Showing posts with label Khalid Abdul Samad. Show all posts
Showing posts with label Khalid Abdul Samad. Show all posts

Monday, July 15, 2024

Isu Kg Sungai Baru: Madani jangan zalim macam k'jaan dulu - Khalid

malaysiakini.com
Shahrin Aizat Noorshahrizam
Diterbitkan: Jul 15, 2024 

Bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menggesa kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan pentadbiran terdahulu kerana tidak menjadi perantara yang sewajarnya antara pemilik tanah dan pemaju dalam projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru.

Katanya, memandangkan kerajaan telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan pemilik tanah mendapat pampasan yang setimpal.

"Awak mesti faham pada saat kerajaan terlibat, ini tanggungjawab kamu. Awak bertanggungkawab...

"Harap benda ini sampai ke menteri wilayah. Tolonglah, kita nak selamatkan kerajaan Madani daripada melakukan satu kesalahan dan kezaliman terhadap pemilik-pemilik di sini," katanya pada sidang media di balai raya Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur.

Khalid menjawab kenyataan Zaliha di parlimen apabila dia berkata projek pembangunan akan diteruskan memandangkan majoriti penduduk Kampung Sungai Baru telah bersetuju dengan terma dan pampasan yang akan disediakan oleh pemaju.

Sunday, May 17, 2020

Siasatan rasuah: Khalid dakwa broker perguna nama bekas setiausaha politiknya



BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Saman mendakwa nama setiausaha politiknya telah digunakan oleh seorang broker sehingga menyebabkan beliau ditahan polis bagi siasatan rasuah semalam.

Khalid dalam ciapannya di Twitter berkata, beliau tidak boleh mendedahkan hal sebenar kerana kes tersebut dalam siasatan polis.

“Bekas SU Politik saya Hj. Azli, direman polis semalam atas aduan sebuah syarikat arkitek yang diberi DO (Delivery Order ) palsu oleh seorang ‘broker’.

“Broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama Hj. Azli yang kononnya telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.

“Saya diberitahu ‘broker’ berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini. Kepercayaan “cash is king” memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya,” kata Khalid.
Portal berita FMT hari ini melaporkan Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut portal tersebut, setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.

Satu laporan juga telah dibuat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemeriksaan portal itu mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas “dua jenayah komersial”.
-SM

Friday, March 20, 2020

Khalid Samad perbodoh diri sendiri

Cuba kaitkan larangan solat jemaah kerajaan PN dengan DAP
20/03/2020
 
Ciapan @KhalidSamad di laman sosial Twitter

BANGI, 25 Rejab 1441H, Jumaat – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hanya memperbodohkan diri sendiri dan mengajar pengikut menjadi kurang cerdik apabila menjadikan isu kesan penularan COVID-19 sebagai permainan isu politik.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, pada tempoh genting penularan COVID-19 ini, sepatutnya pemimpin-pemimpin menunjukkan tauladan yang baik, lebih-lebih lagi yang bergelar wakil rakyat.

“Kita sedang berdepan dengan satu ujian yang sangat besar, maka sepatutnya tiada ruang untuk kita berbalah sebaliknya bekerjasama dan berlapang dada.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah isu COVID-19 ini menjadi lebih serabut apabila dijadikan permainan politik seolah-olah tiada implikasinya.

“Rupa-rupanya, yang mengapi-apikan perkara ini dan yang menyuburkan budaya tidak sihat ini adalah pemimpin itu sendiri, lebih teruk apabila mereka ini adalah wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyatan.

Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dalam laman sosial Twitter rasminya @KhalidSamad, semalam menyindir solat berjemaah tidak boleh dilakukan ketika ini, dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Walhal, umum mengetahui masjid dan surau menangguhkan semua aktiviti termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19z

“Zaman PN ni takleh solat berjemaah di surau… hmmm tak marah DAP ke? Bisinglah sikit. Lama tak dengar.

“Oops nak salahkan DAP takleh dah. Bukan depa yang larang maka ok kan…,” katanya.

Mengulas tindakan Khalid itu, Haji Aminuddin berkata, jika pemimpin sendiri berkelakuan sedemikian, maka tidak hairanlah rakyat di bawah menjadi cerca merba dan seolah-olah hilang pedoman.

“Sudah-sudahlah bermain politik. Mengkritik segala kelemahan kerajaan adalah wajar, tetapi ini bukannya kritikan.

“Ini adalah memperbodohkan diri dan mengajar pengikut menjadi kurang cerdik yang akhirnya boleh mencetuskan pelbagai masalah.

“Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Kerana Allah akan menyoal kepimpinan kita di akhirat kelak. Takutlah pada Allah,” katanya.

Monday, October 14, 2019

Tawaran Akhir Kepada Penduduk Kampung Baru Minggu Depan

OCTOBER 14, 2019

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat tawaran baharu kepada pemilik tanah Kampung Baru bagi menyelesaikan kemelut pelan pembangunan kampung itu, kata Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Tawaran berkenaan yang bakal diumumkan minggu depan disifatkan sebagai yang terakhir oleh kerajaan, susulan perbincangan yang dibuat menteri itu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, minggu lalu.

“Susulan itu juga, satu mesyuarat dengan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) akan diadakan minggu ini sebelum tawaran terkini itu dibuat kepada pemilik dan waris tanah terbabit.

“Kita akan tepati tempoh sebulan yang dijanjikan sebelum ini untuk mempertimbangkan semula tawaran harga yang pernah ditawarkan,” katanya di sini, hari ini, lapor BH Online.

Kerajaan sebelum ini menawarkan kepada pemilik tanah Kampung Baru untuk membeli tanah mereka pada harga RM850 sekaki persegi. Pada tawaran itu, pemilik lot seluas 8,000 kaki persegi dijangka meraih sekitar RM6 juta.

Walaupun berdasarkan maklum balas yang diterima menunjukkan lebih 90 peratus pemilik dan waris tanah Kampung Baru bersetuju dengan tawaran harga sebelum ini, kebanyakan mereka hanyalah pemilik bersama yang berkongsi lot tanah bersama tujuh hingga 10 pemilik lain.

Kerajaan juga akan berbincang dengan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) untuk menangani masalah itu dalam memastikan pembangunan Kampung Baru dapat diteruskan.

Kerajaan akan berbincang dan memujuk pemilik tanah untuk menerima tawaran yang dibuat selain memahami apa sebenarnya yang mereka inginkan susulan kerajaan berpendapat isu itu perlu segera diselesaikan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-