Showing posts with label Ikatan. Show all posts
Showing posts with label Ikatan. Show all posts

Monday, August 26, 2019

2 lagi parti sertai kerjasama Umno-PAS, umum Hadi

Faiz Zainudin
-August 26, 2019 5:42 PM
Abdul Hadi Awang.

PUTRAJAYA:
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan penyertaan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dalam kerjasama Umno-PAS.

Hadi berkata demikian selepas mesyuarat majlis pimpinan tertinggi melibatkan PAS, Ikatan dan Berjasa hari ini. Turut hadir pada sidang media petang tadi adalah Presiden Ikatan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Naib Presiden Berjasa, Mohd Hazizi Ab Rahman.

“Mesyuarat bersetuju untuk mengambil beberapa ketetapan seperti berikut, antaranya menerima kerjasama ‘politik penyatuan ummah’ antara PAS dan Umno di atas kerangka ‘ta’awun siyasi’ (tolong menolong dalam politik),” katanya.

Hadi berkata Ikatan dan Berjasa menyertai kerjasama itu menerusi Gagasan Sejahtera, sebuah pakatan politik yang ditubuhkan selepas perpecahan Pakatan Rakyat pada 2015.

Ikatan merupakan parti berbilang kaum yang membawa idea-idea perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, manakala Berjasa membawa idea-idea Islamisme.

Kadir berkata penerimaan Ikatan dalam Gagasan Sejahtera bermakna PAS menerima konsep “Bangsa Malaysia” yang dibawa partinya.

“Bahawa di negara ini, parti politik akan melindungi kepentingan semua kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu, Hadi mengumukan ketetapan dan isi kandungan piagam kerjasama Umno-PAS sudah dimuktamadkan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan piagam yang akan ditandatangani pada 14 September.

“Ia sudah dirangka. Nanti lahir anak baru beri nama,” katanya.

PAS dan Umno bersetuju untuk bekerjasama atas dasar tolong menolong dalam semua isu melibatkan kepentingan nasional, bukan sahaja isu Islam dan Melayu semata-mata.

Tolong-menolong itu menyaksikan Barisan Nasional menang pada pilihan raya kecil DUN Rantau, DUN Semenyih dan Parlimen Cameron Highlands.

Monday, March 19, 2018

Manifesto: PAS tawar lupus GST juga


PAS bersama Gagasan Sejahtera melancarkan manifestonya pada malam ini dengan menyenarikan sembilan teras serta 20 tawaran utama.

Pelancaran manifesto yang disempurnakan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut dihadiri wakil daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), dan BERJASA

Semasa pelancaran manifesto berkenaan di sebuah hotel di Cyberjaya, terdapat juga gimik yang dilakukan iaitu sepuluh orang pemuda memasuki dewan tempat berlangsungnya acara itu dengan membawa 10 bendera Malaysia.

Antara perkara menarik yang ditawarkan PAS dan Gagasan Sejahtera itu ialah menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil.

Antara yang dicadangkan PAS ialah pelaksanaan Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia

Gagasan Sejahtera juga berjanji untuk melupuskan hutang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meringkan bebanan anak muda.

Melalui langkah itu kata PAS ia menjadi inisiatif permulaan ke arah pelansakaan pendidikan percuma.

Seperti Pakatan Harapan (HARAPAN) PAS juga mencadangkan pengecualian duti eksais bagi pembeli kenderaan pertama bagi enjin di bawah 1.3cc.

Namun berbeza dengan HARAPAN, PAS menawarkan skim pinjaman tanpa faedah (qardul hasan) bagi pembeli kenderaan pertama.

Tidak pula dinyatakan sama ada skim berkenaan disediakan oleh bank atau kerajaan.

Patut makin lama makin turun

Sementara itu, semasa sidang media pula, ketika ditanya sama ada PAS akan turut menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran di sekolah vernakular, Abdul Hadi tidak menjawab soalan itu dengan jelas.

Sebaliknya, kata Abdul Hadi, berdasarkan kajian yang dibuat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan sekiranya pendidikan dibuat dalam bahasa ibunda, kemajuan akan lebih mudah dicapai.
"Semua negara yang pendidkan (menggunakan) bahasa ibunda mencapai kemajuan. Jerman, Jepun, China, Korea.

"Negara yang mengguna bahasa asing dalam pendidikannya memakan masa yang panjang, merugikan masa, tak boleh melahirkan ilmuan yang mencukupi kerana memakan masa," katanya.

Anggota parlimen Marang itu menambah pendirian itu bukan bermakna PAS mahu menghapuskan "bahasa asing".

BacaPilih PAS masalah kos sara hidup boleh selesai

"Bahasa asing penting untuk menimba ilmu dari pelbagai pihak. tetapi untuk mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya mestilah dengan bahasa ibunda.

"Bahasa ibunda ini disamping bahasa kebangsaan termasuklah bahasa yang digunakan bangsa di Malaysia ini (iaitu) Cina, Tamil, Iban," katanya.

Ditanya pula mengenai hasrat PAS untuk menstruktur semula kadar bayaran tol, Abdul Hadi berkata perkata itu akan dibuat kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

"(Menstruktur semula) kadar tol, mesti dikaji semula perundingan antara kerajaan dan pihak yang kenakan tol.

"Sepatutnya tol makin lama makin turun (harga), bila selesai (ia) dihapuskan bukan makin lama (harga) makin naik. Itu kita akan lakukan insya-Allah," kata Hadi.

Monday, January 22, 2018

'Sebagai kuasa penentu, PAS boleh jatuhkan kerajaan'


Jika tidak mampu membentuk kerajaan sendiri, PAS bercita-cita untuk menjadi kuasa penentu dalam kerajaan penggal akan datang yang cukup kuat sehingga mampu menentukan jatuh bangun kerajaan itu.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia tanpa mengira sama ada kerajaan gabungan itu melibatkan BN atau Pakatan Harapan, asalkan bersetuju dengan dasar parti itu.

"Kalau mereka langgar syarat (membentuk kerajaan), kita tarik sokongan, kerajaan itu tumbang. Kerajaan ini tak stabil.

"Kerajaan stabil adalah yang miliki majoriti dua pertiga, tetapi ia merosakkan negara jika diberikan kepada orang yang rosak," katanya dalam rencana yang disiarkan Harakahdaily, hari ini.

Dalam ucapannya di perhimpunan Fastaqim 2.4 semalam, presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS mensasarkan untuk bertanding 130 kerusi Parlimen dan membentuk majoriti mudah.
Jika tidak mampu mencapainya, beliau berkata PAS mahu menyertai pembentukan kerajaan dan bukan lagi menjadi pembangkang.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata sebab itulah PAS berazam untuk bertanding dengan jumlah kerusi Parlimen yang banyak menerusi platformnya sendiri, iaitu Gagasan Sejahtera.

"Kalau PAS ada 40 kerusi, PAS tak boleh perintah, BN tak boleh perintah, HARAPAN tak boleh perintah. BN dan HARAPAN akan mengharapkan 40 kerusi PAS.

"Orang tanya kita nak sokong mana? Kita akan sokong siapa yang terima dasar yang diperjuangkan PAS," katanya.

Selepas terbubarnya Pakatan Rakyat, PAS kekal tidak menyertai gabungan pembangkang yang baru dan mengetuai gabungan sendiri melalui Gagasan Sejahtera yang disertai dua parti kecil, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Sejak itu, ia bertegas dengan matlamatnya sebagai 'kuasa ketiga', di sebalik dakwaan mengatakan parti itu berkerjasama dengan Umno.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409595#CI5qR1gSVhBlKAXe.99

Saturday, December 31, 2016

Sering bersama, PAS, PKR, PPBM, Ikatan makin serasi

Faiz Zainudin
December 31, 2016

Program ceramah diadakan di beberapa negeri menggabungkan pemimpin 4 parti politik itu sejak akhir-akhir ini menunjukkan seperti mereka bakal bergabung di bawah pakatan baharu.
PETALING JAYA: PAS, PKR, PPBM dan Ikatan dilihat semakin selesa mengadakan kerjasama sekali gus memberi gambaran 4 parti itu mewujudkan perikatan politik baharu selain Pakatan Harapan.

Gambaran gabungan politik baharu itu diterjemahkan menerusi siri ceramah mega yang dihadiri pemimpin keempat-empat parti berkenaan.

Ia bermula di Terengganu apabila Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sepentas bersama pimpinan tertinggi PAS pada 1 Oktober menerusi ceramah mega sempena Himpunan Harapan Semua.

Malah ia tidak terhenti di situ apabila program seperti itu turut diadakan di Selangor menerusi Ceramah Mega Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong menyaksikan PAS, PKR, PPBM dan Ikatan sekali lagi berkongsi pentas ceramah.

Antara pemimpin utama yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Muhyiddin dan pemimpin tertinggi PKR, Sivarasa Rasiah.

Kehadiran pimpinan tertinggi PKR dinanti-nantikan selepas PAS berkata usaha mendampingi PKR dan PPBM dalam ceramah mega antara langkah mewujudkan blok politik berasingan tanpa pembabitan musuh ketatnya Amanah dan DAP.

“Ya, sekurang-kurangnya di Selangor,” kata Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman ketika ditanya FMT sama ada ia usaha mewujudkan blok berasingan tanpa penyertaan kedua-dua parti itu.

Semalam di Kelantan, kira-kira 2,000 hadir pada program Ceramah Anak Muda Pertahan Kelantan yang sekali lagi menyaksikan keempat-empat parti itu berkongsi pentas, dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, Naib Presiden PKR Tian Chua, Timbalan Ketua Pemuda PKR Afif Bahardin, Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadli Shaari, wakil Pemuda PPBM Deen Qassim dan ahli Majlis Tertinggi Ikatan.

Di utara, PAS dan PPBM berganding bahu menerusi Himpunan Derita Rakyat Kedah 2.0 (HDRK) yang berlangsung semalam di Sungai Petani Kedah.


Antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama barisan pimpinan PAS Kedah.

Semua itu menimbulkan persoalan apakah ia akan merintis ke arah kerjasama politik antara 4 parti berkenaan.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata Kedah bukan negeri pertama berbuat demikian, sebaliknya beberapa negeri lain seperti Selangor, sudah lama bergabung sepentas dengan pemimpin parti lain kecuali Amanah dan DAP.

“HDRK memperlihatkan keterbukaan PAS menjalinkan hubungan dengan mana-mana parti politik yang menghormati dasar dan pendekatan semasa PAS.

“PAS ketika ini memperkukuhkan kedudukan blok Gagasan Sejahtera dan mempelawa parti politik NGO dan individu yang ingin menyemarakkan amalan demokrasi Malaysia

“Inilah kali pertama PAS sepentas PPBM menyuarakan suara mewakili rakyat, di samping memberikan pandangan politik berhubungan pengurusan urus tadbir negara di bawah pemerintahan BN,” katanya ketika dihubungi FMT.

PAS sebelum ini menolak sebarang bentuk kerjasama dengan DAP dan Amanah. Parti itu juga belum memutuskan sama ada mahu mengadakan perjanjian dengan pembangkang lain bagi memastikan pertandingan 2 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Disember lalu PPBM menandatangani perjanjian kerjasama Pakatan Harapan, gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP tahun lalu, bagaimanapun tidak menyertai pakatan tersebut.

Ketika ini, PAS dan PPBM masih belum memuktamadkan bentuk kerjasama politik yang belum diputuskan di peringkat Majlis Syura Ulama PAS, namun sudah membentuk blok ketiga pembangkang iaitu Gagasan Sejahtera bersama Ikatan.

PAS sehingga kini masih mempunyai kerjasama politik dengan PKR walaupun parti itu menyertai Pakatan Harapan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-