07/06/2023
Bekas pemimpin yang menyerang UMNO sebenarnya mahu melihat parti itu ranap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti, kata Datuk Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu membidas bekas pemimpin parti itu yang dipecat sebelum ini sebagai penakut kerana sekadar menumpang parti lain, malah tindakan mereka itu sebenarnya mahu memastikan kedudukan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin lemah.
“Kluster ini tidak berani tubuh parti baharu. Mereka tumpang rumah orang lain. Mereka ini mahu ranapkan UMNO. Bolehlah politik mereka terus hidup,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Kenyataan Puad itu sebagai reaksi balas terhadap beberapa bekas pemimpin parti itu, baru-baru Khairy Jamaluddin Abu Bakar meramalkan UMNO bakal ‘bungkus’ pada PRN nanti.
Sementara itu, beberapa bekas pemimpin UMNO juga kini berada sepentas dalam kempen politik Perikatan Nasional (PN) di beberapa buah negeri yang bakal mengadakan PRN, antaranya Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Noh Omar.
“Ada yang tidak mahu menumpang. Mereka hanya mahu UMNO kalah teruk enam PRN. Negeri ini bukan milik UMNO. Mereka hanya mahu Zahid lemah. Senang mereka masuk balik dan menguasai UMNO,” ujarnya lagi.
Khairy sebelum ini berkata UMNO bakal ‘bungkus ’ sebagai respons kepada bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang membidas “jemputan sinis” dibuat Zahid dan Setiausaha Agung, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kepada ahli yang dipecat dan digantung untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.
Hishammuddin berkata, tindakan sebegitu “tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi”, kerana mereka mahukan “UMNO yang asal”.
Terdahulu, Zahid berkata, bekas ahli UMNO yang merindui PAU boleh hadir menjadi pemerhati di luar Dewan Merdeka, manakala Asyraf berkata, mereka boleh menghadiri PAU yang bermula hari ini hingga 10 Jun.
Puad Zarkashi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.