Athirah Huda Zalhe
MP Pasir Mas kesal, sedih dengan pihak bertanggungjawab buat undangan
BANGI, 12 Safar 1445H, Selasa – Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan pihak tertentu menjemput pelajar tahfiz ke sebuah konsert yang diadakan pada Ahad lalu.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu kesal dan sedih apabila melihat perkara itu menerusi sebuah video yang tular di media sosial, baru-baru ini.
“Kepada pihak yang menjemput anak-anak tahfiz (jika dilihat kepada pakaian berjubah dan berserban) ke konsert KFC semalam, saya mohon sensitiflah sikit.
“Apa tujuan pergi hadap anak-anak pelajar agama ke konsert seperti itu? Apa nilai yang anda ingin sampaikan?
“Soal PM turut sama menonton tu terpulanglah, saya tidak mahu komen, boleh buat penilaian sendiri,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Difahamkan, kenyataan Fadhli itu dipercayai merujuk sebuah video yang tular di aplikasi TikTok yang memaparkan kehadiran sekumpulan remaja berserban dalam konsert KEPCI Music Fest di Shah Alam, kelmarin.
Konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC itu, dihadiri lebih 8,500 penonton termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.