Wednesday, July 17, 2024

Umno hanya ada 2 pilihan tawan semula orang Melayu, kata Salleh

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
7 Jul 2024, 

Adun Usukan Salleh Said Keruak berkata dua pilihan itu adalah pendekatan ‘orang Melayu banyak terhutang budi kepada Umno’ dan sebaliknya.
Salleh Said Keruak berkata menjelang PRU16 Umno perlu mengenal pasti sikap paling sesuai untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu.

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri Umno berkata parti itu kini hanya mempunyai dua pilihan untuk menarik semula sokongan orang Melayu kembali kepadanya pada PRU16.
Salleh Said Keruak.
Adun Usukan Salleh Said Keruak berkata, pendekatan yang boleh digunakan adalah ‘orang Melayu banyak terhutang budi kepada Umno’ termasuk usaha mendapatkan kemerdekaan daripada British dan ‘bantuan kepada orang Melayu’.

Pilihan kedua katanya, mengambil situasi Umno banyak terhutang budi kepada orang Melayu kerana memberi peluang kepada parti itu memerintah negara selama 60 tahun.

“Menjelang PRU16 nanti, Umno perlu mengenal pasti sikap yang paling sesuai untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno. Kita perlu memilih satu dari antara dua pilihan yang wujud pada masa ini.

Saya yakin jika kita pilih pendekatan yang sesuai dan mempunyai sikap yang betul maka harapan untuk menarik balik sokongan dan kembalikan keyakinan orang Melayu terhadap Umno akan tercapai, kata bekas bendahari Umno itu di Facebook.

Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh berkata Umno bukan milik mana-mana pemimpin, sama ahli Majlis Kerja Tertinggi atau ketua bahagian, sebaliknya ia milik semua ahli.

Mengulas mengenai prestasi buruk parti dalam beberapa pilihan raya, exco Melaka itu berkata survival Umno kini bergantung pada tekanan akar umbi yang mahukan perubahan.

Pada PRU15, Umno – parti tunjang Barisan Nasional (BN) hanya menang 26 kerusi berbanding 109 kira-kira 20 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-