Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Thursday, September 17, 2020

Rakyat sudah tidak percaya kepada Mahathir, kata Husam

mykmu.net
September 17, 2020

DR MAHATHIR TIDAK LAGI DIPERCAYAI OLEH SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT: DATUK HUSAM MUSA

Satu kenyataan yang cukup berani dikeluarkan oleh mantan Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa, di dalam program Sinar Live hari ini, 16 September 2020, bila beliau berkata:

“Saya kira Tun Dr Mahathir selepas peristiwa peralihan kuasa baru-baru ini dan kenyataan-kenyataan beliau selepas daripada itu telah menyebabkan kedudukan beliau di mata sebahagian besar rakyat adalah kehilangan kepercayaan yang teruk, yang merudum, dipanggil sebagai ‘lost of trust’ ataupun kehilangan kepercayaan.”

Apa agaknya Tun Dr Mahathir dan para pemimpin tertinggi PEJUANG, serta para pemimpin tertinggi AMANAH dan para pemimpin tertinggi DAP, nak kata ke atas kenyataan cukup berani yang dikeluarkan oleh Datuk Husam Musa ini?

Dari FB Dr Kamarul Yusoff

Nota : Untuk pengetahuan Husam, rakyat sudah tidak percaya kepada Pakatan Harapan kerana terbukti gagal dalam mentadbir negara dan gagal tunai janji.

Monday, September 14, 2020

Amanah sahkan Husam bukan lagi naib presiden parti

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 12:56 pm

Amanah hari ini mengesahkan bahawa Husam Musa telah melepaskan jawatan sebagai naib presiden parti itu.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, dalam satu kenyataan berkata, perlepasan jawatan berkenaan telah diluluskan oleh mesyuarat bulanan jawatankuasa Amanah yang diadakan pada 6 September lalu.

“Permohonan perletakkan jawatan ini adalah untuk membolehkan beliau memberikan tumpuan kepada usaha memenangkan kerusi untuk Amanah di Kelantan, khasnya di kawasan parlimen Kota Bharu yang beliau ketuai,” kata Khalid.
Walua bagaimanapun, katanya, memandangkan kebolehan dan kemampuan Husam masih diperlukan di peringkat nasional, jawatankuasa nasional Amanah mengambil keputusan untuk memintanya berperanan memantau dan bertindak sebagai penasihat kepada tiga biro.

“Ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke15.

“Tiga biro ini adalah biro pilihan raya, biro komunikasi dan biro strategi. Kertas cadangan berhubung peranan barunya sedang disediakan untuk persetujuannya,” katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa apa jua gambaran bahawa Husam meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan presiden parti, Mohamad Sabu atau mana-mana pimpinan Amanah lain adalah sebagai tidak berasas.

Sebaliknya, menurutnya, ia dilakukan demi melonjak dan mengukuhkan lagi kedudukan Amanah di Kelantan, khususnya di Kota Bharu.

Awal hari ini, Husam turut menafikan pergeserannya dengan Mohamad.

Ini selepas sebuah portal berita menerbitkan satu artikel yang mendakwa peletakan jawatannya dalam parti itu dan sebagai pengerusi Pakatan Harapan Kelantan berpunca daripada pergeseran mereka.

"Itu tidak benar. Saya menafikan kandungan artikel itu," katanya kepada Malaysiakini melalui kiriman teks.

Sunday, May 26, 2019

Piagam Umno, PAS patut dapat 'restu' ahli, kata Husam


Usaha PAS dan Umno memeterai piagam bersama sepatutnya turut melibatkan anggota kedua-dua parti di peringkat akar umbi, kata Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

Menurut beliau pemimpin Umno dan PAS dirasakan wajar mendapatkan persetujuan daripada penyokong masing-masing untuk merealisasikan piagam berkenaan.

Hal itu kerana, kata Husam, tiada jaminan piagam tersebut akan membawa kedua-dua parti menjalinkan hubungan yang berkekalan.

Katanya hubungan suami isteri pun kadang-kadang bermasalah dan dalam kes tertentu ia boleh membawa kepada konflik yang berakhir dengan perceraian.

“Tidak semestinya dengan ada piagam, hubungan (PAS dengan UMNO) akan terjalin erat.

"Kita mengambil contoh dalam perhubungan suami isteri, ia bukan selalu baik dan tetap akan bergaduh, malah boleh bercerai juga," katanya seperti dipetik BH Online hari ini.

Kenyataan itu dibuat Husam selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyerahan bantuan di Rantau Panjang, Kelantan, malam tadi.

Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menambah, piagam berkenaan juga sepatutnya membawa kebaikan kepada negara secara keseluruhan dan bukannya mempunyai agenda kuasa semata-mata.

Pada 23 Mei lalu Malaysiakini melaporkan kerjasama di antara PAS dan Umno akan diperkukuhkan melalui piagam yang akan dimeterai tidak lama lagi.

Baca 'Insya-Allah PAS dengan Umno akan bergabung'

Melalui piagam berkenaan kedua-dua parti yang pernah berseteru selama berpuluh-puluh tahun itu akan bekerjasama secara rasmi. Ia dijangka akan dilakukan selepas sambutan Aidilfitri kurang dari dua minggu lagi.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberitahu presiden Umno dan PAS yang mahukan kerjasama di antara mereka dibuat secara rasmi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata kedua-dua parti sudah dilihat rangka piagam tersebut dan ia akan dibincangkan untuk dipersetujui.

Kata Tuan Ibrahim piagam terbabit berbentuk muafakat perpaduan Ummah.

Untuk rekod persaingan di antara PAS dan Umno pernah menjadi begitu sengit dan menyaksikan perpecahan dalam masyarakat suatu ketika dulu.

Hal itu lebih ketara di negeri-negeri Pantai Timur yang melibatkan peristiwa seperti sembahyang dua imam, pemulauan majlis kenduri dan penolakan sembelihan oleh orang yang berbeza parti.

Wednesday, February 20, 2019

'Husam telah serah bukti isu RM90 juta kepada SPRM'

N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 4:00 petang 


Selain memberi keterangan, Naib Presiden Amanah Husam Musa turut dikatakan memberikan bahan bukti ketika ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan penyaluran RM90 juta oleh Umno kepada pemimpin PAS.

"Husam hadir untuk berikan keterangan dan menyerahkan bukti berkaitan isu penerimaan dana Umno oleh pemimpin PAS.

"Difahamkan bukti tersebut berbentuk dokumen dan rakaman percakapan," katanya yang enggan nama didedahkan.

Husam ke ibu pejabat SPRM pada pukul 9.25 malam semalam dan keluar kira-kira sejam 30 minit kemudian.

Sebelum ini media melaporkan Husam antara empat individu yang akan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan.

Siasatan SPRM susulan langkah Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyelesaikan saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown berhubung dakwaan itu, di luar mahkamah.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini mengakui suara dalam rakaman berhubung penerimaan wang Umno itu - yang tular Mac lalu dan dinafikannya ketika itu - memang miliknya.

Beliau dan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berkenaan perkara itu.

Tuesday, February 19, 2019

Husam dipanggil SPRM

N Faizal Ghazali 
Diterbitkan Hari ini 9:00 malam 


Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di Kota Bharu, malam ini.

Menurut sumber Amanah Kelantan, bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) Salor itu akan ke Ibu Pejabat SPRM Kelantan, jam 9 malam.

"Ya betul, 9 malam ini, kami pun baru (tahu)," kata sumber yang enggan namanya disiarkan kepada Malaysiakini.

Difahamkan, Husam dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan dana Umno oleh beberapa pimpinan PAS yang kini sedang disiasat SPRM.

SPRM sedang menyiasat dakwaan penerimaan dana Umno oleh pemimpin PAS yang dikatakan diakui AJK PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam suatu rakaman audio kontroversi.

Minggu lalu, dalam pengakuannya, Nik Abduh berkata penafiannya mengenai rakaman audio itu sebelum ini dibuat atas gesaan pemimpin PAS dan selepas mendapat restu presiden parti, Abdul Hadi Awang.

Susulan pengakuan itu, beberapa pemimpin PAS turut tampil mempertahankan tindakan Nik Abduh dan menyifatkan ia sebagai strategi parti mereka berdepan PH semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Ketika diminta mengulas isu berkenaan baru-baru ini, Abdul Hadi pula menyifatkan adalah "wajib" seseorang itu berbohong demi menjaga maslahat.

[Berita lanjut menyusul]

Friday, February 8, 2019

Husam dakwa tidak dipanggil SPRM

MyMetro
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@nstp.com.my

DATUK Husam Musa. FOTO Arkib NSTP.

DATUK Husam Musa menegaskan beliau tidak pernah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan PAS yang didakwa menerima wang RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook miliknya berkata, beliau sudah menghubungi SPRM Putrajaya bagi mengesahkannya.

“Seperti mana saya sebutkan dalam posting, sudah pasti saya akan menyampaikan info (maklumat) dalam pengetahuan sebagai tugas negara saya.

“Bahkan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah ada dalam pengetahuan SPRM.

“Jangan lupa, pihak mana yang disiasat. Jangan beraya salah tempat, salah haribulan,” katanya.

Dalam entri itu, Husam yang juga Ahli Dewan Negara meminta Idris Ahmad supaya bersabar.

Media hari ini melaporkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz selesai memberi keterangan hampir dua jam berhubung siasatan PAS yang didakwa menerima wang RM90 juta menerusi 1MDB di pejabat SPRM Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 10:02 PM

Wednesday, November 8, 2017

Amanah yakin rampas13 kerusi PAS di Selangor

Mohamad Fadli 
November 8, 2017

Kebanyakan kerusi yang dimenangi PAS itu adalah hasil sokongan pengundi dari pelbagai kaum, terutama masyarakat Cina dan India yang akan beralih kepada Amanah.

PETALING JAYA: Amanah yakin dapat merampas 13 kerusi DUN Selangor yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata kebanyakan kerusi yang dimenangi PAS itu adalah hasil sokongan pengundi dari pelbagai kaum, terutama masyarakat Cina dan India.

“PAS menang di Selangor atas sokongan pengundi bukan Melayu. Bila PAS khianati dan kembali kepompong ke-Melayu-an dan Islamnya, jadi tugas Amanah untuk mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS.

“Kalau 3 penjuru di 15 DUN itu berlaku, insyaallah 13 daripadanya dimenangi Amanah. PAS akan dapat undi tercorot. Contohnya boleh dilihat di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar,” katanya dalam wawancara “Terus Terang” anjuran Invoke Malaysia.

Pada 8 November lalu, PAS Selangor mengintai sekurang-kurangnya 42 kerusi DUN di negeri itu termasuk di kawasan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi, berkata PAS Selangor juga bersedia menghadapi pertandingan 3 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

DAP sebelum ini mengumumkan akan bertanding di 8 kerusi manakala Amanah semua kerusi yang ditandingi PAS di Selangor.

Mengulas lanjut, Husam berkata Amanah juga tidak menumpukan kepada negeri di pantai timur Malaysia Barat sahaja. Beliau berkata sekiranya Amanah mampu memenangi banyak kerusi di Selangor atau di negeri lain, Amanah akan menjadi parti masa depan dan PAS pula sukar untuk betulkan kesilapan mereka.

“Amanah akan jadi parti masa depan dan lebih baik daripada PAS,” katanya.

Pada PRU 2013 lalu, pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerajaan negeri apabila menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor.

DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi, manakala PKR berjaya mendapat 14. BN kekal sebagai pembangkang dengan memperolehi 12 kerusi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-