malaysiakini.com
B Nantha Kumar & Siti Nur Shahirah Omar
Diterbitkan: Mar 28, 2024 10:00 AM
Sebelum ini, segelintir pihak menimbulkan spekulasi bahawa bekas perdana menteri Najib Razak sebenarnya tidak pun menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Ini kerana, menurut mereka, tiada gambar yang dapat membuktikan perkara itu selain layanan istimewa yang mungkin dinikmatinya selaku bekas pemimpin utama negara.
Namun, penceramah Wan Ji Wan Hussin yang baru saja menghabiskan hukuman penjaranya di sana menyatakan Najib sememangnya di penjara itu, dan malah mendakwa dia menerima layanan "sangat istimewa".
Dalam wawancara bersama Malaysiakini susulan pembebasannya, Wan Ji berkata dia pernah melihat kelibat Najib ketika menjalani hukumannya.
"Kalau ada orang kata Najib tiada dalam penjara, itu tidak betul. Memang dia di Penjara Kajang, hari-hari dia ada di situ. Kecuali kalau dia ada urusan luar seperti perbicaraan di mahkamah," katanya kepada Malaysiakini pada 25 Mac lalu.
Bagaimanapun, Wan Ji mendakwa Najib menerima layanan sangat istimewa, berbeza dengan banduan-banduan lain.
"Saya biasa nampak dia tak pakai baju banduan macam kita yang lain. Dia pakai biasa sahaja, macam duduk di rumah.
"Bukan pakai sut, tak adalah. Maksudnya dia pakai macam duduk di rumah, saya di situ pakai baju banduan," katanya, sambil menambah Najib ditempatkan di "blok istimewa", berbeza dengannya.
"Memang dia istimewa sangat. Bukan (sekadar) istimewa, tapi istimewa sangat," dakwanya lagi.
Malaysiakini telah menghubungi pihak Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Penjara Malaysia untuk mendapatkan respons berhubung dakwaan ini.
Wan Ji bebas sepenuhnya pada 22 Mac lalu setelah beberapa bulan menjalani hukuman penjara ekoran sabitan kes hasutan yang dikaitkan dengan sultan Selangor pada 2014.
Memulakan hukumannya pada 25 September 2023, dia sebelum ini telah keluar penjara pada 1 Januari lalu, melalui Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).
Melalui program itu, Wan Ji yang merupakan bekas pegawai kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata dia dibenarkan tinggal di luar tetapi tidak boleh bergerak bebas dan mesti mendapatkan kebenaran untuk kegiatannya.
Menceritakan lebih lanjut, Wan Ji berkata dia tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan Najib sepanjang berada di Penjara Kajang.
"Najib ini saya tak jumpa, cuma nampak. Blok saya yang belakang sekali. Dekat kawasan padang, ada satu blok lain dan Najib ada di situ.
"Jadi bila peguam datang berjumpa saya, saya berjalan dan nampak dia. Bercakap tak boleh sebab jauh," katanya lagi.
Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pada 2 Februari lalu, Lembaga Pengampunan membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman tersebut kepada penjara enam tahun dan denda RM50 juta.
Dengan itu, Najib dijangka akan dibebaskan pada Ogos 2028. Bagaimanapun, dia boleh dibebaskan lebih awal atas "kelakuan baik" pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga dari tempoh hukuman penjara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
agendaily.com 18/10/2022 Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika diwawancara dalam program Agenda Awani malam ini (18...
-
agendadaily.com 13/7/2021 Pemimpin UMNO negeri enggan ikut arahan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kedudukan kerajaan negeri Johor di bawah pi...
-
BERITA Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau ada asas kukuh untuk mengekalkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE...
-
freemalaysiatoday.com Mohamad Fadli - 26 Aug 2023 PH yang akan mempertahankan kerusi itu dicabar calon PN dan bebas. ( Gambar Facebook Suha...
-
hmetro.com.my Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my MUHAMMAD Sanusi sudah menghantar notis tuntutan kepada Saifuddin Nasution kerana didak...
-
malaysiakini.com Raveena Nagotra, Hariz Mohd & B Nantha Kumar Diterbitkan: Feb 28, 2024 2:37 PM PARLIMEN | Seorang ahli parlimen PKR ha...
-
malaysiakini.com Zarrah Morden & Shakira Buang Diterbitkan: Mar 25, 2024 3:06 PM Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanafi hari ...
-
malaysianow.com.my MalaysiaNow Julai 19, 2024 Bolehkah pemimpin veteran Umno dari kerabat diraja itu mengembalikan kegemilangan Umno di kaw...
-
agendaily.com 28/02/2023 Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan, meninjau kebakaran yang memusnahkan motosikal pend...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.