Showing posts with label AMLATFPUAA. Show all posts
Showing posts with label AMLATFPUAA. Show all posts

Tuesday, October 22, 2019

Nasharudin mengaku tak bersalah



Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas didakwa dengan 33 tuduhan di Mahkamah Masjitret Shah Alam.

Nasharudin yang sebelum ini pernah menjadi anggota parlimen sebanyak dua kali dituduh melakukan tiga pengubahan wang haram, serta 30 kesalahan pecah amanah.

Jumlah wang yang terlibat bagi semua pertuduhan tersebut hampir mencecah nilai RM4 juta.

Untuk tuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, beliau didakwa menyalurkan dana Kementerian Kewangan - sebanyak RM302,069.60 - untuk Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) kepada tiga penerima lain melalui akaun syarikat miliknya, Wasatiyyah Centre For Peace Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Nasharudin pada Nov dan Dis 2018, iaitu kira-kira tiga bulan selepas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, mengarahkan operasi GMM ditamatkan.

Nasharudin dilantik sebagai pengerusi eksekutif GMM pada 28 Okt 2015 sehinggalah operasi organisasi itu ditamatkan pada 31 Jul 2018.

Sementara itu 30 tuduhan pecah amanah dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Tuduhan itu didakwa dilakukan Nasharudin di antara 2015 dan 2018. Ia membabitkan dana sebanyak RM3,721,683.80 yang dikaitkan dengan kedudukan beliau sebagai pengerusi Yayasan Nassar.

Pertuduhan itu dibacakan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai dan Mohd Zaki Mohd Salleh di depan hakim Rozilah Salleh.

[Berita lanjut menyusul]

Thursday, October 18, 2018

SPRM tahan Ahmad Zahid, pendakwaan esok

Diterbitkan 18 Okt 2018, 4:20 petang


TERKINI l SPRM hari ini menahan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas timbalan perrdana menteri itu akan berdepan dengan beberapa pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana sebuah yayasan milik keluarganya.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.15 petang di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini, setelah bekas timbalan perdana menteri itu diarahkan untuk hadir.

Menurut kenyataan SPRM, Ahmad Zahid dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok untuk pendakwaan.

“Ia (SPRM) mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Ahmad Zahid akan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sebelum itu, Ahmad Zahid hadir ke SPRM sekali lagi hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penyelewengan dana sebuah yayasan.

Ia merupakan kali keenam bekas timbalan perdana menteri itu dipanggil ke SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan jenis Lexus berwarna putih itu tiba di ibu pejabat SPRM pada kira-kira 3 petang.

Anggota Parlimen Bagan Datuk yang berbaju batik itu sentiasa tersenyum dan melambai-lambai kepada kumpulan pengamal media yang bersesak-sesak mahu merakamkan kelibatnya sehingga beliau hilang daripada pandangan.

Kira-kira 50 penyokong Ahmad Zahid pula menunggu di pintu masuk bangunan SPRM untuk menunjukkan solidariti terhadap presiden Umno itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-