga ke hari ini belum menampakkan tindakan positif kepada bangsa Melayu.

Ketakutan kerajaan semakin menjadi-jadi apabila pemimpin parti-parti PAS dan BERSATU turut menyokong program yang menyatukan orang Melayu – Proklamasi orang Melayu yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jurucakap Gagasan Bangsa, Haji Aminuddin Yahaya berkata, sejak mula Proklamasi Orang Melayu diuar-uarkan sebulan yang lepas, hampir setiap hari ada sahaja kenyataan dari pihak kerajaan atau penyokong-penyokong tegar PMX yang memberikan komen yang negatif.

“Lagi teruk, negatif yang tidak berfakta pun, hanya nak meroyan kosong sahaja.

“Malah, ia telah menjadi mimpi ngeri kepada pihak kerajaan sehingga semua pihak termasuk ada ketua-ketua NGO didesak membuat kenyataan untuk membantah.

“Pelbagai label diberikan antaranya; kenyataan lapuk yang di ulang, kenyataan berbaur rasis, kenyataan bersifat politik dan sebagainya,” katanya.

Atas sebab itu, beliau mempersoalkan apakah salah kalau ada pihak yang mahu menyatukan kembali orang Melayu?

“Hanya mereka yang mati jiwa perjuangan terhadap bangsa Melayu akan membantah apatah lagi menggelupur pada proklamasi ini,” katanya.

Hakikatnya, beliau berkata, sehingga saat ini belum ada tindakan positif kepada orang Melayu meskipun dihina di khalayak ramai dan dilabelkan angkuh, sekolah agama tidak dibela tetapi sekolah swasta pula dibantu, kerajaan tetap diam membisu.

“Rakyat yang menderita tidak dibantu tetapi disuruh berhutang dan mencagarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-