Thursday, July 20, 2023

Dituduh rancang haramkan UMNO, Mahathir tuntut bukti

agendaily.com
20/07/2023
Dr Mahathir berkata beliau meminta parti tersebut dibubarkan kerana UMNO ketika itu tidak lagi berpegang kepada dasar dan perjuangan asal.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak pihak yang menuduh beliau merancang untuk mengharamkan UMNO ketika mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) tampil dengan bukti

Namun beliau akui ada meminta Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO ketika Presiden UMNO itu menemuinya selepas PRU-14 lalu.

“Saya tak tau sama ada saya kata haram atau tidak. Tapi (saya) ingat suruh Zahid membubarkan UMNO.

“Kita tidak pernah ambil tindakan untuk mengharamkan UMNO. Kalau ada orang kata saya kata macam itu, saya nak tanya buktilah bila saya kata?” kata Dr Mahathir, lapor MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Dr Mahathir dan Muhyiddin merancang mengharamkan UMNO ketika mentadbir negara selepas PRU-14.

Sementara Zahid dilaporkan berkata Dr Mahathir pernah menyuruhnya untuk membubarkan UMNO.

Menjelaskan perkara berkenaan, Dr Mahathir berkata beliau meminta parti tersebut dibubarkan kerana UMNO ketika itu tidak lagi berpegang kepada dasar dan perjuangan asal.

“UMNO sudah jadi parti cash is king, parti duit. Jadi saya kata ini bukan parti UMNO…patut dibubar, jangan guna nama UMNO tapi buat benda yang bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya lihat ramai ahli UMNO lompat masuk Bersatu. Yang tinggal sedikit sahaja. Saya beritahu kepada Zahid ketika berjumpa saya, saya kata bubarkan parti UMNO dan berada (masuk) dalam Bersatu.

“Ini bukan parti yang berjuang melawan Malayan Union dan kemerdekaan. Ini bukan pun parti di bawah perdana menteri pertama, kedua, ketiga dan keempat. Masuk kelima lari daripada perjuangan UMNO, sebab itu UMNO perlu dibubar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-