Showing posts with label Ketua Wanita. Show all posts
Showing posts with label Ketua Wanita. Show all posts

Sunday, March 12, 2023

Anak Zahid kalah pemilihan di Bagan Datuk sebagai Ketua Wanita Bahagian

agendaily.com
13/03/2023
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid kalah dalam pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk.

Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu tewas kepada penyandangnya, Zarozatin Isa tetapi mendapat undi kedua terbanyak bagi jawatan Exco Wanita UMNO pusat.

Dalam keputusan pemilihan semalam, Nurul Hidayah berjaya memperoleh 330 undi.

Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk pula dimenangi Zainab Samsudin.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian pula menyaksikan muka baharu apabila Muhammad Nabil Saleh dipilih perwakilan manakala Naib Ketua Pemuda bahagian dimenangi Mohd Izlahudin Shawani Mohd Nordin.

Sementara itu, Puteri UMNO Bahagian Bagan Datuk mendapat ketua yang baharu selepas Nurul Salina Mohamad memenangi pemilihan pada Sabtu manakala Nurul Azura Ramli pula memenangi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO bahagian berkenaan.

UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Zahid pula enang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

Tuesday, April 27, 2021

Lagi Rahsia Zahid Arah Wanita UMNO Sokong Anwar Bakal Terbongkar

BERITA
malaysiatoday.com
By Admin-S 
Last updated Apr 27, 2021

“Masa itu dia panggil semua Ketua Wanita negeri, masa itu depan semua Ketua Wanita negeri. Dia kata itu kesilapan dia, kita tanya Datuk Seri (Zahid) you sign cek bukan seribu dua, tapi berjuta, macam mana boleh buat satu tindakan yang bodoh? Ha, itulah silap saya (jawab Zahid). Dia (Zahid) dah tahu dah kesilapan yang dia buat, yes he did that. Dia mengaku depan semua Ketua Wanita. We know about it”

(Agenda Daily) – Kontroversi isu klip audio tular Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan satu-satunya bukti wujud pakatan sulit antara kedua-dua pemimpin tersebut, malah terdapat lagi pendedahan akan terbongkar selepas ini berhubung rancangan sebenar melibatkan Presiden UMNO itu.

Sumber memberitahu Agenda Daily, terdapat bukti yang akan didedahkan selepas ini semasa Zahid memanggil mesyuarat berjumpa ketua-ketua Wanita UMNO negeri dan menyuruh mereka supaya menyokong Ketua Pembangkang tersebut sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, hasrat Zahid untuk melobi Anwar tersebut ditolak mentah-mentah semua ketua-ketua Wanita yang hadir semasa pertemuan tersebut dan pulang dengan penuh rasa kecewa.

Seorang sumber yang hadir semasa mesyuarat tersebut menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Zahid yang mahu semua ketua-ketua Wanita itu menyokong cadangannya untuk meletak Anwar sebagai calon perdana menteri.

“Ya, kami semua terkejut dengan cadangan dibuat Zahid itu… tapi kami semua menolaknya dan bertegas sama sekali tidak akan menerima cadangan yang dibawa Zahid itu,” kata sumber.

Menurut sumber, beliau juga ada bertanya kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berhubung tandatangan cek yang bernilai jutaan ringgit melibatkan sebuah yayasan miliknya, dipercayai ia merujuk kepada kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram Yayasan Akalbudi.

“Masa itu dia panggil semua Ketua Wanita negeri, masa itu depan semua Ketua Wanita negeri. Dia kata itu kesilapan dia, kita tanya Datuk Seri (Zahid) you sign cek bukan seribu dua, tapi berjuta, macam mana boleh buat satu tindakan yang bodoh? Ha, itulah silap saya (jawab Zahid).

“Dia (Zahid) dah tahu dah kesilapan yang dia buat, yes he did that. Dia mengaku depan semua Ketua Wanita. We know about it,” kata sumber.

Semasa prosiding perbicaraan pada 13 Februari 2020, seorang saksi ahli kimia memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa 16 cek milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi Zahid mempunyai tandatangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut sumber, tidak semua pemimpin dalam Wanita UMNO yang menyokong usaha Zahid untuk menyokong Anwar bagaimanapun mereka tersepit kerana tidak berani untuk menyuarakan pandangan berbeza dengan Presiden UMNO itu.

Malah, sumber memberitahu Zahid sangat marah dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad kerana tidak sehaluan dengan rancangan beliau.

Krisis dalaman UMNO semakin serius selepas tular klip audio tular perbualan Zahid dengan Anwar yang sedang merancang satu pakatan sulit.

Beberapa pemimpin utama parti juga secara terbuka menggesa supaya pemilihan diadakan pada Jun ini selepas berakhir mandat tersebut.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-