Saturday, July 22, 2023

PRN bakal jadi medan pengundi Melayu nilai kerajaan campuran UMNO-DAP

agendaily.com
22/07/2023
Pilihan raya di enam negeri dijadualkan serentak 12 Ogos ini.

Sudah pasti pelbagai khabar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Persoalan utama adakah wujud tsunami pengundi Melayu yang akan mencorakkan keputusan sokongan parti bertanding?

PRN kali ini dilihat amat penting kerana ia menentukan pola pengundian Melayu di Semenanjung kerana ini pilihan raya pertama selepas perubahan pola pengundian Melayu dalam beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRN sebelum ini.

Kali ini enam negeri mengadakan PRN penduduk plural iaitu Pulau Pinang yang mana dengan penduduk dan jumlah pengundi hampir sama banyak antara orang Melayu dan Cina.

Di Kelantan dan Terengganu, penduduk serta pengundi Melayu adalah setinggi 95 peratus manakala Kedah, jumlah penduduk dan pengundi Melayu lebih kurang 76 peratus, Negeri Sembilan sebanyak 56 peratus dan Selangor setinggi 61 peratus.

Hakikatnya, orang Melayu akan cuba disedarkan kumpulan politik tertentu bahawa selepas PRU-15, kuasa politik orang Melayu di Semenanjung mula terhakis. Ini kerana kerajaan Persekutuan dipimpin Anwar bergantung hidup politik kepada sokongan bukan Melayu.

Selain itu, PRN kali ini juga akan menyaksikan parti dan pemimpin Melayu mana akan lebih diyakini. Apakah masyarakat dan pengundi Melayu di Semenanjung percaya kepada Anwar dan PKR atau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan UMNO atau Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS?

Secara umum, pertandingan PRN kali ini adalah sama rata antara pelbagai parti dan perikatan parti bakal bertanding.

Di negeri majoriti Melayu, isu bangsa masih relevan tetapi mungkin pihak bertanding akan lebih berhati-hati kerana ada kawasan pilihan raya mempunyai pengundi bercampur.

Hakikatnya, rakyat Malaysia mengundi atas pelbagai sebab, namun corak dominan dari pembingkaian dan analisis terhadap pengundian itu adalah kaum. Ini antara lain kerana kempen digerakkan atas garis berkenaan.

Sementara kaum hanya terpapar pada 40 peratus corak pengundian pada 2018, ia lebih berhubung kait dengan pengundian sejak PRN Melaka pada 2021.

Ini antara lain kerana politik identiti kian digunakan untuk menarik pengundi, yang turut berlaku pada PRU-15.

Pengundian di Malaysia tidak seharusnya dilihat menerusi satu dimensi sahaja, walaupun dengan dimensi kaum yang sering dibangkitkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-