Showing posts with label Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Show all posts
Showing posts with label Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Show all posts

Tuesday, July 31, 2018

Ketua setiausaha negara digesa berundur cara terhormat


Kumpulan bekas penjawat awam tersohor G25 mendesak Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa meletakkan jawatan.

Gesaan itu dibuat selepas timbul siri publisiti buruk dan kritikan kepimpinan baru terhadap perkhidmatan awam negara.

“Kami rasa KSN tidak patut tidak pedulikan kenyataan keras daripada pemimpin kita dan sebaliknya, beliau patut mengaku pada diri sendiri bahawa beliau bertanggungjawab bertindak demi kepentingan seluruh perkhidmatan awam dengan meletakkan jawatan.

“Kami dengan ini mendesak KSN mengambil langkah terhormat dengan menawarkan peletakan jawatannya tanpa teragak-agak bagi menyelamatkan perkhidmatan awam daripada terus menanggung malu dan berdepan publisiti buruk.

“Tawaran peletakan jawatannya akan membolehkan perdana menteri membuat keputusan betul terhadap pentadbiran negara,” kata G25 dalam kenyataan hari ini.

Semua kakitangan kerajaan, kata mereka, akan menghargai “pengorbanan” peribadi Ali bagi memberi laluan kepada KSN baru mengembalikan semula reputasi perkhidmatan awam.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata terdapat penjawat awam tidak memberikan komitmen kepada agenda reformasi kabinet kerana masih setia pada pemimpin lama.

Perkara itu, kata Mahathir, menyebabkan sukar untuk pentadbiran baru mempercayai mereka untuk melaksanakan dasar-dasar pembaharuan yang mahu diperkenalka

Friday, July 27, 2018

Dakwaan penjawat awam pro-BN sabotaj kerajaan disiasat

Diterbitkan 27 Jul 2018, 11:39 malam 


Ketua setiausaha kementerian dan ketua agensi kerajaan telah diarahkan menyiasat dakwaan cubaan sabotaj oleh pegawai kerajaan terhadap lantikan kerajaan baru.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata, tindakan akan diambil terhadap pegawai berkenaan bagi menghormati mandat rakyat kepada kerajaan semasa.

"Saya menyeru para penjawat awam untuk melaporkan sebarang perlakuan khianat kepada ketua-ketua setiausaha dan ketua-ketua perkhidmatan masing-masing. Saya sendiri akan menangani perkara tersebut.

"Tidak akan ada sebarang tolak ansur terhadap sebarang cubaan khianat untuk melemahkan kerajaan semasa dan pentadbirannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik akan terus didukung, katanya lagi.

Beliau mengulas laporan akhbar The Sun yang memetik sumber, mendakwa pegawai kerajaan pro-BN masuk campur dalam soal pelantikan yang dibuat menteri baru.

Laporan itu memetik beberapa individu yang enggan dinamakan dari tiga kementerian, yang mendakwa menjadi mangsa kepada usaha menghalang mereka daripada dilantik ke dalam kementerian.

Laporan itu mendakwa Numan Afifi Saadan, yang terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, adalah antara yang menjadi mangsa.

Monday, July 2, 2018

40 jabatan bawah JPM dipindah ke kementerian lain

Alyaa Alhadjri | Diterbitkan 2 Jul 2018, 10:37 pagi


Sejumlah 40 jabatan dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dipindah ke kementerian lain berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Dalam surat bertarikh 26 Jun lalu yang dilihat Malaysiakini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mempersetujui pemindahan itu yang merupakan sebahagian rasionalisasi struktur JPM.

Cadangan tersebut dibawa JPM dan melalui perbincangan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ali.

Antara yang terlibat adalah Program Permata Negara (PERMATA) - dinaungi isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - yang dipindah ke Kementerian Pendidikan.

Program 1Malaysia For Youth (1M4U) cetusan idea Datuk Seri Najib Razak pula diletakkan bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Sejumlah agensi diletakkan bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, antaranya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Selain itu, Jabatan Perangkaan, Halal Development Corporation (HDC), Amanah Raya Berhad, Ekuiti Nasional Berhad serta Yayasan Ekuiti Nasional juga diletakkan bawah kementerian itu.

Penstrukturan semula ini juga menyaksikan lima koridor dan wilayah ekonomi dipindah ke Kementerian Kewangan, manakala Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ke Kementerian Dalam Negeri.

Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pula akan dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia manakala Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia pula dipindahkan ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Penstrukturan semula ini melibatkan 90 jabatan dan agensi. Kini hanya 26 yang kekal di bawah JPM.

Selain pemindahan, ada juga jabatan dan agensi yang dibubarkan atau digabungkan dengan yang lain.

Friday, November 18, 2016

Cuepacs: Jangan sertai perhimpunan, nanti hilang periuk nasi

Khairil Ashraf

Kesatuan kakitangan kerajaan itu berkata penjawat awam boleh menyertai banyak lagi perhimpunan lain yang mendapat kelulusan pihak berkuasa.
PETALING JAYA: Menjelang Bersih 5 esok, kesatuan mewakili penjawat awam Cuepacs berkata ia tidak menggalakkan kakitangan kerajaan menyertai sebarang perhimpunan kerana bimbang tindakan tatatertib yang bakal dikenakan ke atas mereka.

“Kalau mereka dikenakan tindakan, siapa nak tolong dia?” soal Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.

“Tak ada orang nak pergi tolong. Percayalah saya cakap. Kita bersimpati untuk masa depan anak-anak mereka. Jadi apakah salah sebagai langkah persediaan kita?”

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan di ibu kota esok boleh diambil tindakan tata tertib, termasuk pemotongan gaji.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata penjawat awam berhak menyertai perhimpunan aman kerana ia merupakan hak perlembagaan.

Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan ke-5 esok di tengah bandar raya, walaupun polis sebelum ini berkata notis yang diberikan tidak memenuhi syarat. Gerakan Baju Merah pimpinan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, juga dijangka berkumpul pada hari sama, dalam usaha menghalang Bersih 5.

Azih berkata Cuepacs tidak ada masalah sekiranya kakitangan kerajaan menyertai perhimpunan yang diluluskan pihak berkuasa.

“Kami bermesyuarat agung berhimpun, kami berjumpa dengan ahli kami berhimpun, banyak lagi perhimpunan. Yang itu tak apa,” katanya kepada FMT.

“Suhakam nak menegur, itu hak dia tapi pada pandangan kita, kita tak boleh nak halalkan cara dengan cara ini.”

Thursday, November 17, 2016

KSN: Boleh dibuang kerja jika penjawat awam terlibat perhimpunan haram

Penjawat awam diingatkan supaya tidak menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu negara Sabtu ini atau berhadapan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang memberikan amaran itu berkata bentuk tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang terbukti terlibat dalam perhimpunan tidak sah hujung minggu ini bergantung kepada tahap
penglibatan mereka.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang sekiranya gambar mereka terlibat dalam perhimpunan tidak sah itu tersiar dalam mana-mana media.

"Kalau ada (penjawat awam) yang jadi pemimpin, tindakan yang dikenakan berbeza daripada yang lain (penjawat awam yang menjadi peserta). Tindakan akan diambil berdasarkan gambar serta aduan yang diterima," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan Persidangan Tahunan Puspanita Kali Ke-4 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata lazimnya penjawat awam tahu yang mereka tidak boleh menyertai mana-mana perhimpunan haram dan beliau berharap mereka tidak akan menyertai perhimpunan kali ini.

BERSIH, yang memilih warna kuning sebagai lambang perjuangan mereka, adalah sebuah pergerakan yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia, dan merancang untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, satu lagi pergerakan, yang menamakan mereka kumpulan Baju Merah, mendakwa Bersih bertujuan menggerakkan agenda asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan mengugut untuk menganjurkan perhimpunan balas di tempat sama dan pada hari yang sama.

Pada 8 November, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kumpulan BERSIH5 masih belum memenuhi prasyarat untuk menganjurkan sebarang perhimpunan pada Sabtu ini.

Beliau berkata kedua-dua notis yang dihantar penganjur gagal mematuhi prasyarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Khalid turut dilaporkan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur BERSIH5 dan kumpulan baju merah sekiranya kedua-duanya masih berhasrat meneruskan perhimpunan masing-masing pada hari berkenaan.

- Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-