Monday, June 5, 2023

PRN: BN bertanding 31 kerusi di Kelantan

hmetro.com.my
Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my
Zawawi Othman

Kota Bharu: Pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) Kelantan dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang tidak mempunyai masalah dan berjalan lancar.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, berkata pembahagian kerusi dibuat atas permintaan PH iaitu sebanyak 14 kerusi, manakala BN pula akan bertanding di 31 kerusi.

Katanya, pembahagian kerusi itu diputuskan menerusi mesyuarat lebih seminggu lalu.

"Pembahagian kerusi antara BN dan PH capai kata sepakat apabila PH mahu 14 kerusi, manakala BN 31 kerusi. Ada Parlimen yang PH minta mahu bertanding di dua Dewan Undangan Negeri (DUN), ada satu kerusi sahaja dan ada juga Parlimen yang PH tidak bertanding.

"Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara BN dah PH berjalan dengan lancar kerana dalam pembahagian kerusi itu tidak ada bantahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh itu berharap PRN akan datang juga berjalan lancar kerana mereka mahu membantu rakyat Kelantan supaya mendapat manfaat.

Justeru, beliau berkata, rakyat Kelantan perlu buat satu keputusan yang bijak dalam PRN itu walaupun hendak mengekalkan PAS sebagai kerajaan negeri.

"Mereka (rakyat) jangan bagi kerusi yang banyak kepada PAS dan pastikan BN serta PH mendapat kerusi yang banyak untuk menjadi pembangkang yang kuat.

"Kita ingin membantu rakyat Kelantan dengan menjadi sebagai semak dan imbang yang kuat. Seterusnya rakyat akan mendapat pembelaan kerana kerajaan tidak boleh buat sewenang-wenangnya.," katanya.

Disiarkan pada: Jun 5, 2023 @ 12:46pm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-