Showing posts with label Kerajaan Madani. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Madani. Show all posts

Tuesday, March 18, 2025

ULASAN | Bailout Sapura: Bukti kasih Madani kepada maha kaya

malaysiakini.com
Amira Aisya Abd Aziz
Diterbitkan: Mar 18, 2025 2:00 PM
Kerajaan Madani sering kali menyebut golongan “maha kaya” sebagai golongan yang perlu dimusuhi marhaen. Golongan maha kaya ini digambarkan sebagai kelompok yang mengambil hak ekonomi marhaen untuk membiayai gaya hidup mewah golongan elit.

Siapakah maha kaya ini tidak pernah ditakrifkan secara jelas, meskipun ramai dalam kalangan barisan kabinet Madani sendiri memiliki kekayaan bernilai jutaan ringgit.

Konsep maha kaya ini mencipta naratif “kita lawan mereka” dalam perbincangan pengelasan sosial dan struktur ekonomi negara. Kita boleh melihat permainan naratif ini dalam isu penarikan subsidi minyak, di mana golongan maha kaya dikatakan banyak mendapat manfaat yang tidak sepatutnya. Muda bersetuju bahawa mereka yang berpendapatan tinggi tidak wajar mendapat subsidi kerajaan.

Namun apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada syarikat minyak dan gas Sapura Energy Berhad, ramai yang mempersoalkan rasional mengapa maha kaya seperti ini berhak menerima dana besar daripada wang rakyat.

Bukan pertama kali

Perlu diketahui bahawa ini bukan kali pertama Sapura Energy diselamatkan dengan wang rakyat. Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah syarikat pelaburan amanah Bumiputera, kini terpaksa menanggung kerugian besar selepas harga saham Sapura Energy jatuh kepada 5 sen setelah RM2.68 bilion dilabur untuk membeli hak boleh pindah saham pada harga 30 sen setiap satu.

Walaupun Sapura Energy berdepan tempoh kerugian dan ketidakcekapan operasi, pemilik serta bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Shamsuddin, masih menerima imbuhan tahunan purata antara RM71.9 juta hingga RM89.4 juta.
Dari tahun 2013 hingga 2021, Shahril telah meraih pendapatan sebanyak RM443.9 juta, iaitu sejumlah kekayaan yang amat sesuai dengan definisi maha kaya itu sendiri. Hampir setengah bilion ringgit digunakan hanya untuk membayar pendapatan yang tidak selari dengan prestasi pemilik syarikat.

Tidak ada ketelusan

Kerajaan Madani mendakwa bahawa tanpa suntikan dana RM1.1 bilion ini, sebanyak 2,000 vendor Bumiputera tidak akan menerima pembayaran, sekali gus memberi kesan buruk kepada pekerja Bumiputera.

Adakah kerajaan Madani akan membentangkan senarai vendor yang akan menerima suntikan dana ini kepada umum? Saya fikir tidak. Jauh sekali mahu bahaskan keperluan bailout ini di dalam Dewan Rakyat.

Apa yang jelas, sekurang-kurangnya tiga daripada vendor ini mempunyai kaitan langsung dengan keluarga maha kaya tersebut, iaitu Sapura Holdings Bhd, Sapura Resources Bhd dan Sapura Mines Property. Sinonim sekali dengan “masuk poket kiri, keluar poket kanan”.

Risiko tinggi wang rakyat

Ada pihak yang cuba mempertahankan suntikan RM1.1 bilion ini dengan mendakwa ia bukan "bailout" tetapi hanya pinjaman. Namun, ingin saya tegaskan di sini, pinjaman kepada golongan maha kaya ini hanya dikenakan faedah sebanyak 2 peratus setahun, sedangkan ramai usahawan mikro, kecil dan sederhana bukan sahaja tidak diberi peluang mendapat geran perniagaan, tetapi turut perlu membayar faedah yang jauh lebih tinggi mengikut kadar pasaran.
Lebih membimbangkan, suntikan RM1.1 bilion ini tidak menjamin bahawa Sapura Energy akan dapat pulih daripada kemelut kewangan yang sedang dihadapinya. Setakat ini, Sapura Energy masih mempunyai baki hutang sebanyak RM10.8 bilion.

Kerajaan juga menanggung risiko “opportunity cost” lagi apabila pulangan nilai sukuk kerajaan Malaysia itu sahaja sudah boleh memberikan pulangan setinggi 3.8 peratus setahun. Jelas sebenarnya bahawa pinjaman ini diberikan tanpa mengambil kira kemaslahatan rakyat, tetapi sekadar untuk menyelamatkan golongan maha kaya.

Masanya sudah tiba untuk rakyat Malaysia tidak lagi menanggung kegagalan golongan maha kaya, lebih-lebih lagi apabila pelaburan sebanyak RM4 bilion oleh PNB sebelum ini masih belum memberikan sebarang pulangan kepada golongan Bumiputera khususnya.

Saya tidak setuju apabila Perdana Menteri katakan bahawa Sapura Energy ini adalah satu-satunya pemain tempatan dalam industri ini, apabila ada lagi syarikat minyak dan gas tempatan lain yang jelas lebih baik pengurusannya seperti Bumi Armada dan Yinson Holdings.

Maka, penyokong kerajaan juga tidak perlulah membantah apabila ada rakyat Malaysia yang membuat kira-kira wang RM1.1 bilion ini kalau digunakan untuk menambahbaik infrastruktur awam atau memberi gaji yang lebih bermaruah kepada petugas kesihatan daripada memberi nyawa kepada syarikat bermasalah.

Memetik kata-kata George Orwell dalam Politik Kandang, "semua haiwan itu sama, namun ada yang lebih sama berbanding yang lain". Begitu jugalah situasinya dalam pentadbiran Madani. Walaupun suara golongan marhaen sering dilaungkan, namun hakikatnya golongan maha kaya jugalah yang sentiasa diberi keutamaan dalam dasar-dasar ekonomi Madani.

AMIRA AISYA Abd Aziz ialah pemangku Presiden Muda dan Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Friday, March 7, 2025

Tindakan kerajaan tidak setangkas bila Islam dihina

harakahdaily.net
March 7, 2025
KUALA LUMPUR: Rakyat semakin tidak selesa berada di bawah pentadbiran Kerajaan Madani susulan tindakan yang dilihat sebagai pendakwaan terpilih dalam isu 3R, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ahmad Yahaya.

Menurutnya, sikap kerajaan yang tidak tegas dalam menangani penghinaan terhadap Islam, tetapi bertindak pantas dalam isu lain menimbulkan persoalan mengenai keadilan penguatkuasaan undang-undang.

“Sikap acuh tak acuh Kerajaan Madani menangani isu 3R (agama, kaum dan raja) telah mendorong kepada kemarahan rakyat. Dewan Ulamak PAS tidak bermaksud mahu membela tindakan beberapa orang penyampai radio baru-baru ini.

“Namun mengapa secara tiba-tiba semua orang dalam Kerajaan Madani baru bercakap soal 3R. Sedangkan selama ini satu demi satu isu dibangkitkan oleh Menteri dalam Kerajaan Madani sendiri tidak diendahkan oleh sesiapa pun.

“Dewan Ulamak PAS juga sangsi bagaimana tindakan yang pantas diambil terhadap DJ radio berkenaan tidak setangkas tindakan yang diambil apabila Islam dihina oleh pihak tertentu.

“Walhal penghinaan terhadap Islam itu ibarat penghinaan terhadap negara dan Yang Di-Pertuan Agong yang memegang panji Islam dalam negara ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menzahirkan dukacita dengan pendekatan kerajaan menangani isu 3R kerana ia tidak menggambarkan Kerajaan Madani benar-benar serius melihat isu itu.

“Bahkan lebih menjelikkan apabila frasa ‘perpaduan’, ‘toleransi’ dan ‘tolak ansur’ lebih diutamakan berbanding membela agama Islam. Kalau tidak mampu untuk mempertahankan Islam, gantilah kemejamu dengan kain kafan!” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial membabitkan tiga penyampai radio Era FM yang kononnya dikatakan telah mempersendakan ritual kavadi semasa perayaan Thaipusam.

Hakikatnya, aksi yang dilakukan itu hanyalah meniru tarian peninju, Miki Ghazali bukannya berniat menghina tarian Kavadi atau kepercayaan agama Hindu.

Walau bagaimanapun, mereka telah memohon maaf susulan kontroversi itu, namun isu itu dilihat dilayan berbeza dengan kes Harith Iskander dan Cecelia Yap yang menghina Islam. 

– HARAKAHDAILY 7/3/2025

Saturday, March 1, 2025

ULASAN | Konsesi periksa kenderaan: Dari monopoli ke oligopoli

malaysiakini.com
Shairy Hanapiah
Diterbitkan: Mar 1, 2025 10:00 AM
Bayangkan situasi anda perlu menjalani pemeriksaan kenderaan, tetapi pilihan yang tersedia hanya tiga syarikat yang dipilih oleh kerajaan.

Bengkel-bengkel berpengalaman dan syarikat automotif yang sudah lama beroperasi tidak dibenarkan bersaing.

Sebaliknya, perkhidmatan ini diberikan kepada tiga syarikat yang tidak pernah dikenali dalam industri pemeriksaan kenderaan iaitu Wawasan Bintang Sdn Bhd, Pakatan Petroleum Sdn Bhd, dan Beriman Gold Sdn Bhd.

Reformasi terbantut

Selama lebih tiga dekad, rakyat Malaysia hanya mempunyai satu pilihan iaitu Puspakom, yang beroperasi sebagai anak syarikat DRB-Hicom Bhd dan dikuasai oleh syarikat milik Syed Mokhtar Albukhary.

Kritikan terhadap Puspakom telah lama wujud, dengan aduan tentang kelemahan sistem, harga yang tidak kompetitif serta proses pemeriksaan yang menyusahkan pengguna.

Apabila kerajaan Madani mengumumkan pemecahan monopoli ini, ramai menjangkakan akan ada lebih banyak persaingan dan lebih banyak pilihan.

Namun, apa yang berlaku bukanlah liberalisasi pasaran tetapi sekadar pertukaran dari satu monopoli kepada tiga syarikat yang tidak dikenali dan diberikan lesen secara eksklusif oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke mempertahankan keputusan ini dengan alasan syarikat-syarikat yang dipilih mempunyai keupayaan kewangan dan kestabilan modal.

Namun, timbul persoalan yang lebih mendasar.

Jika syarikat-syarikat ini benar-benar bersedia, mengapa mereka masih perlu memenuhi syarat pematuhan lesen selama 24 bulan sebelum boleh beroperasi sepenuhnya?

Bukankah lebih masuk akal untuk memberikan lesen kepada syarikat yang sudah mempunyai pengalaman dalam bidang pemeriksaan kenderaan dan sudah memenuhi keperluan lesen sejak awal?

Jika matlamat kerajaan adalah untuk menambah baik sistem pemeriksaan kenderaan dengan cepat dan berkesan, mengapa memiliki syarikat yang masih memerlukan tempoh peralihan yang begitu panjang?

Tender terbuka olok-olok

Syarat tender untuk memasuki industri ini bukan sahaja ketat tetapi juga dilihat sebagai sekatan yang menghalang pesaing berpotensi daripada menyertai pasaran.

Syarat modal berbayar sebanyak RM20 juta menjadi penghalang besar kepada penyertaan bengkel kecil dan sederhana yang sebenarnya lebih berpengalaman dalam industri ini.

Kriteria ini secara automatik menyisihkan banyak pemain yang berkemampuan tetapi tidak mempunyai modal sebesar itu.

Ini bukan sekadar soal kestabilan kewangan, tetapi juga bagaimana tender ini secara tersirat menetapkan syarat yang hanya dapat dipenuhi oleh syarikat-syarikat besar yang sudah mempunyai hubungan dengan kuasa politik.

Syarat ini juga menimbulkan persoalan tentang keberkesanan tender terbuka yang dikatakan kerajaan kerana hanya segelintir pihak tertentu dapat melepasi kelayakan awal.

Jika proses ini benar-benar bebas dan adil, sepatutnya kerajaan memastikan bahawa penyertaan lebih luas diberikan kepada syarikat yang mempunyai kepakaran sebenar, bukan sekadar mereka yang mampu memenuhi keperluan modal.

Pecahan ikut kawasan

Pembahagian lesen berdasarkan kawasan kepada tiga syarikat ini menunjukkan kelemahan ketara dalam lojik pasaran bebas.

Salah satu persoalan utama sama ada syarikat-syarikat yang diberikan kawasan ini mempunyai kehadiran rangkaian yang mencukupi untuk menjalankan operasi secara efektif.

Carsome, sebagai contoh, mempunyai lebih seratus pusat pemeriksaan di seluruh Malaysia dan sudah lama terlibat dalam pemeriksaan kenderaan.

Jika keberadaan rangkaian dan pengalaman merupakan faktor penting dalam pemilihan, mengapa syarikat seperti Carsome tidak dipertimbangkan?

Sebaliknya, lesen diberikan kepada tiga syarikat yang sehingga kini masih belum jelas bagaimana mereka akan beroperasi secara efektif di kawasan yang telah diberikan kepada mereka.

Jika kerajaan benar-benar mahu memastikan persaingan yang sihat, maka mengapa had kawasan perlu wujud?

Kenapa tidak membiarkan syarikat bersaing di semua negeri supaya rakyat boleh memiliki penyedia perkhidmatan terbaik?

Ketelusan pemilihan

Kerajaan mendakwa bahawa beberapa syarikat yang memohon ditolak kerana konflik kepentingan.

Jika benar ada syarikat yang ditolak atas alasan ini, mengapa kerajaan tidak mendedahkan senarai penuh syarikat yang menghantar permohonan dan alasan penolakan mereka?

Bagaimana rakyat boleh menilai ketelusan proses ini jika kita tidak tahu siapa yang memohon, siapa yang ditolak, dan atas sebab apa?

Jika proses ini benar-benar terbuka dan adil, tidak ada sebab untuk menyembunyikan maklumat tersebut.

Selagi kerajaan tidak bersikap telus dalam perkara ini, rakyat berhak untuk meragui sama ada pemilihan ini benar-benar dibuat berdasarkan merit atau sekadar memberi kelebihan kepada pihak tertentu yang lebih dekat dengan pengaruh politik.

Beri betis, mahu paha

Apa yang jelas, perubahan ini bukanlah satu bentuk pasaran bebas yang sebenar.

Ia hanyalah penstrukturan semula. Kawalan industri masih berpusat kepada segelintir pihak.

Dalam model ini, pengguna tidak diberikan pilihan yang lebih luas, malah mereka masih dipaksa menggunakan perkhidmatan daripada penyedia yang telah dipilih kerajaan.

Jika benar kerajaan mahu membebaskan pasaran, seharusnya lebih banyak syarikat diberi peluang bersaing tanpa sekatan modal yang tidak munasabah.

Kawasan operasi juga tidak perlu dihadkan kepada tiga syarikat, sebaliknya biarkan syarikat bersaing secara terbuka di seluruh negara supaya pengguna benar-benar boleh memiliki perkhidmatan terbaik.

Sebarang reformasi yang mendakwa mahu membawa lebih banyak persaingan harus benar-benar memastikan bahawa pasaran dibuka secara adil.

Setakat ini, apa yang dilakukan bukan sekadar menggantikan satu entiti dengan tiga, tetapi mewujudkan oligopoli yang dikawal kerajaan.

Selagi tidak ada ketelusan dalam proses pemilihan, tidak ada usaha untuk memastikan lebih banyak syarikat dapat bersaing, dan selagi pengguna tidak diberikan kebebasan untuk memilih, perubahan ini hanyalah ilusi reformasi yang tidak menguntungkan rakyat.

Jangan sampai menang sorak kampung tergadai.

SHAIRY HANAPIAH adalah bendahari agung Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Monday, February 17, 2025

‘Persoalan besar, adakah rakyat nikmati pertumbuhan ekonomi sekarang?

harakahdaily.net
February 17, 2025
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil

KUALA LUMPUR: Kerajaan dituntut merungkai persoalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.1 peratus di samping pelaburan 10 peratus, sementara hasil keuntungan tidak dikongsi bersama.

Bagaimanapun, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil (PN-Machang), rakyat terus menggalas beban ekonomi dan sosial yang berat, meskipun mereka dimomokkan dengan kejayaan tersebut oleh pemimpin kerajaan.

“Hari ini saya bangun membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dengan satu persoalan besar yang perlu dijawab oleh kerajaan, adakah rakyat benar-benar menikmati pertumbuhan ekonomi sekarang?

“Kerajaan hari ini pimpinan Tambun, berbangga dengan KDNK meningkat, pelaburan naik, defisit fiskal menurun, tetapi adakah angka ini benar-benar mengambarkan realiti hidup rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Dato; Seri Anwar Ibrahim mendakwa formula ekonomi yang dirangka Kerajaan Madani terus membuahkan hasil apabila nilai pelaburan negara meningkat dengan kemasukan syarikat global.

Perdana Menteri itu, KDNK menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu sebanyak 5.1 peratus dan menarik minat syarikat-syarikat gergasi dunia semakin komited untuk melabur di Malaysia.

Berucap pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Wan Ahmad Fayhsal turut mengemukakan laporan Bank Dunia yang mendedahkan situasi sebenar ekonomi negara yang berkembang tetapi membebankan rakyat.

Menurutnya laporan tersebut membuktikan satu paradoks bahawa walaupun Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK kukuh, mengurangkan kadar kemiskinan, namun ketidakpuasan hati rakyat semakin meningkat.

“Ini situasi ihadapi sekarang walaupun taraf hidup material semakin baik, beban ekonomi dan sosial dihadapi rakyat semakin berat, KDNK bukan segala-galanya kerajaan bercakap pertumbuhan ekonomi.

“Tetapi kenapa kadar kemiskinan masih tinggi, fakta yang kerajaan tidak mahu perakui di Sabah kadar masih kekal 20 peratus, negara masih tahap zaman merdeka, kemiskinan masih kekal,” katanya.

 – HARAKAHDAILY 17/2/2025

Saturday, February 8, 2025

PMX, Kabinet ketepi Jawatankuasa Muzakarah MKI?

harakahdaily.net
February 8, 2025
Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani terus mencetuskan kontroversi apabila mesyuarat Kabinet mendahului keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) berhubung garis panduan penyertaan umat Islam dalam perayaan agama lain.

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir berkata, perkara ini terbongkar apabila jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Parlimen menyatakan bahawa garis panduan tersebut sepatutnya dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Ke-126 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Februari ini.

Namun katanya, sebelum mesyuarat tersebut diadakan, Kabinet lebih awal membuat keputusan bahawa garis panduan ini bukan bersifat dasar dan sebarang dasar yang hendak dirangka mestilah mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

Menurutnya, keputusan ini menimbulkan persoalan besar kerana kelihatan seperti campur tangan langsung dalam urusan agama Islam yang sebelum ini menjadi bidang kuasa negeri dan institusi berkaitan.

“Lebih mengejutkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengeluarkan kenyataan bahawa garis panduan tersebut “tidak perlu” kerana umat Islam sudah mengetahui batas mereka dalam menyertai perayaan agama lain.

“Kenyataan ini menimbulkan kekeliruan dan seolah-olah meremehkan peranan Jawatankuasa Muzakarah MKI yang sekian lama menjadi rujukan dalam isu-isu berkaitan hukum hakam Islam di peringkat persekutuan,” katanya dalam tulisan di media sosial, hari ini.

Muhammad Nazrul Hakim, berkata, tindakan kerajaan menimbulkan beberapa persoalan penting, iaitu apakah Kabinet telah mendahului dan meminggirkan Jawatankuasa Muzakarah MKI dalam menetapkan keputusan berhubung garis panduan ini?

Selain itu, katanya adakah Kabinet telah melanggar bidang kuasa negeri dalam menetapkan bahawa garis panduan agama Islam hanyalah bersifat nasihat dan bukan dasar dan apakah keputusan Jemaah Menteri ini satu langkah untuk mencairkan autoriti institusi Islam di negara ini?

Beliau berkata, walaupun keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI tidak bersifat mengikat kerana perlu melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri, menjadi amalan kebiasaan bagi sebarang isu agama di peringkat Persekutuan untuk dirujuk dan dibincangkan di peringkat muzakarah terlebih dahulu.

Justeru itu, katanya tindakan kerajaan dilihat sebagai satu langkah yang tidak menghormati sistem sedia ada dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak kerajaan agar memberikan penjelasan segera mengenai tindakan mendahului keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI dan memastikan urusan agama Islam terus berada di bawah bidang kuasa yang sepatutnya tanpa campur tangan politik keterlaluan. 

– HARAKAHDAILY 8/2/2025

Thursday, January 30, 2025

Perayaan budaya dan kaum Cina, bukan negara China

harakahdaily.com
January 30, 2025
KUALA LUMPUR: Kibaran bendera negara China ketika sambutan Tahun Baru Cina di negara ini adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima, kata Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Irwan Fahmi Ideris.

Menurut beliau, hal tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Madani pada hari ini telah gagal menguruskan negara kerana mengulangi kesilapan yang sama.

“PERKASA merasakan Kerajaan Madani hari ini telah gagal mengurus negara kerana kesilapan yang sama ataupun mahu menjadikan Malaysia ini sebahagian dengan China?

“Apakah kerajaan kini bergantung dengan China? Ini satu tindakan yang tidak boleh di terima oleh semua rakyat apabila sambutan Tahun Baru Cina di negara Malaysia berkibarnya bendera negara China?

“Hampir semua adat dan budaya dari negara China hendak dibawa masuk ke dalam negara kita? Apakah identiti negara kita sedang di hapuskan sedikit demi sedikit?” soalnya.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan persoalan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berharap agar lebih ramai pelancong dari China untuk datang ke Malaysia.

“Beliau berharap lebih ramai pelancong dari negara China akan datang ke Malaysia. PERKASA ingin bertanya mengapa seruan ini hanya di tujukan kepada rakyat dari Tanah Besar China?

“Apakah pelancong dari negara lain tidak mendatangkan keuntungan kepada negara Malaysia? Atau apakah ada agenda tersembunyi yang sedang disembunyikan oleh pihak kerajaan?” katanya.

Justeru, Irwan menggesa agar kerajaan memecat Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Tiong King Sing yang kini ibarat menjadi ‘Menteri’ dari negara China.

“PERKASA menggesa kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memecat Menteri Pelancongan Malaysia yang kini sudah menjadi Menteri Pelancongan negara China secara tidak rasmi.

“Kerana telah melakukan pengkhianatan terhadap negara dan tidak menjalankan tugas membawa nama Malaysia ke persada dunia, tetapi lebih kepada membawa imej, adat dan budaya seolah-olah Malaysia sebahagian daripada negara China.

“Ingat ini negeri Melayu, kini pemimpin Melayu mula khianat pada bangsa mereka sendiri,” katanya.

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir pula berkata, Tahun Baru Cina bukanlah satu perayaan bagi memperingati negara Republik Rakyat China.

Namun, menurut beliau, ia sebaliknya adalah satu perayaan masyarakat Cina mengikut budaya dan tradisi mereka.

“Tahun Baru Cina atau Chinese New Year adalah perayaan masyarakat Cina mengikut budaya dan tradisi mereka.

“Ia bukan perayaan memperingati negara Republik Rakyat China,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai paparan bendera negara China ketika pertunjukan drone di Menara Berkembar PETRONAS, baru-baru ini.

“Apa signifikan diagungkan bendera negara komunis itu sempena perayaan ini?” soalnya.

Dalam pertunjukan dron tersebut antara lainnya memaparkan kibaran bendera Malaysia dan China, di samping pertunjukan dron berbentuk naga.

Pertunjukan itu mencipta rekod selepas ia melibatkan sebanyak 1,200 drone yang menerangi langit malam Kuala Lumpur. 

– HARAKAHDAILY 30/1/2025

Tuesday, January 28, 2025

Rakyat berhak kecewa jika k'jaan Anwar gagal tunai janji reformasi - Bersih

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 28, 2025 8:30 AM
Bersih mengingatkan bahawa rakyat berhak untuk kecewa sekiranya kerajaan gagal menunaikan janji reformasinya.

Pengerusi badan pemantau pilihan raya itu, Muhammad Faisal Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan perlu memulakan proses reformasi tahun ini.

“Rakyat berhak untuk kecewa setelah meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melakukan perubahan ini,” kata Faisal.

Antara reformasi yang dituntut Bersih ialah pengasingan peranan peguam negara dan pendakwa raya, pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk menyekat rasuah dalam pilihan raya, perubahan kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan menggubal Akta Pembiayaan Politik.

Selain itu, Faisal berkata Bersih sedang merancang satu siri jerayawara di seluruh negara, yang akan bermula di Ipoh, Perak bulan depan.

“Jewaraya ini adalah satu bentuk galakan dan sebaran kesedaran kepada rakyat untuk bersama kita mendesak kerajaan melakukan reformasi khususnya untuk menoktahkan rasuah,” katanya.

Sambil merujuk kepada perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu lalu, Faisal berkata Bersih perlu menggunakan momentum itu untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menekan kerajaan jika agenda reformasi tidak direalisasikan sepenuhnya.

"Justeru untuk memastikan agenda menoktahkan rasuah ini berjaya Bersih mengalu-alukan kerjasama dengan semua pihak khususnya mahasiswa untuk kita sederap bawa suara dan harapan rakyat.

"Himpunan baru-baru ini, termasuk demonstrasi Reformasi 100 peratus anjuran Bersih tahun lepas adalah momentum untuk menterjemahkan satu himpunan besar-besaran sekiranya agenda reformasi masih tidak dilunaskan sepenuhnya," katanya.

Dia juga memuji pelajar yang menganjurkan perhimpunan antirasuah di Dataran Merdeka minggu lepas, dengan mengatakan bahawa dia dan orang lain dalam Bersih mengucapkan terima kasih secara peribadi.

Minggu lalu, kira-kira 200 orang, terutamanya pelajar dari lebih 10 universiti tempatan, berarak lebih 1km untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kes rasuah di negara ini.

Perhimpunan itu pada mulanya cuba disekat oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, dengan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menekankan arahan polis agar penganjur mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis himpunan.

Ia dikritik Bersih dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang menuduh kerajaan hipokrit memandangkan pengalaman lalu pemimpin PH di perhimpunan.

Tetapi Anwar kemudian berkata dia tidak mempunyai masalah dengan perhimpunan itu, sambil menambah bahawa Saifuddin telah memberi kebenaran untuk ia diteruskan.

Perhimpunan itu adalah susulan perhimpunan ambang tahun baru pimpinan pelajar di Sabah, yang membantah ahli politik negeri yang terlibat dalam skandal rasuah.

Ini berlaku selepas pendedahan Malaysiakini mengenai Adun Sabah yang didakwa membincangkan rasuah untuk mendapatkan lesen cari gali mineral, yang turut membabitkan Ketua Menteri Hajiji Noor.

Hajiji dan lain-lain yang dikaitkan dengan skandal itu telah menafikan sebarang salah laku, mendakwa ia sebagai konspirasi untuk menggugat kestabilan kerajaan negeri menjelang pilihan raya negeri.

Saturday, January 25, 2025

Tak sangka skandal rasuah berlaku dalam pemerintahan Madani, dakwa mahasiswa

ByJanatul Firdaus Yaacob
25/01/2025
KUALA LUMPUR – Himpunan rakyat benci rasuah yang di Dataran Merdeka menuntut tiga tuntutan penting daripada Kerajaan Madani.

Rata-rata peserta himpunan terdiri dalam kalangan mahasiswa melibatkan 50 gerakan mahasiswa, badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi masyarakat sivil (CSO) berarak dari Kompleks beli belah Sogo ke Dataran Merdeka dalam anggaran 200 peserta.
Setiausaha Sekretariat Rakyat Benci Rasuah Zaim Zulkifli, 21, mahasiswa Universiti Islam Antrabangsa (UIA) berkata, antara tuntutan himpunan hari ini ialah menyegerakan pemisahan Pejabat Peguam Negara (AGC) dari Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Selain itu, mereka turut menggesa kerajaan mengasingkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar diletakkan di bawah kelolaan Parlimen.

“Kerjaan digesa mengasingkan SPRM daripada kuasa eksekutif dengan meletakkan entiti itu di bawah Parlimen dan seliaan rakyat.

“Tuntutan ketiga ialah menyegerakan penggubalan Akta Pendanaan Politik,” katanya ketika berucap sewaktu himpunan pada Sabtu.

Ujar Zaim lagi, himpunan ini adalah luahan beban kekecewaan rakyat.

“Himpunan ini adalah manifestasi mahasiswa telah memikul kekecewaan, kemarahan dan semua bentuk emosi rakyat di bawah.

“Mahasiswa ketika ini paling cerdas menyuarakan kebimbangan negara.

“Kita juga tidak menduga skandal rasuah berlaku dalam kedaan Kerajaan Madani memerintah.

“Selain itu, kami juga nak tegur Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mereka berdua mengecewakan kita. Sedangkan perjuangan PKR bermula di jalanan, namun mereka menidakkan kita untuk berhimpun,” bidas Zaim.

Mengulas lanjut, Zaim memaklumkan memorandum tuntutan itu akan dimajukan ke Putrajaya dalam tempoh terdekat ini.

Thursday, January 23, 2025

‘Rekod tiga kerajaan lalu jaga kebebasan kehakiman lebih baik'

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 23, 2025 3:49 PM
Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara meluas dianggap kurang berjaya dalam menjaga kebebasan kehakiman.

Ini, terutamanya jika dibandingkan dengan tiga pentadbiran sebelum ini, kata sembilan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia.

"Tekanan yang dikenakan ke atas badan kehakiman dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh kuasa luar jelas kepada ramai di antara kami yang memahami tanda-tanda tersebut.
"Secara meluas dipercayai bahawa tiga kerajaan sebelum ini lebih menghargai dan menghormati kebebasan kehakiman berbanding kerajaan semasa, yang amat mengecewakan, sekurang-kurangnya," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga kerajaan sebelum ini dipimpin oleh bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, Muhyiddin Yassin, dan Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh bekas presiden Majlis Peguam, Zainur Zakaria, Mah Weng Kwai, Kuthubul Zaman Bukhari, Yeoh Yang Poh, Ambiga Sreenevasan, Ragunath Kesavan, Lim Chee Wee, Christopher Leong, dan Steven Thiru.

Kenyataan itu dibuat selepas Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat baru-baru ini membangkitkan isu gangguan dalam proses pelantikan kehakiman di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009.
Tengku Maimun Tuan Mat
Dalam ucapannya semasa Pembukaan Tahun Perundangan pada 8 Januari, dia menyatakan bahawa isu ini adalah perkara serius yang perlu disiasat.

Ketua Hakim Negara mengingatkan Anwar supaya mempertahankan kebebasan kehakiman dan merujuk kepada kenyataannya mengenai perkara itu semasa menjadi ketua pembangkang.

Tengku Maimun juga mengingatkan bagaimana Anwar sebelum ini menyatakan bahawa Rang Undang-Undang JAC pada masa itu tidak mencukupi untuk memastikan kebebasan kehakiman selepas skandal VK Lingam, kes eorang peguam didakwa terlibat dalam pelantikan hakim.
Walaupun mahkamah Malaysia diiktiraf secara antarabangsa kerana kebebasannya, sembilan bekas presiden Majlis Peguam memberi amaran bahawa negara ini akan menanggung akibat sekiranya berlaku kemunduran.

Judisiari sasaran pertama

Sembilan bekas presiden itu menegaskan bahawa badan kehakiman sering menjadi sasaran utama kerajaan autoritarian kerana mahkamah menjadi penghalang antara rakyat dan negara.

"Di negara di mana autoritarianisme berkembang, korban pertama biasanya adalah kebebasan badan kehakiman.

"Mengapa? Kerana mereka adalah institusi yang berdiri antara rakyat dan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh negara, sekali gus mengekang kuasa itu," kata mereka.


Mereka menambah bahawa kenyataan Tengku Maimun adalah seruan tegas untuk melindungi kebebasan kehakiman dan Perlembagaan Persekutuan, yang perlu disambut oleh pengamal undang-undang Majlis Peguam Malaysia.

"Kita mesti mengambil berat kata-kata beliau, kerana ia mencadangkan bahawa kita berada pada ambang kehilangan segala yang telah kita perjuangkan selama 35 tahun terakhir," tegas mereka.

Rakyat berang tiada lagi tol percuma sempena perayaan

harakahdaily
January 23, 2025

KUALA LUMPUR: Rakyat ternyata berang apabila Kerajaan Madani membuat mengumuman untuk tidak lagi menawarkan tol percuma penggunaan lebuh raya sempena musim perayaan bermula tahun ini.

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, keputusan itu mencerminkan kegagalan kerajaan untuk menunaikan janji-janji mereka sebelum ini.

“Semalam Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi umum tahun ini dah tiada tol percuma musim perayaan. Mengamuklah rakyat Malaysia sebab dah tak dapat tol percuma.

“Tapi sebenarnya yang Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim janji kepada kita.. bukan tol percuma ketika perayaan, tetapi tol dihapuskan.

“Ingat lagi tak apa Pakatan Harapan (PH) janji kepada kita sebelum pilihan raya sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, semalam.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai pemimpin dari kerajaan kini termasuk Perdana Menteri sendiri, pernah membuat kenyataan yang jelas mengenai penghapusan tol sebelum pilihan raya.

“Anwar Ibrahim pernah berkata, ‘Bila kita menang, kita akan batalkan tol utara selatan; dan Raja Formula Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ‘Untuk turunkan harga barang, salah satu langkah boleh diambil adalah mansuhkan tol’.

“Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ‘Kalau kita menang, kita akan kaji semula semua perjanjian tol, kita akan hapuskan tol’; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ‘Kita akan hapuskan tol’; dan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar berkata, ‘Minyak turun, kos turun, harga barang turun’.

“Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ‘Tol percuma tidak menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya sebab itu tol percuma dibatalkan’. Jenis cakap macam Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam juga ini,” bidasnya.

Nurul Islam berkata, kerajaan kini bercanggah dengan janji-janji tersebut, malah ia merupakan sebuah alasan yang tidak masuk akal.

“Ketika Dato’ Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, dasar tol percuma sempena perayaan adalah untuk mengurangkan kos sara hidup dan bukan untuk mengurangkan kesesakan.

“Zahid Hamidi pun Menteri juga masa itu. Tidur ke apa dalam mesyuarat kabinet? Cakaplah kewangan kerajaan masih teruk. Walaupun Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kewangan negara masih teruk dan makin teruk.

“Dia (kerajaan) tak pandai urus negara, pulihkan ekonomi melainkan dengan ambil hak rakyat. Sebab itu dia hapuskan subsidi diesel, selepas ini nak hapuskan subsidi petrol, hapuskan tol percuma, naikkan tarif elektrik,” katanya.

Beliau turut menyindir ucapan-ucapan lama pemimpin PH yang kini dianggap sebagai sekadar retorik.

“Dari mula perintah sampai hari ini, itulah strategi ekonomi dia (kerajaan). Semua yang dia buat 180 darjah terbalik dengan apa yang dijanji dulu. Sekali-sekala layanlah ceramah lama PH di TikTok. Geli hati pun ada. Tak payah tengok Maharaja Lawak dah.

“Begitulah kita dikencing hidup-hidup oleh Kerajaan Ketimbang (kencing, tipu, sembang). Baguslah lagi DS Najib Razak, zaman dia tak janji hapus tol pun, tapi tol percuma musim perayaan sentiasa ada,” katanya. 

– HARAKAHDAILY 23/1/2025

Wednesday, January 22, 2025

Cubaan sekat demo akan cemar kredibiliti PH, kata MP DAP

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 22, 2025 8:50 PM
Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng telah mengingatkan kerajaan bahawa sebarang percubaan untuk menyekat perhimpunan antirasuah pada Sabtu ini hanya akan mencemarkan kredibiliti Pakatan Harapan (PH).

"Ia akan mengasingkan penyokong kita sendiri, mewujudkan tindak balas politik yang tidak perlu," kata ahli parlimen Kepong itu kepada Malaysiakini hari ini.

Awal hari ini, sekretariat perhimpunan itu mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan demonstrasi yang dijadualkan pada 25 Jan, meski polis memberi amaran.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan tindakan polis yang mendesak penganjur perhimpunan meminta kebenaran sebelum berkumpul di Dataran Merdeka.

Saifuddin berkata, kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu diperoleh terlebih dahulu.

Begitu juga, katanya, sekiranya perhimpunan diadakan di luar pusat beli belah Sogo, kebenaran daripada pemilik Sogo perlu diperoleh.

Mengulas lanjut, Lim berkata hak untuk berhimpun secara aman adalah asas kepada mana-mana demokrasi, sambil menambah penganjur perhimpunan hanya melaksanakan hak asasi mereka.

"Pihak berkuasa harus mempertimbangkan semula keputusan mereka kerana menyekat perhimpunan atau menyasarkan penganjur akan menghantar mesej yang membimbangkan tentang komitmen kerajaan Madani terhadap nilai demokrasi," tambahnya.

Bersih dan Suaram, dalam satu kenyataan bersama sebelum ini, turut mengecam pihak berkuasa atas tindakan mereka berhubung perhimpunan yang direncana itu.

Sementara itu, jawatankuasa eksekutif Aliran berkata adalah ironi apabila wakil PH cuba menghalang perhimpunan aman.

NGO itu menegaskan bahawa ramai pemimpin kerajaan dari PH pernah menyertai protes jalanan pada masa lalu.

“Protes ini menguatkan gerakan reformasi.

“Ramai ahli gabungan PH semasa menyertai protes jalanan ini, dengan beberapa mengambil peranan utama,” katanya dalam satu kenyataan.

Aliran juga berkata jika sekatan sekarang dikenakan pada masa lalu, protes jalanan pimpinan Bersih sebelum ini terhadap rasuah, salah guna kuasa dan isu pilihan raya tidak akan berlaku.

Friday, September 27, 2024

PMX didesak saman Bloomberg jika kenyataan salah

harakahdaily,net
September 27, 2024
Zurk Ahmad

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Kerajaan Madani didesak saman Bloomberg atas dakwaan telah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung isu pembelian saham.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata, jika arahan ini benar, ia akan mencetuskan kebimbangan besar mengenai kemungkinan campur tangan politik dalam proses siasatan oleh SPRM.

“Hal ini telah menimbulkan persoalan mengenai keadilan dan ketelusan dalam amalan penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

“Campur tangan seperti ini, jika berlaku, bukan sahaja merosakkan imej SPRM, tetapi juga mengundang kepada defisit kepercayaan rakyat terhadap integriti Kerajaan Madani hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa media antarabangsa seperti Bloomberg melaporkan bagaimana perkembangan isu ini bakal mempengaruhi kredibiliti Kerajaan Malaysia di mata dunia khususnya dalam usaha membanteras rasuah.

Oleh itu, berita ini secara tidak langsung bakal membuka mata pelbagai pihak kepada persoalan hipokrasi Kerajaan Madani dalam memastikan integriti institusi Kerajaan Malaysia kekal bebas daripada pengaruh politik selepas daripada siri-siri hipokrasi yang lain sebelum ini.

“PAS Selangor serta rakyat Malaysia seluruhnya mendesak agar ketelusan dan akauntabiliti negara dapat kembali dipelihara setelah dirosakkan oleh Kerajaan Madani pada hari ini.

“Sekiranya amalan tadbir urus serta tatakelola yang korup oleh Kerajaan Madani ini diteruskan, ia bakal mencetuskan krisis ketidakpercayaan yang mendalam terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang dan mencemarkan nama negara di mata dunia,” katanya.

Semalam, Bloomberg telah melaporkan bahawa tiga sumber berlainan telah mendakwa wujudnya arahan PMX mengarahkan Ketua SPRM untuk tidak siasat bekas pegawai khasnya yang tiba-tiba menjadi pemilik saham besar dalam beberapa syarikat termasuk syarikat Heitech Padu yang masa itu didakwa akan diberi projek bernilai lebih RM1 bilion.

Namun, Pejabat Perdana Menteri telah menafikan hal tersebut selepas Bloomberg melaporkan di platform rasminya. 

Monday, September 16, 2024

TPM dedah draf MoU peruntukan Ahli Parlimen pembangkang

bharian.com.my
fahmy.azril@bh.com.my
- September 16, 2024 @ 5:29pm
Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang ditolak ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, semalam.

Menurut Fadillah, beliau bertindak mendedahkan butiran kandungan draf MoU itu memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media.

Justeru, beliau berharap tindakannya itu membuktikan ketelusan Kerajaan MADANI dan mahu mewujudkan suasana aman dan harmoni supaya semua Ahli Parlimen lebih fokus kepada usaha pemulihan ekonomi, selain dapat memainkan peranan konstruktif sebagai semak dan imbang.
Fadillah Yusof (kiri) dan Hamzah Zainudin
Tegas beliau, ini penting supaya semua pihak dapat menumpukan sepenuh tenaga dalam memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia.

"Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Draf Memorandum Persefahaman (MoU).

Dalam kenyataan itu, Fadillah menghuraikan enam perkara mengenai fraf MoU iaitu tempoh berkuat kuasa, obligasi Perikatan Nasional (PN), obligasi Kerajaan Persekutuan, ketelusan dan tiada kerahsiaan, pemakaian undang-undang dan pembatalan memorandum.

Katanya, tempoh berkuat kuasa adalah dari tarikh MoU dan terpakai sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15 atau pada 19 Disember 2027 atau mana yang terdahulu.

Obligasi PN pula ialah menyentuh mengenai peranan dan fungsi Ahli Parlimen Pembangkang sebagai komponen penting dan akujanji sebagai Ahli Parlimen pembangkang berwibawa, perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina.

Ia juga menyentuh pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.

Obligasi Kerajaan Persekutuan pula, antara lain mengakui bahawa Ahli Parlimen pembangkang mempunyai peranan yang besar sebagai pembangkang dengan menunjukkan kesetiaan kepada negara, Perlembagaan Persekutuan dan institusi diraja, serta bertindak untuk semak dan imbang secara sah dan bertanggungjawab.

Berhubung ketelusan dan tiada kerahsiaan, memorandum berkenaan tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan.

"Bagi pemakaian undang-undang, MoU ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia manakala aspek pembatalan memorandum pula ia secara automatiknya akan terbatal dan pihak yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut MoU ini. Ini melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang," katanya.

Kelmarin, PN mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Hamzah berkata keputusan menolak dua draf cadangan MoU yang membabitkan antara kerajaan dengan parti PN dan antara kerajaan dengan semua Ahli Parlimen PN itu dibuat atas empat sebab fundamental.

Beliau mendakwa, cadangan MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.

Awal bulan ini, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan, terdapat tujuh syarat yang didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan yang perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan seperti dituntut.

Antara yang menjadi syarat adalah pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R) yang didakwa beliau ada antaranya pelik dan tiada kena-mengena dengan peruntukan yang dituntut.

Pada 18 April lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju mempertimbang penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang disusuli dengan penyerahan draf kepada PN, bulan lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Julai lalu dilaporkan, berkata isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan kerana membabitkan syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

Sunday, September 15, 2024

DHPP cabar k’jaan pusat haramkan perjudian di semua negeri

malaysiakini.com
Hariz Mohd & N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Sep 15, 2024 11:55 AM
MUKTAMAR PAS l Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini mencabar gabungan kerajaan persekutuan hari ini untuk mengenakan larangan perjudian di semua negeri di bawah terajui mereka.

Perwakilannya ke muktamar tahunan PAS, Thines Sreedaran berkata DHPP menyokong keputusan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS untuk menamatkan operasi semua kedai judi di negeri itu sejak Jan tahun lalu.

“Judi merosakkan institusi keluarga dan bangsa di mana-mana agama. Ianya haram.

“Tetapi kenapa kerajaan persekutuan hari ini mempertahankan judi? Adakah mereka ingin rakyat rosak dari segi akhlak?

“Mereka (kerajaan Madani) harus mengambil keputusan PAS ini sebagai satu teladan dan kami cabar mereka lakukan perkara yg sama di negeri yang diperintah oleh mereka,” katanya kepada lebih 1,000 perwakilan PAS yang bersidang di Temerloh, Pahang hari ini.

Thines membahaskan usul yang dicadangkan oleh sayap pemuda PAS untuk menghormati semangat federalisme, yang menuntut kerajaan persekutuan menghormati hak semua negeri dan melayan setiap mereka secara adil.

Dia turut mengkritik kerajaan persekutuan kerana membenarkan aktiviti perjudian diteruskan.

Katanya, Putrajaya tidak seharusnya hanya bersikap retorik apabila bercakap tentang menjaga kebajikan rakyat.

“Kalau serius lakukan perubahan,” katanya.

PAS telah mengharamkan aktiviti perjudian secara berkesan di semua negeri di bawah terajui mereka.

Kelantan dan Terengganu telah mengenakan larangan itu pada 1990 dan 2020 manakala Kedah menutup operasi 45 kedai perjudian bermula Januari tahun lalu.

Perlis adalah negeri keempat yang diperintah PAS yang berhenti mengeluarkan lesen untuk pusat perjudian selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Saturday, August 3, 2024

Kerajaan Madani terus pertahan Islam, Melayu dan bahasa kebangsaan

kosmo.com.my
Oleh MUSTAQIM MOHAMED
3 Ogos 2024, 4:13 pm
Ahmad Zahid (dua dari kanan) menyampaikan buku rekod hafazan kepada murid Tabika Tahfiz Kemas, Muhammad Kashfi Muhammad Hakim, 6 (tiga dari kanan) sempena Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Kemas Kelantan di Dewan Besar Taman Agropolitan Rantau Manis di Gua Musang hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED/KOSMO!

GUA MUSANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan Madani adalah pihak yang sebenarnya mempertahankan soal Islam, Melayu dan bahasa kebangsaan di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan pusat juga dilihat tegas mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu dengan harapan komitmen dan segala usaha berkenaan mendapat barakah daripada Allah SWT.

“Jika ada pihak menyebut Islam dipinggirkan atau kerajaan hari ini tidak lagi memberi keutamaan kepasa Islam. Itu adalah satu pembohongan yang paling besar,” katanya semasa berucao pada Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan di Dewan Besar Taman Agropolitan Rantau Manis, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, sejak diberikan tanggungjawab mengetuai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, beliau telah melaksanakan tanggungjawab memartabatkan dakwah dan pembangunan Islam dengan sebaik mungkin.

Katanya, kerajaan sebelum ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk program dakwah dan pembangunan Islam tetapi telah ditambah sebanyak RM500 juta melalui belanjawan tahun ini untuk menjadikan jumlah peruntukan sebanyak RM1.9 bilion bagi tujuan berkenaan. 

– KOSMO! ONLINE
View Synonyms and Definitions

Monday, July 22, 2024

MP gesa Anwar ikut jejak Dr M kenakan moratorium Akta Hasutan

malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Jul 22, 2024 6:47 PM
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mengenakan semula moratorium terhadap Akta Hasutan 1948 seperti dilakukan di bawah pentadbiran PH 1.0 yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin veteran PKR itu berkata walaupun terdapat banyak kelemahan sepanjang tempoh pertama PH berkuasa, moratorium Akta Hasutan berjaya dilaksanakan sehinggalah kerajaan PH tumbang pada Feb 2022.

“Jadi saya percaya kerajaan Madani yang ‘lebih reformis’ di bawah perdana menteri Anwar, sepatutnya lebih progresif berbanding Mahathir.

“Saya mencadangkan agar kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar mencontohi PH 1.0 di bawah Mahathir dan menguatkuasakan moratorium serta-merta ke atas penggunaan Akta Hasutan 1948,” kata Hassan kepada Malaysiakini hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas siasatan terhadap peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali di bawah Akta Hasutan hari ini.
Rafique disiasat berhubung ucapannya semasa perhimpunan antikerajaan bulan lalu dengan menggelarkan Anwar sebagai “scammer”.

Terdahulu, Rafique yang merupakan penganjur perhimpunan “Rakyat Lawan Anwar” disoal siasat di Bukit Aman setelah satu laporan polis dibuat di Perlis oleh sebuah NGO yang tidak dinamakan.

Mengulas lanjut, Hassan yang juga seorang peguam, berkata Akta Hasutan bertentangan dengan prinsip asas undang-undang di mana"niat" di sebalik kesalahan yang didakwa perlu dibuktikan terlebih dahulu.

“Sekiranya polis mahu membuka kertas siasatan ke atas Rafique, adalah lebih adil dan profesional untuk mereka menggunakan Kanun Keseksaan, contohnya Seksyen 505(b),” katanya.

Seksyen 505 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan berkaitan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita.

Seksyen 505(b) pula memperuntukkan kesalahan berkaitan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman; atau

Awal bulan ini kumpulan masyarakat sivil mengadakan demontrasi bagi menggesa perdana menteri menunaikan janji PH untuk memansuhkan undang-undang era British itu.

Hassan antara ahli parlimen kerajaan yang menerima memorandum disampaikan kumpulan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail pada Mac lalu berkata kabinet telah memberikan kebenaran untuk meneruskan cadangan pindaan Akta Hasutan, tetapi ia bertujuan membantu kerajaan mengekang provokasi berhubung isu 3R (kaum, agama, raja).

Friday, July 12, 2024

Gagal di Sg Bakap hantui Speaker isytihar 6 parlimen kosong

harakahdaily.com
July 12, 2024
Ahmad Fadhli Shaari

KOTA BHARU: Kegagalan Pakatan Harapan (PH) merampas Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini menghantui kerajaan Madani untuk mengisytiharkan enam kerusi parlimen kosong.

Kerusi parlimen terbabit iaitu Gua Musang, Jeli, Bukit Gantang, Tanjung Karang, Labuan dan Kuala Kangsar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam kerusi bekas Ahli Parlimen Bersatu dianggap ada kaitan kegagalan PH di Sungai Bakap.

Katanya Johari tidak menjejaki apa yang dilakukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan memutuskan DUN Nenggiri kosong selepas bekas ADUN Nenggiri digugurkan keahlian Bersatu kerana melanggar arahan parti.

“Malang Speaker Dewan Rakyat ‘alih tiang gol’ kerana tidak mahu isytihar kerusi parlimen kosong biarpun berlaku perlanggaran Akta Anti Lompat Parti,” katanya pada kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini hari ini.

Menurutnya Bersatu melakukan secara tertib sebelum keahlian enam ahli parlimen dan ADUN digugurkan dengan menghantar notis kepada wakil rakyat terbabit.

Notis terbabit berkaitan menyatakan pendirian sekali lagi sama ada masih memberi sokongan kepada kerajaan Madani atau tidak.

Bagaimanapun, kata beliau ahli parlimen terbabit tidak menjawab notis tersebut menyebabkan keahlian dalam Bersatu digugurkan serta kekosongan kerusi parlimen dilakukan di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

“Bukan berkaitan isytihar sebelum itu isytihar sebelum ini, tidak ada kaitan, apabila perlembagaan parti diubah notis sudah dihantar, mereka masih tetap dengan pendirian sokong Perdana Menteri.

“Perkara ini bertentangan dengan perlembagaan parti menyokong pihak lain, maka keahlian mereka terhenti dan mengikut perlembagaan bila keahlian terhenti, kerusi perlu dikosongkan,” katanya. 

– HARAKAHDAILY 12/7/2024

Sunday, June 23, 2024

PRK Sungai Bakap: PH menang, petrol mungkin naik

harakahdaily.net
June 23, 2024

NIBONG TEBAL: Tidak mustahil Kerajaan Madani akan menghapuskan subsidi petrol RON95 sekiranya mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Abidin Ismail berkata, ia sama seperti tindakan kerajaan menghapuskan subsidi diesel selepas memenangi PRK DUN Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.

“Rakyat perlu menunjukkan protes terhadap kerajaan yang ada sekarang ini yang menghapuskan subsidi diesel sehinggakan harga-harga barang di pasaran ikut meningkat.

“Kalau kita masih menyokong kerajaan sedia ada mungkin akan naik pula petrol RON95. Walaupun dulu mereka janji harga minyak akan turun, tetapi hakikatnya harga minyak mereka sudahpun naikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui sewaktu program turun padang bertemu pengundi pada hari pertama kempen bagi PRK ini di Pasar Malam Sungai Bakap, di sini petang semalam.

“Banyak kita tanya peniaga tadi banyak rungutan berkaitan kenaikan harga barang yang berpunca subsidi diesel dihapuskan. Harga diesel meningkat dan menyebabkan harga barang naik.

“Macam mana pun mereka kata mereka terpaksa naikkan harga jualan mereka. Kalau tidak mereka rugi,” ujarnya yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal.

Mengulas mengenai kempen, beliau yang lebih mesra dengan panggilan ‘Abang Abidin’ berkata, program turun padang itu menunjukkan tanda-tanda permulaan yang positif berdasarkan sambutan orang ramai.

“Alhamdulillah respons daripada pengunjung pasar malam ni amat baik pada PERIKATAN NASIONAL. Insya-Allah mereka akan bagi sokongan pada PERIKATAN NASIONAL pada PRK ini.

“Kita akan mengadakan walkabout ke kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar malam macam ni dan juga rumah ke rumah. Kita akan turun untuk merayu seramai mungkin pengundi untuk memilih PERIKATAN NASIONAL,” katanya.

Turut sama dalam program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu.

Abang Abidin disahkan menentang calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dalam pertandingan satu lawan satu setelah tempoh penamaan calon tamat pagi semalam.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada PERIKATAN NASIONAL pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap ini pada 2 Julai manakala hari mengundi ialah pada 6 Julai, dengan kempen akan berlangsung selama 14 hari bermula hari ini hingga jam 11:59 malam 5 Julai. 

– HARAKAHDAILY 23/6/2024
View Synonyms and Definitions

Sunday, March 31, 2024

ULASAN | Melengahkan cukai orang kaya

malaysiakini.com
Amira Aisya Abd Aziz
Diterbitkan: Mar 31, 2024 10:21 AM
ULASAN | Akhirnya sudah muktamad bahawa satu lagi agenda dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah tertangguh, iaitu Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT).

Ketika ia diumumkan, kerajaan Madani dilihat mahu cuba menyelamatkan golongan marhaen dengan mengenakan lebih banyak tekanan cukai ke atas golongan berkemampuan dan golongan lebih berada.

Tapi sejak pembentangan Belanjawan 2024 lalu, apa yang berlaku adalah sebalikya. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) naik daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Bukan saja SST naik, skop cukai itu juga diperluaskan. Maknanya lebih banyak barang akan dikenakan cukai.

Cukai untuk perkhidmatan digital juga naik daripada 6 peratus kepada 8 peratus. Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVGT) sampai 10 peratus.

Ini semua cukai yang akan memberi impak paling besar kepada majoriti pengguna di Malaysia, iaitu kumpulan yang tersepit dalam suasana gaji kecil, peluang kerja yang sedikit dan kos sara hidup tidak sepadan dengan pendapatan.

Golongan yang berkemampuan dan pembeli barangan mewah serta bernilai tinggi? Tangguh dahulu. Nanti sahajalah.

Persoalannya, kenapa kerajaan ghairah benar mencukai golongan marhaen tapi culas dan liat untuk buat hal yang sama kepada orang kaya?

Dalam laporan Awani ada disebut alasan yang diberikan kenapa kerajaan liat untuk membentangkan HVGT, iaitu perselisihan pendapat mengenai definisi "barangan bernilai tinggi" serta julat harga barangan yang tertakluk kepada cukai.

Tiada penjelasan diberi

Ia berlaku walaupun dialog dan perundingan berterusan dibuat dengan pemain industri runcit dan persaudaraan cukai.

Tapi definisi barangan bernilai rendah di dalam LVGT mudah pula dirunding dan diberi kata putus. Keputusan untuk meluaskan skop SST cepat pula. Mahu caj pengguna digital, laju.

Tapi HVGT lambat. Belum ada khabar bila akhirnya kerajaan mahu membentangkan Rang Undang-undang HVGT.

Saya masih ingat apabila pembentangan HVGT dibuat dalam Belanjawan 2024, kerajaan menyenaraikan contoh-contoh barangan mewah seperti kenderaan import mewah, jam tangan bernilai lebih RM20,000, barangan kemas dan kapal terbang peribadi.

Waktu dibentang, banyak juga senarai itu disebarkan untuk meyakinkan orang ramai bahawa cukai tersebut adalah adil. Kamu berharta, kamu sumbanglah kepada negara dengan cukai lebih tinggi.
Tapi akhirnya tangguh. Mahu laksana 1 Mei 2024 tapi Parlimen ditangguhkan sehingga 24 Jun.

Tangguh sebab apa? Tidak ada siapa yang memberikan penjelasan mahupun meredakan tekanan orang ramai yang sudah mula berspekulasi soal perlawanan kelas antara marhaen dan kaya.

Saya bukan anticukai. Saya tahu dan faham benar negara ini sudah hilang banyak kekayaan dan wang rakyat apabila Umno memerintah.

Saya juga tahu nanti berbodong-bodong kumpulan penyokong kerajaan yang akan tuduh saya procetak wang, tidak mahu ekonomi yang lebih progresif dan sebagainya.

Hakikatnya, Muda bukan anticukai tapi Muda anticukai hanya untuk marhaen. Biar adil dan sama-sama merasa kek ekonomi negara.

Saya nak ingatkan juga bahawa Muda adalah satu-satunya ahli parlimen yang bersuara di dalam Dewan Rakyat untuk kenakan Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) kepada syarikat pengeluar sarung tangan getah yang untung berlipat-lipat kali ganda sewaktu pandemik Covid-19 berlaku.

Ada kenderaan elektrik

Waktu itu, Umno mahupun PN yang memerintah – semua tidak endahkan cadangan tersebut. Walhal syarikat-syarikat terbabit mengaut untung luar biasa ketika rakyat sedang susah dengan pandemik.

Penyokong Madani yang membaca rencana ini janganlah menuduh bahawa saya dan rakyat lain tidak mahu membayar cukai, apatah lagi kononnya kita tidak faham mengapa cukai ini baik untuk pembangunan negara.

Nak cukai, cukailah. Tapi biarlah adil, biarlah saksama.

Saya juga mahu ingatkan kerajaan bahawa jikalau mereka mempunyai iltizam politik yang bersih dan adil dalam hal pencukaian, rakyat pasti akan menyokong.

Macam negara-negara luar yang cukainya jauh lebih tinggi misalnya, tetapi pembahagian kek ekonomi itu dipecah-pecahkan dengan adil dan bukannya secara perbezaan dua darjat.

Tetapi kalau sekejap-sekejap mahu cukaikan marhaen yang mahu membeli barangan peribadi di platform digital, mahu tambah cukai sewaktu marhaen beli barangan harian dan makan minum, segerakanlah cukai kepada orang kaya juga.

Orang kaya sudah punya kenderaan elektrik, penangguhan cukai itu ini tapi marhaen masih bergelut dengan cukai-cukai tambahan dengan gaji yang tak naik-naik.

Tulang belakang sebenar ekonomi bukanlah milik hartawan tetapi milik marhaen dan pekerja. Jagalah yang 90 daripada menimang-nimang yang 10.

AMIRA AISYA ABD AZIZ ialah pemangku Presiden Muda dan Adun Puteri Wangsa, Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Wednesday, March 27, 2024

Kerajaan akan noktahkan gejala ketagihan hutang - Anwar

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 27, 2024 12:53 PM
Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi yang bersandarkan nilai manusiawi, pembaharuan fiskal akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluas asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan MADANI juga akan menoktahkan gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar,” katanya dalam hantaran di laman X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) hari ini.

Anwar berkata langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi semua pihak, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lepas.

“Dengan hasil cukai sebanyak 11.8 peratus sahaja daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kerajaan mempunyai ruang terhad untuk melabur dalam aspek pembangunan rakyat dan memberi bantuan sewajarnya kepada golongan rentan dan yang memerlukan,” kata beliau.

Semalam, Anwar telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang membincangkan dan meneliti senario terkini ekonomi Malaysia serta unjuran jangka pendek dan sederhana kedudukan fiskal negara.

Beliau berkata dalam mesyuarat FPC tersebut, ahli jawatankuasa senada untuk memperkukuh Pejabat Pengurusan Hutang (DMO) bagi menambah baik pengurusan hutang kerajaan serta memperkemas peranan Pejabat Perhubungan Pelabur (IRO) di bawah Kementerian Kewangan, yang menjadi pusat rujukan utama untuk pelabur pasaran.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour serta pegawai kanan Kementerian Kewangan.

- Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-