Friday, February 8, 2019

Husam dakwa tidak dipanggil SPRM

MyMetro
Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@nstp.com.my

DATUK Husam Musa. FOTO Arkib NSTP.

DATUK Husam Musa menegaskan beliau tidak pernah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan PAS yang didakwa menerima wang RM90 juta menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook miliknya berkata, beliau sudah menghubungi SPRM Putrajaya bagi mengesahkannya.

“Seperti mana saya sebutkan dalam posting, sudah pasti saya akan menyampaikan info (maklumat) dalam pengetahuan sebagai tugas negara saya.

“Bahkan, saya kira sebahagian dokumen berkenaan sudah ada dalam pengetahuan SPRM.

“Jangan lupa, pihak mana yang disiasat. Jangan beraya salah tempat, salah haribulan,” katanya.

Dalam entri itu, Husam yang juga Ahli Dewan Negara meminta Idris Ahmad supaya bersabar.

Media hari ini melaporkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz selesai memberi keterangan hampir dua jam berhubung siasatan PAS yang didakwa menerima wang RM90 juta menerusi 1MDB di pejabat SPRM Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Februari 2019 @ 10:02 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-