malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Jul 6, 2023 9:10 AM
Sama ada namanya diangkat sebagai calon atau sebaliknya dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti, bekas ahli parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan dia akan kekal istiqamah bersama PAS.
Malah anak kepada bekas Musyidul Am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan bahawa menjadi calon sama sekali buka legasi perjuangan ayahnya.
“Saya serah pada pimpinan. Yang penting saya kekal istiqamah, dan akan bersama jentera PAS dalam kempen PRN nanti.
“Mesti saya terima (keputusan parti), saya ahli biasa PAS hari ini patuh pada keputusan pimpinan insya-Allah,” katanya ketika ditemui media ketika menghadiri ceramah mega ‘Ppakat Pertahan Kelantan’ di Bachok, malam tadi.
Nik Abduh sebelum ini menjadi wakil rakyat PAS selama dua penggal bagi parlimen Pasir Mas dan Bachok.
Bagaimanapun dia tidak dicalonkan semula pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.
Terdahulu Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika ditanya sama ada Nik Abduh akan dinamakan sebagai calon dalam PRN Kelantan bagaimanapun menyatakan perkara itu akan diketahui pada hari penamaan calon.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pelaksanaan PRN di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan berlangsung serentak pada 12 Ogos, dengan hari penamaan calon pada 29 Julai.
Sementara itu ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan wujud usaha menghapuskan legasi ayahnya sekiranya dia sekali lagi tidak dicalonkan, Nik Abduh sama sekali menolak tanggapan itu.
Katanya, legasi tok guru bukan menjadi calon tetapi memperjuangkan Islam.
“Legasi tok guru bukan menjadi calon, legasi tok guru adalah memperjuangan Islam dan mempertahankan kerajaan negeri Kelantan.
“Itu legasi tok guru, menjadi calon bukan legasi tok guru,” tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan se...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
agendaily.com 21/11/2022 ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP. Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa berta...
-
Norman Goh | Diterbitkan 26 Jul 2018, 8:49 pagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi ke China bulan depan...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.