Wednesday, June 7, 2023

UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi

agendaily.com
07/06/2023
PRN Negeri Sembilan.

Dua kerusi tambahan diminta UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengesahkan PH menawarkan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding PN tetapi kerana kekuatan dimiliki mereka, tambahan dua kerusi dimohon diberikan kepada UMNO-BN.

“Yang telah diselesaikan sekarang ini ialah status quo PH dapat 20 dan BN 16 kerusi. Jadi, kita teruskan mesyuarat, sebab saya minta supaya beri tambahan dua lagi kerusi.

“Ini supaya kita masuk PRN secara sama rata, kedua-dua pihak 18 kerusi masing-masing daripada jumlah 36 kerusi DUN di negeri tersebut,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Bagaimanapun, Jalaluddin mengakui terdapat halangan bagi meminta dua kerusi DUN lagi kerana bukan mudah PH memberikan kerusi yang mereka menangi sebelum ini.

“Tetapi macam saya beritahu kawan-kawan PH, ini adalah masa untuk kita berkorban. Give and take, atas semangat kerjasama, kerana kita nak jentera kita bersemangat tahap maksimum, masing-masing PH dan BN.

“Gabungan dua jentera ini untuk pastikan tiada pembangkang di Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Untuk rekod pada PRU-14, PH menawan Negeri Sembilan buat kali pertama dan berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 20 kerusi berbanding UMNO-BN yang hanya menang 16 kerusi DUN.

DUN Negeri Sembilan dijangka dibubarkan pada Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-