Mohd Farhan Darwis
-28 Mar 2024, 07:30 AM
Penganalisis berkata BN juga perlu memastikan mereka mampu menang tidak kurang 30 kerusi Parlimen jika mahu Anwar Ibrahim kekal menerajui kerajaan.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) disaran menjaga pengundi mereka dengan baik jika berhasrat meletakkan Pengerusi Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri bagi penggal kedua, kata penganalisis.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, berkata sekutu kerajaan perpaduan, Barisan Nasional (BN) juga perlu memastikan mereka mampu menang tidak kurang 30 kerusi Parlimen jika mahu Anwar kekal menerajui kerajaan.
“PH tidak boleh kurang sokongan dari segmen sedia ada, jika berlaku hakisan, implikasinya kerusi milik PKR dan Amanah akan terjejas. Segmen pengundi Cina juga perlu diperhatikan. Peralihan sokongan pengundi Cina kini seakan tepu.
“Kitaran perubahan mungkin berlaku dalam PRU16. Jaminan ekonomi makin baik dan berkembang satu-satunya kekuatan PH untuk kekalkan aras sokongan pengundi Cina,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata hasrat gabungan itu adalah meletakkan Anwar sebagai perdana menteri bagi penggal kedua.
Beliau yang juga setiausaha agung PKR bagaimanapun berkata, partinya belum membuat keputusan untuk bersama Umno bertanding sebagai satu pasukan pada PRU16.
Dalam pada itu, Hisomuddin berkata selain PH tumpuan juga terarah kepada BN yang memikul tugas berat memulihkan keyakinan pengundi Melayu kepada parti kerajaan.
Katanya, jika BN tidak dapat menambah kekuatan, mereka juga tidak boleh hilang penguasaan 30 kerusi dimiliki ketika ini.
“Segmen anak muda bawah 35 tahun terutama Melayu paling utama. Ini kerana demografi yang memberikan lonjakan kepada Perikatan Nasional dalam PRU lalu,” katanya.
Hisomuddin berkata, jika PH gagal mengembangkan ekonomi, keadaan sukar menanti mereka untuk kembali memerintah.
“Andai kata ekonomi di takuk lama atau makin merosot, jika protes membesar, tidak dinafikan kemungkinan besar pengundi ini mencari hala tuju baru untuk undi mereka. Ini yang perlu ditakuti PH,” katanya.
Kontroversi beri petunjuk
Hisomuddin bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menilai pentadbiran Anwar mampu kekal ke penggal berikutnya, namun isu dan kontroversi yang timbul mampu memberi petunjuk.
“Isu berkait sara hidup, kontroversi melibatkan kaum dan agama masih menebal dan dijangka panas hingga PRU16. Rakyat akan menilai adakah kerajaan sekarang kompeten dan wajar diberikan peluang sekali lagi, hanya masa akan menentukan,” katanya.
Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, gabungan kerajaan hari ini dilihat berjaya mencapai kestabilan politik selain tanda pemulihan ekonomi.
Katanya, kejayaan dicapai Anwar antara lain adalah mewujudkan keyakinan di negeri iaitu antara parti politik bergabung dalam kerajaan perpaduan yang semakin kukuh serta diyakini rakyat.
“Setakat ini tidak ada tanda rakyat bangkit menyuarakan tidak puas hati terhadap kerajaan perpaduan. Walaupun wujud isu tertentu seperti harga barang tetapi kerajaan berjaya mengatasinya dengan cepat dan banyak inisiatif bantuan diberikan,” katanya.

Penganalisis berkata masih terlalu awal untuk menilai pentadbiran Anwar Ibrahim mampu kekal ke penggal berikutnya, namun isu yang timbul mampu memberi petunjuk.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.