Showing posts with label DSAI. Show all posts
Showing posts with label DSAI. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Anwar Ibrahim - alah bise....................

Sebahagian dari Team Pemusnah DSAI yang di tubuh kan oleh kerajaan BN

Wak pun heran juge kenapa si Anuar Ibrahim ni susah sangat nak 'dimusnahkan'. Ia nye bermule dari zaman pemerintahan TDM, TAAB dan hingga sekarang dah sampai ke zaman DSNTR. Yang meng heran kan Wak si Anuar ni masih berdiri tegak dan ber tambah2 utuh.

Ber bagai2 cara sudah di buat untuk memusnahkan DSAI - kes liwat, tayangan VDO lucah, skandal Samsidar dan lain2 lagi. Wak heran, semuanye tidak memberi kesan ape2 terhadap kerier politik nye. Wak tambah2 heran, semakin di hentem ianye menjadi semakin popular.

Tidak heran jika sekarang kerajaan BN sudah tubuh kan satu pasukan pemushan DSAI. Pasukan ini akan terus terusan menyerang DSAI seperti 'anjing menyalak bukit', DSAI tetap di hati rakyat sebagai pejuang bangsa, agama dan negara.

Wak heran juge siapa yang kasi 'makan' semua 'penyerang2' DSAI ni? Apa sebenar nye tujuan penyerang2 DSAI ni? Tak kan mereka menyerang dengan tidak tentu pasal, pasti untuk mendapat upahan - dua dari penyerang2 itu sudah pun di naik kan pangkat dan di beri jawatan senator. Mungkin ada juge dikalangan penyerang2 tu untuk balas dendam sahaja. Kalau tak ade pasal buat ape serang?

Sebenar nye pemimpin2  kerajaan BN sudah sedar tentang ke silapan2 besar yang mereka telah laku kan sehingga pemimpin nombor satu nye terpaksa minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Mereka tahu bahawa DSAI ini ialah manusia yang akan memusnahkan pemimpin2 kerajaan BN pada PRU13 nanti.

Oleh itu mereka terpaksa gunakan segala daya upaye nye untuk memusnah kan DSAI. Tetapi malang nye, usahe2 mereka ini gagal kerana rakyat yang bijak tahu menilai yang mane intan dan yang mane kaca.

Sunday, March 18, 2012

Anjing menyalak bukit, hingga lidah terjeler ketanah, bukit tak kan runtuh........

Dulu Wak pernah kagum dengan si Nelson Mandela tu. Dia memperjuangkan hak2 asasi orang kulit hitam di Afrika Selatan. Akhir nye dia berjaya setelah di penjarakan hampir 30 tahun lame nye. Bagi DSAI ni Wak tidak lah mahu sama kan perjuangan nye dengan Nelsen Mandela. Perjuangan DSAI sangat berbeza, tapi yang Wak mahu sebutkan ialah azap sensara yang mereka terima tu hampir2 same, itu aje.

Mungkin ramai yang anti DSAI tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat Wak, itu terpulang lah kepada tanggapan masing2. Sebenar nye Wak bukan lah penyokong atau peminat DSAI. Wak cume berdiri di sini sebagai pemerhati sahaja.

Wak perhatikan bahawa DSAI ni semakin di hentem ianya semakin menjadi popular. Gerap keperpularan tidak pernah menurun bah kan ianya semakin bertambah. Sebagai bukti, Wak perhatikan setiap ceramah2 yang dia berceramah boleh di katakan full house saje. Itu setelah mendapat gangguan oleh berbagai2 pehak.

Nampak nye, ape cara juge yang di lakukan oleh pencacai2 UMNO untuk menjatuhkan nye telah gagal. VDO lucah yang di unsung kesane kemari oleh pencacai2 UMNO ini juga telah gagal untuk bikin penyokong2 DSAI berpaling tadah. Wak sendiri pun masih lagi ragu2 tentang VDO lucah UMNO itu.

Di Zaman serda morden dan teknologi yang cangeh ni mana de orang bikin VDO hitam putih lagi, berkenaan dengen wajah yang 'mirip' DSAI tu tidak peliek, kerana memang ramai yang ada mirip wajah di dunia ni. Padangan Wak ada juge seorang yang bikin VDO tu yang muke nye juge mirip2 macam dalam VDO yang mereka telah tonjolkan tu.

Segala perbuatan  sia2 pencacai2 UMNO ni Wak anggap kan ianye seperti anjing menyalak bukit sahaja.

Tuesday, January 31, 2012

Siapa sebenarnya yang bersahabat dengan Israel

Apabila DSAI bersuara tentang Israel maka sana sini blog pencacai2 UMNO MENYALAK. Sedar kah atau pun mereka buat2 tidak sedar bahawa kerajaan yang di terajuai UMNO lah yang sebenarnya sudah menjadi pencacai Israel.


Berikut Wak panjangkan satu posting dari blog yang ada buat posting tentang penglibatan pemimpin2 UMNO terhadap Israel :-

Membongkar sejarah hubungan UMNO-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman!
Posted on Monday, January 30 @ 03:50:42 PST
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

Artikel Oleh: dewa

"Artikel ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman, antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur.

Presiden UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa ‘kami berbangga sekiranya ada hubungan diplomatic dengan Israel. "It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel."
 
Pada 26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia. Israel juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. Pada 23 Disember, perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.
 
Pada tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat rakyat Malaysia.
 
Pada tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal. Meskipun begitu, Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Isrrael, Astraco kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Malaya member lessen kepada Astraco untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.  
 
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah kepada Tunku.
 
Antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab. Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu.
 
Pada tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg. Ketika itu, perwakilan Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971.
 
Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.
 
Seterusnya, perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969, Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia. Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. Pada tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.
 
Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas orang Palestin.
 
Tun Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah. Beliau dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau. Pada masa sama, kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan sebagainya cukup subur. Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan, Singapura berada di ranking no.3. Memalukan.
 
Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.
 
Berbeza dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu Israrel. Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.
 
Sepatutnya, Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. Penentangan ke atas kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.
 
Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.
 
Meskipun begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO, Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini. Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO merupakan tindakan jahat yang menghampakan.
 
Seterusnya, sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. Ini berbeza dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama kezaliman UMNO.
 
Wassalam.
 
Ps: untuk rujukan lebih lanjut, maklumat boleh diperolehi dari jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Jewish Political Studies Review.
"





Jom Ubah

Tuesday, January 17, 2012

Anwar, saman Saiful ...........

Wak fikir Anwar perlu saman Saiful untuk benar2 bersihkan keluargan dan penyokong nya sekali. Selama ini Anwar sudah cukup di malikan, bukan saja 1 Malaysia tahu perkara beliau 'meliwat' Saiful tetapi seluruh dunia juga telah dapat mengetahui nya.

Sekarang Anwar sudah di bebaskan, walau apacara pun keputusan beliau di bebaskan, beliau tetap sudah bebas. Maka inilah masanya untuk beliau membersihkan diri nya. Wak juga fikir tentang tindakan saman ini juga boleh membuat orang lain fikir dua tiga kali dulu sebelum mengaku dirinya di liwat.

Jika Anwar berdiam diri dan biarkan perkara ini begitu saja, pasti tidak lama lagi akan timbul pula kes 'liwat III'. Itu Wak gerenti pasti akan berlaku. Anwar perlu kenakan saman kepada semua pehak yang terlibat memalukan nya, terutama Saiful.

Monday, January 9, 2012

Kesian nya Wak dengan pencacai2 UMNO ...............................

Wak memang dah agak dah. DSAI akan terlepas dari tuduhan 'liwat 11' ni dengan mudah. Itu pasal dia tak perlu sumpah2 atau masuk ke kandang pembelaan diri di mahkamah. Sebenarnya kesilapan yang di laku kan oleh pehak plaintif terlalu terang dan nyata. Sebagai contoh. plaintif mengaku sebagai Islam yang sejati, tak pernah tinggal kan solat barang satu waktu pun.

Apa bila di tanya oleh peguam DSAI sama ada dia mandi atau tidak selepas di liwat, dia jawab tidak. Bagaimana dia boleh tidak tinggalkan solat sedangkan dia tidak berjunub selepas kena liwat? Ini nandakan bahawa pehak plaintif ini pendusta dan tidak boleh di pakai segala keterangan nya di mahkamah.


Jika sekiranya DSAI di jatuhkan hukuman bersalah juga, makan nama baik kehakiman 1 Malaysia pasti akan terjejas. Bukan saja rakyat 1 Malaysia yang tidak puas hati tetapi seluruh dunia akan pandang serong ter hadap ketelusan mahkamah di Malaysia. Walau apa pun Wak ucapakn tahniah kepada semua pehak pembelaan dan DSAI sendiri.

Kepada semua pencacai2 UMNO yang telah berkerja keras ber sungguh2  dalam menjayakan drama liwat siri 11 mungkin terasa sangat marah dan kecewa di atas keputusan mahkamah. Mungkin mereka akan meneruskan lagi banyak siri2 drama 'liwat' akan datang ini sehingga mereka berjaya memenangi award 'Pemitnah 1 Malaysia'.

Friday, January 6, 2012

Jika DSAI terpenjara........................~~~~

Wak mau kasi sedikit pandangan yang mungkin ada orang yang fikir Wak ni kurang bijak. Apa yang wak nak katakan hari ni ialah tentang DSAI. Beliau ni bukan sembarangan manusia. aura peribadi nya sukar di tandingi oleh mana2 ahli politik.

Cara beliau berpidato memang hebat, ramai anak2 murid nya seperti azmin, ezam dan lain2 sudah berjaya tiru cara beliau berpidato. DSAI ni sebenarnya ada magickal power dalam personaliti nya untuk menarik tumpuan dan perhatian penonton2 ketika beliau berucap. Segara kata2 yang terluah dari mulutnya akan mempersonakan penuntun2 nya. Itu lah yang Wak kata kan tiada pemimpin2 lain boleh buat.

Kini di saat2 akhir kebebasan nya sebelum ke Sg Buluh, sambutan dan sokongan terhadap beliau nampak semakin ber tambah2 meriah. Kebanyak kan pencacai2 UMNO tersalah anggap bahawa tujuan 'road show' yang di buat oleh DSAI ini se mata2 untuk mengubah keputusan mahkamah yang belum pun di putuskan.

Perbicaraan kes LIWAT 11 ini boleh dikatakan telah di ambil perhatian oleh semua manusia di seluruh alam maya ini, dari bayi hingga yang dah tua bangka yang hampir dengan kubur. Manusia2 ini boleh lah dikatakan semuanya berakal dan berfikiran waras2 belaka. Mereka telah pun mengikuti perbicaraan liwat 11 ini dengan penuh minat dan khusuk.

Mereka2 semua nya mengikut perbicaraan ini dengan fikiran yang lapang dan terbuka serta menilai fakta2 yang mana logik dan yang tidak logik dari kedua2 belah pehak. Sepanjang perbicaraan mereka telah dapat memerhati kan tentang beberapa perkara kebobrok kan fakta2 dari pehak plantif yang telah di terima pakai dengan mudah.

Sebagai contoh satu fakta yang tidak logik ialah tentang plaintif yang mengaku tidak mandi junub selama dua hari tetapi dia tidak pernah tinggalkan solatnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, bagai mana dia solat tanpa junub selepas dia 'di liwat'? Sebagai rakyat biasa seperti Wak yang tidak belajar tentang undang2 mahkamah pun ada rasakan bahawa plantif ini tidak jujur orang nya.

Jika di takdirkan DSAI di jatuhkan hukuman bersalah, maka pandangan rakyat pasti akan rasa ada sesuatu yang mencurigakan tentang kes 'LIWAT 11' ini. Maka keptutsan hakim 'mahkamah rakyat' pasti akan pandang serong terhadap kerajaan yang memerintah.

Sokongan dan simpati terhadap DSAI semakin bertambah dan rasa ketidak puasan hati rakyat terhadap kerajaan akan bertambah juga.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-