Tuesday, September 12, 2023

Jangan terlalu cepat nak kahwin DAP, komponen BN ingatkan Umno

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin 
12 Sep 2023

Pucuk pimpinan BN perlu menilai kerjasama dengan DAP jika tidak mahu identiti warna biru gabungan itu bertukar kepada merah (PH).
BN bertanding solo pada PRN Johor dan Melaka sebelum ini walaupun bekerjasama dengan PN mentadbir Putrajaya dari 2020 hingga 2022. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dua naib presiden MCA dan MIC mahu pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) mempertimbangkan serius gesaan komponen itu ‘berpisah’ dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP pada pilihan raya.

Ti Lian Ker dan T Mohan berpendapat cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil itu wajar dipertimbang supaya BN tidak ‘ditenggelamkan’ dan menjadi pengikut PH yang hanya menambah kemarahan akar umbi.

“Kalau tidak mahu hilang warna biru, kita harus setuju dengan Isham kecuali kalau nak jadikan baju biru kepada merah (menjadi pengikut kepada PH semata-mata),” kata Ti dari MCA kepada FMT merujuk gesaan Umno berpisah dengan PH pada pilihan raya, namun kekal sebahagian kerajaan perpaduan.
Ti Lian Ker.
Ti berkata BN tiada masalah bertanding bersendirian dengan mengambil contoh ketika mentadbir Putrajaya dengan Perikatan Nasional (PN) pada 2020 hingga 2022, komponen itu bergerak solo pada PRN Melaka serta Johor yang menyaksikannya menang besar.

“Itulah landasan sebenarnya, kita bersama dalam kerajaan (dengan PN) tetapi apabila pilihan raya masing-masing membawa perjuangan sendiri,” katanya mendakwa ramai akar umbi tidak menerima kerjasama dengan DAP.

Menurut Ti, keadaan itu berlaku kerana mereka masih meragui keikhlasan DAP yang dilihat hanya mahu mendapatkan sokongan Melayu dari Umno untuk kekal berkuasa.

“DAP cuma nak ambil Umno melalui pintu belakang dengan ketepikan komponen MIC dan MCA dalam BN, pemimpin atasan mungkin nampak bersama tetapi di bawah masih renggang (hubungan Umno-DAP).

“Kita tak perlu gopoh tetapi perlu waspada dengan maklum balas akar umbi…jangan terlalu cepat nak ‘kahwin’ dengan DAP,” katanya.

Ti turut mendesak DAP meminta maaf kepada MCA kerana pernah menggelarnya sebagai ‘anjing suruhan’ Umno.
T Mohan.
Sementara itu, Mohan dari MIC berkata cadangan Isham perlu dibincangkan secara serius oleh pucuk pimpinan jika ingin melihat kesinambungan BN.

Namun beliau juga mencadangkan Umno mencari rakan kerjasama lebih baik berbanding DAP jika benar-benar mahu menarik sokongan pengundi Melayu.

“Lebih baik Umno kerjasama dengan PAS, sebab (sekarang) kalau nak bergerak solo tak relevan buat Umno,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-