13/02/2024
Kebelakangan ini semakin jelas timbul rasa tidak puas hati dalam beberapa isu melibatkan dua parti antaranya DAP dan UMNO walaupun sudah berkahwin secara politik bersama kerajaan campuran.
Selepas setahun lebih bersama dalam kerajaan campuran, UMNO mula merasai rimas dan tidak selesa dengan tindak-tanduk DAP walaupun pada mulanya dilihat nampak serasi ketika membentuk kerajaan bersama.
Perbezaan pendapat antara DAP dengan UMNO dilihat semakin ketara dalam isu membabitkan pencalonan kampung baru cina yang dicadangkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang ditolak bulat-bulat UMNO.
UMNO yang merupakan parti tunggal orang Melayu kurang senang dengan cadangan Naib Presiden DAP tersebut kerana akan memberi implikasi besar kepada sokongan golongan Bumiputera di Malaysia.
Bagaimanapun, DAP tidak mudah mengalah dengan pendirian untuk mewartakan kampung baru Cina kerana mahu menjaga hati penyokong tegar mereka daripada kaum Tionghua.
DAP juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina yang memberi sokongan kepada mereka semasa pilihan raya umum lalu, berbeza dengan UMNO yang hanya sekadar parti minoriti orang Melayu dalam kerajaan campuran.
Tidak mudah bagi UMNO untuk duduk dalam kerajaan campuran dan pada masa sama mempertahankan kepentingan orang Melayu seperti yang dilakukan DAP dalam menjaga kepentingan orang Cina, ia memandangkan UMNO sendiri tidak disokong secara majoriti pengundi Melayu semasa pilihan raya sebelum ini.
Malah, UMNO juga dilihat sekadar penumpang dalam kerajaan campuran dan tidak mempunyai suara yang kuat seperti DAP.
Isu kampung baru Cina bukan permulaan kepada pertembungan antara DAP dan UMNO dalam kerajaan campuran, malah isu pengampunan Najib Razak juga dipertikaikan.
DAP secara jelas meletak garisan batasan kepada UMNO dalam isu pengampunan Najib dan tidak akan berkompromi, jadi tidak menghairankan pemimpin DAP dan akar umbi tegas menolak pengampunan kepada bekas perdana menteri tersebut.
Najib juga dikritik secara terbuka oleh pemimpin DAP dengan kenyataan secara terbuka dalam media sosial yang dilihat menyindir pengampunan diberikan kepadanya baru-baru ini apabila diskaun hukuman dan denda sebanyak 50 peratus diumumkan Lembaga Pengampunan.
Bahkan pendedahan oleh peguam Najib dan juga pempengaruh politik dalam media sosial berhubung pendirian PKR semasa membuat keputusan dalam Lembaga Pengampunan secara jelas menunjukkan mereka tidak bersetuju untuk memberi pengampunan penuh kepada bekas presiden UMNO itu.
Kedudukan UMNO yang sekadar penumpang dalam kerajaan campuran tidak memberikan mereka banyak pilihan selain akur dengan sebarang keputusan dibuat oleh “abang besar” atau terpaksa berdepan kehilangan jawatan menteri dan pengerusi badang-badan kerajaan.
Pemimpin UMNO sudah pasti tidak mahu kehilangan jawatan dan pangkat hanya semata-mata kerana mahu mempertahankan Najib, ia berbeza sama sekali semasa mereka berada dalam kerajaan sebelum ini.
UMNO tidak boleh menggugut atau memberi amaran untuk menarik sokongan lagi kerana mereka hanya tinggal 26 kerusi Parlimen, satu-satu pilihan yang mereka ada adalah menelan walaupun pahit setiap tindak-tanduk DAP walaupun terluka hati.
Tidak mudah apabila menjadi penumpang dalam kerajaan, UMNO perlu membiasakan diri dan menjadi “Pak Turut” dalam apa jua keadaan kerana tidak mempunyai suara yang besar seperti sebelum ini.
DAP kini dilihat lebi dominan daripada UMNO dalam kerajaan campuran.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.