malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Sep 21, 2024 5:19 PM
Kerajaan tidak menyekat kebebasan mana-mana ahli akademik untuk bersuara termasuk menyentuh isu berkaitan 3R (agama, kaum dan raja) asalkan tidak melampaui batas atau berunsur hasutan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, perkara itu telah diberikan penekanan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir.
"Seorang sarjana dari universiti tidak disuruh menjadi pak turut, harus bebas bicara dan ini yang kita tekankan dalam negara ini.
"Ini yang saya tekankan kepada menteri pendidikan tinggi sekiranya ada sekali pun yang bicara tentang 3R, itu hanya sekatan apabila kenyataan-kenyataan itu sudah melampau, menghasut kaum, membenci satu sama lain, mengguna agama untuk mendajalkan orang, memunafikkan orang dengan mudah,” katanya.
Perdana menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis memperingati ahli akdemik yang juga tokoh politik, Syed Husin Ali di Universiti Malaya (UM) hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata ucapan berbaur hasutan boleh membawa mesej yang salah kepada rakyat.
"Dan kalau di kalangan rakyat itu, mungkin akan membawa malapetaka dan rusuhan.
"Sama juga bukan Islam, kalau kita harbikan bukan Islam apa maknanya.
"Kalau kita kata bukan Melayu atau DAP ini kafir harbi, itu apabila dijelaskan di peringkat bawah bermakna orang yang menentang perlembagaan menentang negara dan berperang dengan negara, maknanya memberi ruang untuk bangkit berperang, kerana mereka itu bukan Islam yang dianggap menyimpang dari semangat bernegara," katanya.
Mengimbau mengenai Allahyarham Syed Husin Anwar berkata dia cukup mengkagumi sahabat yang juga gurunya itu dalam dunia politik.
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang berprinsip, Anwar berkata Syed Husin tidak pernah bercakap tentang soal peribadi, sebaliknya mahukan agenda reformasi dilaksanakan segera sebaik saja dia mengambil alih tampuk pentadbiran negara.
"Sebaik saja ada ruang, (Syed Husin) tak pernah bincang pasal kepentingan beliau, (tapi) asyik bicara ini belum buat, itu belum, ini belum.
"Masa kita berkuasa di (dalam) kerajaan Selangor, ada peluang lantik senator, bagi peluang (pada) dia...dia tolak," kata Anwar.
Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Syed Husin pada politik dan negara, Anwar meminta Universiti Malaya menubuhkan kursi Syed Husin.
Oleh itu Anwar meminta pihak Universiti Malaya agar berbincang segera dengan keluarga Allahyarham bagi penubuhan kursi berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.