Friday, September 8, 2023

Azmin dakwa demi kuasa Anwar sanggup korban prinsip perjuangan

bharian.com.my
Oleh Essa Abu Yamin 
essabuyamin@bh.com.my
- September 8, 2023 @ 9:35am

Azmin dakwa demi kuasa Anwar sanggup korban prinsip perjuangan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Azmin Ali berucap ketika Program Grand Finale Perikatan Nasional, PRK DUN Simpang Jeram malam tadi. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

MUAR: Datuk Seri Azmin Ali menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya sanggup mengorbankan prinsip perjuangan sebelum ini apabila bersekongkol dengan pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan rasuah.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa tindakan itu adalah bertentangan dengan apa yang diperjuangkan Anwar ketika sebelum menjadi Perdana Menteri.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu turut mempersoalkan mengapa penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kini masih membisu dengan perkembangan semasa terutama kalangan pemimpin UMNO yang didakwa terbabit rasuah dibebaskan mahkamah.

"Mana penyokong-penyokong PH, mana Lim Guan Eng, mana Mat Sabu, dia sedang sibuk naik lembu, orang naik kuda dia naik lembu.

"Dalam prinsip perjuangan mesti ada prinsip yang berpegang kepada penolakan rasuah, tolak perompak dan tolak perasuah tetapi kerana aku ingin menjadi Perdana Menteri, aku sanggup korbankan prinsip dan perjuangan, aku angkat perasuah jadi Timbalan aku," katanya menyindir tindakan Anwar memilih Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Grand Finale Perikatan Nasional N13 Simpang Jeram di BJ Ballroom, Kampung Parit Keroma Darat di sini, malam tadi.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Azmin Ali berucap pada Program Grand Finale Perikatan Nasional, PRK DUN Simpang Jeram malam tadi. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim
Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud dan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad daripada tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta.

Jelas Azmin, Anwar kini bukan sahaja tidak lagi seperti dahulu sebaliknya kini sanggup berpeluk dengan perasuah semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

"Anwar sebelum ini ajar kita lawan dengan rasuah, hari ini berdakap dengan perasuah. Dia janji dengan Bangsa Johor, dia janji dengan rakyat Johor dan dia ajak kita pergi jalanan lawan kleptokrat dan lawan perasuah.

"Hari ini beliau berdakap dan berpeluk dengan perasuah, (kita akan) pasti lawan Anwar Ibrahim," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-