malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Jul 22, 2024 6:47 PM
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim menggesa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mengenakan semula moratorium terhadap Akta Hasutan 1948 seperti dilakukan di bawah pentadbiran PH 1.0 yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad.
Pemimpin veteran PKR itu berkata walaupun terdapat banyak kelemahan sepanjang tempoh pertama PH berkuasa, moratorium Akta Hasutan berjaya dilaksanakan sehinggalah kerajaan PH tumbang pada Feb 2022.
“Jadi saya percaya kerajaan Madani yang ‘lebih reformis’ di bawah perdana menteri Anwar, sepatutnya lebih progresif berbanding Mahathir.
“Saya mencadangkan agar kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar mencontohi PH 1.0 di bawah Mahathir dan menguatkuasakan moratorium serta-merta ke atas penggunaan Akta Hasutan 1948,” kata Hassan kepada Malaysiakini hari ini.
Dia berkata demikian sebagai mengulas siasatan terhadap peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali di bawah Akta Hasutan hari ini.
Rafique disiasat berhubung ucapannya semasa perhimpunan antikerajaan bulan lalu dengan menggelarkan Anwar sebagai “scammer”.
Terdahulu, Rafique yang merupakan penganjur perhimpunan “Rakyat Lawan Anwar” disoal siasat di Bukit Aman setelah satu laporan polis dibuat di Perlis oleh sebuah NGO yang tidak dinamakan.
Mengulas lanjut, Hassan yang juga seorang peguam, berkata Akta Hasutan bertentangan dengan prinsip asas undang-undang di mana"niat" di sebalik kesalahan yang didakwa perlu dibuktikan terlebih dahulu.
“Sekiranya polis mahu membuka kertas siasatan ke atas Rafique, adalah lebih adil dan profesional untuk mereka menggunakan Kanun Keseksaan, contohnya Seksyen 505(b),” katanya.
Seksyen 505 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan berkaitan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita.
Seksyen 505(b) pula memperuntukkan kesalahan berkaitan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman; atau
Awal bulan ini kumpulan masyarakat sivil mengadakan demontrasi bagi menggesa perdana menteri menunaikan janji PH untuk memansuhkan undang-undang era British itu.
Hassan antara ahli parlimen kerajaan yang menerima memorandum disampaikan kumpulan berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail pada Mac lalu berkata kabinet telah memberikan kebenaran untuk meneruskan cadangan pindaan Akta Hasutan, tetapi ia bertujuan membantu kerajaan mengekang provokasi berhubung isu 3R (kaum, agama, raja).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my September 14, 2024 Tan Sri Abdul Hadi Awang. - NSTP/ MUHAMMAD DELIMA ATAN TEMERLO...
-
malaysiakini.com RK Anand Diterbitkan: Sep 11, 2024 6:36 PM Pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan kerajaan perpaduan kerana kea...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my - September 13, 2024 @ 5:50pm Antara penguatkuasa di Lapangan Terbang Antaraban...
-
freemalaysiatoday.com Nora Mahpar -10 Sep 2024, 08:00 AM Penganalisis berkata Annuar Musa sedar BN jauh di hadapan berdasarkan gabungan undi...
-
bharian.com.my Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my - September 16, 2024 @ 5:29pm Fadillah Yusof KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menter...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 11, 2024 2:46 PM Ahli Parlimen DAP Teresa Kok mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Ketua Pemuda Umno ...
-
cosmo.com.my Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR 12 September 2024, 8:02 pm Dr. Mahathir pada majlis Nostalgia 25 tahun Pengisytiharan ITM kepada Ui...
-
bharian.com.my Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my - September 10, 2024 @ 9:27pm KUALA LUMPUR: Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, be...
-
freemalaysiatoday.com Mohamad Fadli dan Faiz Zainudin 11 Sep 2024 Penganalisis tidak menolak kemampuan PAS mengetuai PN berdasarkan jumlah k...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 15, 2024 5:49 PM PAS sanggup berubah menjadi parti liberal apabila membuka keahlian bersekutunya kepada s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.