Showing posts with label M Kula Segaran. Show all posts
Showing posts with label M Kula Segaran. Show all posts

Monday, July 30, 2018

Kula Segaran harus disaman, derhaka kepada Raja-raja Melayu

RIDAUDDIN DAUD
30 JULAI 2018

Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling

SHAH ALAM - Selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi melibatkan Melayu, terdapat desakan agar Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran meletak jawatan kerana dianggap mencetuskan ketegangan antara kaum.

Namun, Pengerusi Biro Sosio-Budaya Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling merasakan Naib Presiden DAP itu bukan sahaja perlu meletakkan jawatan malah perlu disaman kerana melakukan penghasutan.

Malah, Zainal turut mendakwa Kula Segaran menuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang selepas Ahli Parlimen Ipoh Barat itu mengatakan orang Melayu merupakan pendatang di Malaysia.

"Bila dia (Kula Segaran) tuduh orang Melayu sebagai pendatang di alam Melayu, ia bermakna dia menuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang. Jadi dia perlu disaman kerana tuduh Raja-raja Melayu sebagai pendatang dalam wilayah negaranya sendiri.

"Kenyataan itu merupakan penghasutan dan penderhakaan kepada Raja-raja Melayu," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran perlu hati-hati]

[ARTIKEL BERKAITAN: Nafi keluar kenyataan Melayu pendatang]

Tambah beliau, meskipun Kula Segaran telah meminta maaf namun Zainal berpendapat Ahli Parlimen Ipoh Barat itu meminta maaf hanya kerana rasa bersalah selepas masyarakat menghentamnya.

"Jadi sekarang dia (Kula Segaran) rasa bersalah orang komen macam-macam, dia minta maaf. Saya lihat dia cuba nak mengulangi pandangan DAP terhadap orang Melayu, peling terkesan apabila dia tuduh orang Melayu sebagai pendatang.

"Kita nak dia faham bahawa orang Melayu ada di benua Cina, benua India, Melayu ada di mana-mana pun. Kalau tuduh Melayu pendatang di alam Melayu walau dari Bugis, Jawa, Filipina, Sumatera berpindah ke Tanah Melayu, itu bukan imigrasi tapi migrasi.

"Perpindahan dalam wilayah sendiri kita (orang Melayu) katakan perantauan. Kita tak gaduh, mana kita pergi pun tak mengapa sebab itu daerah kita. Jadi kita bukan imigran," ujarnya.

Jelasnya lagi, orang Melayu bukanlah imigran seperti orang Cina serta India yang datang dari benua lain ke Wilayah Melayu kerana imigran seperti itulah yang dikatakan 'pendatang'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya minta maaf: Kula Segaran]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Menteri tak faham sejarah tak layak jadi menteri']

Dalam perkembangan berkaitan, Zainal merasakan perkataan 'mereka' yang digunakan Kula Segaran ketika berucap di Negeri Sembilan baru-baru ini merujuk kepada orang Melayu.

"Dia kata tak sebut Melayu tapi sebut mereka. Mereka itu siapa? Mesti ada objeknya. Mana boleh sebut mereka tapi kosong. Memang dia tuju kepada Melayu, siapa lagi.

"MPM sokong desakan supaya dia letak jawatan tapi lebih penting bukan hanya minta maaf tetapi dia perlu dikenakan hukuman sebagai penghasut dan penderhaka kepada Raja-raja kita," katanya.

Pemuda Umno: PM patut pecat Kula Segaran


Hari ini anggota Pemuda Umno di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata permohonan maaf wakil rakyat DAP itu tidak mencukupi.

“Walaupun beliau meminta maaf dalam kenyataannya semalam tetapi bagi kita pernyataan maaf sahaja tidak cukup.

"Beliau seharusnya mengambil tanggungjawab meletak jawatan kerana beliau seorang menteri dan harus lebih tinggi kebertanggungjawaban moral," katanya.

Jika Kula Segaran enggan meletakkan jawatan, Asyraf berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memecatnya atas dasar menganggu ketenteraman antara kaum.

“Jika beliau tidak mahu meletakkan jawatan kita minta perdana menteri agar memecat beliau atas dasar ini adalah unsur-unsur yang boleh menghancurkan kestabilan dan ketenteraman antara kaum.

“Beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh difahami sebagai hasutan dan boleh mencetuskan ketidaktenteraman,” kata Asyraf, dipetik laporan Umno Online.

'Istilah pendatang'

Asyraf mendakwa seorang warga negara biasa bernama Abdullah Zaid didenda di bawah Akta Hasutan apabila menggunakan istilah 'pendatang' terhadap orang Cina pada masa lalu.

“Jadi kita tidak mahu seorang menteri dalam konteks ini boleh terlepas begitu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Kula Segaran telah menafikan laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kula Segaran dakwa Melayu bangsa pendatang"

Menyifatkannya sebagai fitnah dan pembohongan, Kula berkata tidak pernah berkata begitu dan kenyataannya pada majlis di Nilai minggu lalu itu telah diputar belit tanpa konteks.

Biarpun begitu, naib pengerusi DAP itu akhirnya mengambil keputusan untuk memohon maaf.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu,” katanya.

Kulasegaran juga berkata beliau tidak pernah menjadi sosok kontrroversi dalam isu kaum dan agama dan berikrar mempertahankan perlembagaan.

'Menteri tak faham sejarah tak layak jadi menteri'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
30 JULAI 2018
Rizam (tengah) selepas membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM - Pemuda Umno Selangor mendesak agar polis segera menyiasat Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berhubung kenyataannya yang cuba mencetuskan provokasi perkauman.

Ketuanya, Rizam Ismail berkata, meskipun Kula Segaran sudah meminta maaf namun tegasnya 'yang bersalah tetap bersalah', oleh itu siasatan perlu dilakukan.

"Dekat sini tidak timbul kita terima atau menolak permohonan maaf beliau, kita perlu adil, saya ambil contoh kes Presiden Isma Abdullah Zaik yang pernah didenda di bawah Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1998, selepas laporan bertajuk 'Kedatangan pendatang Cina bersama British satu bentuk pencerobohan yang dikeluarkan di portal Isma.

"Jadi kita ada undang-undang kalau salah tetap perlu diambil tindakan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian selepas pihaknya membuat laporan polis terhadap Kula Segaran.

Jelasnya, laporan polis terhadap Kula Segaran akan disusuli oleh Umno Negeri di seluruh negara selepas Umno Selangor berbuat demikian hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya minta maaf: Kula Segaran]

Dalam isu ini, selepas dikecam pelbagai pihak, Kula Segaran membuat keputusan untuk menarik balik kenyataan kontroversi dikeluarkannya dalam satu ucapan di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, beliau mendakwa menarik balik kenyataan itu kerana enggan kontroversi itu terus membarah.

Malah, beliau juga meminta maaf dan mengatakan sebelum ini beliau tidak pernah mencipta kontroversi dengan mempertikaikan perbezaan kaum dan agama di negara ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nafi keluar kenyataan Melayu pendatang]

Kula Segaran mencipta kontroversi baru-baru ini apabila beliau dikatakan mendakwa orang Melayu adalah pendatang di Malaysia dan orang India adalah antara yang terawal berada di Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kula Segaran perlu hati-hati]

Mengulas lanjut, Rizam berkata seandainya Kula Segaran seorang yang beretika beliau perlu meletakkan jawatan sebagai menteri.

"Saya rasa beliau sewajarnya malu dan perlu letak jawatan, ini kerana beliau dilihat seperti orang yang tak faham sejarah, jadi seorang menteri tak faham sejarah tak layak jadi menteri," katanya.

Kula akhirnya mohon maaf


Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya disalah tafsir, yang mencadangkan beliau menggunakan perkataan itu.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu,” kata menteri sumber manusia itu.

Baca: Apa sebenarnya disebut Kula?

Kulasegaran semalam menafikan laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kula Segaran dakwa Melayu bangsa pendatang"

Menyifatkannya sebagai fitnah dan pembohongan, Kula berkata tidak pernah berkata begitu dan kenyataannya diputar belit tanpa konteks.

"Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Agama Hindu dibawa oleh Orang India...(Ia) agama awal yang dianuti penduduk tempatan (ketika itu).

"Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Jadi tidak adil jika kaum India digelar pendatang, berdasarkan faktor sejarah ini,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Kulasegaran juga berkata beliau tidak pernah menjadi sosok kontrroversi dalam isu kaum dan agama dan berikrar mempertahankan perlembagaan.

Beliau juga berkata sesuatu perkataan boleh berubah-ubah maksud jika diterjemah ke bahasa lain.

Beliau bercakap dalam bahasa Tamil dalam ucapan kontroverinya di Nilai minggu lalu.

Kulasegaran juga menjelaskan beliau meminta maaf bagi mengelakkan kontroversi sekitar dirinya itu makin parah.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-