Saturday, August 26, 2023

Jangan polemik pelaksanaan modul penghayatan hadis 40 di sekolah, kata menteri agama

freemalaysiatoday.com
Bernama
 - 26 Aug 2023

Mohd Na’im Mokhtar berkata Kementerian Pendidikan jelas menyatakan program itu hanya untuk guru dan murid beragama Islam sahaja.
Mohd Na’im Mokhtar berkata program itu telah dinyatakan bertujuan menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama di kalangan guru dan murid beragama Islam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta untuk tidak menimbulkan sebarang polemik yang boleh mengganggu gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata KPM dalam kenyataan semalam jelas menyatakan program itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

“Dalam kenyataan KPM di media sosial rasmi bertarikh 25 Ogos 2023 menjelaskan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan untuk menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh KPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Na’im turut menyeru semua pihak supaya memberikan penumpuan membangunkan negara khususnya pembangunan modal insan generasi Madani seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-