FMT Reporters | September 19, 2015
Kenyataan Annuar ketika mempertahankan Himpunan Baju Merah oada 16 September lalu seolah-olah menggambarkan wujud rasisme dalam Islam.
PETALING JAYA: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa Tan Sri Annuar Musa menarik balik kenyataannya yang memberi implikasi dan gambaran yang salah mengenai Islam.
Pengerusinya, Mohd Azmin Abdul Hamid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu seolah-olah menggambarkan wujud rasisme dalam Islam.
“Dari mana Annuar mendapat fahaman ini. Dengan menyatakan pendirian tersebut seolah-olah beliau mendakwa dalam Islam ada fahaman rasisme. Apakah asas beliau untuk mengatakan wujud rasisme dalam Islam?
“Lebih berat lagi ialah beliau telah menghina kesucian Islam sebagai agama yang mengajar sikap saling menghormati antara kaum,” katanya, lapor Harakah.
Annuar, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika mempertahankan Himpunan Baju Merah pada 16 September lalu dilaporkan berkata, sikap perkauman dituntut dalam Islam untuk mempertahankan hak asalkan tidak menzalimi kaum lain.
Mohd Azmi menjelaskan, perasaan marah kepada satu pihak yang kebetulan adalah satu kaum, tidak boleh dijadikan alasan untuk Annuar mengisytiharkan adanya rasisme dalam Islam.
“Kami amat kesal keghairahan beliau untuk mempertahankan perhimpunan yang berbau rasis tersebut dengan alasan kononnya ada rasisme Islam,” tegasnya.
Mohd Azmi berkata, untuk mengelakkan kekeliruan, MAPIM menyeru agar pihak berkuasa agama dan golongan alim ulama mengeluarkan kenyataan supaya sikap ini perlu dibetulkan dan pernyataan Annuar itu ditolak.
Showing posts with label Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Show all posts
Showing posts with label Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
agendaily.com 24/2/2022 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir OLEH DIYANA IBRAHIM November 07, 2013 Latest Update: November 07, 2013 04:19...
-
VIDEO HOT : "SAYA AKAN LUDAH MUKA ORANG ITU" - NIK AZIZ Posted by Empayar Pemuda at 11:59 PM ...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
agendaily.com 05/07/2023 Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Zahid Hamidi. Penghinaan terhadap penjawat ...