Showing posts with label Mohammad Zamri Vinoth. Show all posts
Showing posts with label Mohammad Zamri Vinoth. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

Zamri Vinoth tak patut berucap, kata Pemuda PAS Perlis

Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 10:39 pagi


MUKTAMAR PAS | Nama Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu bergema lagi dalam dewan persidangan Pemuda PAS di Bukit Gambang, dekat Kuantan pagi ini.

Berucap pada sesi membahas ucapan utama ketua Pemuda PAS, wakil PAS, Mohamad Azreen Jumri, berkata pihaknya memang terkilan apabila anak murid Dr Zakir Naik - dan dekat dengan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin - itu diberi ruang istimewa dalam muktamar semalam.

"Terlebih dahulu saya mahu meminta maaf kepada pimpinan sekiranya dalam ucapan-ucapan kami ada yang mengguriskan hati, tetapi saya mahu teruskan apa yang diperkatakan oleh Amirul Jufri semalam dengan tertib.

"Inilah masanya tempat kita bermuhasabah diri.

"Kami di peringkat pemuda PAS Perlis terkilan apabila muktamar memberi ruang kepada saudara Muhammad Zamri untuk berucap.

"Sepatutnya kita menghabiskan semua perbahasan laporan, tetapi kita stop (hentikan) beri ruang (kepada Muhammad Zamri)," katanya.

Menurut Mohamad Azreen Pemuda PAS Perlis tidak ada masalah dengan apa yang dikatakan penceramah terbabit malah bersetuju dengan apa yang dikatakannya.

Namun kata Mohamad Azreen mereka sangat terkilan dengan apa yang dilakukan Muhammad Zamri kepada Pemuda PAS Perlis.

"Kami terkejut kelmarin (semalam) apabila Zamri diberi peluang untuk bercakap.

"Kami anggap ini satu perkara yang tak sepatutnya berlaku. Pimpinan kena betul-betul kaji siapa yang diberikan peluang berucap," katanya.

Baca Pemuda Perlis 'terguris' Zamri Vinoth diberi tempat

Semalam Malaysiakini melaporkan Amirul Jufri bangkit mahu bertanyakan soalan mengenai isu kemunculan Muhammad Zamri berucap pada muktamar Pemuda PAS namun ditegur Pengerusi Tetap Kamal Ashaari kerana dianggap bersyarah dan tidak mengemukakan soalan selepas beberapa minit bercakap.

Amirul Jufri yang lengkap dengan uniform Jabatan Amal kemudian meminta izin kepada pengerusi tetap untuk bercakap dan bertanya tentang perkara lain yang tidak berkaitan dengan laporan kewangan yang dibentangkan.

Dalam ucapan ringkasnya Amirul Jufri berkata Pemuda PAS Perlis rasa terguris apabila majlis perasmian pagi tadi mengundang Muhammad Zamri sebagai tetamu.
Wakil Pemuda PAS Perlis, Amirul Jufri
Untuk rekod pada Mei lalu sekurang-kurangnya tiga anggota Jabatan Amal ditahan reman untuk membantu siasatan polis berhubung kes membakar kereta Mohd Asri.

Pada 24 Mei seorang peniaga pasar malam didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar atas tuduhan membakar kereta kerajaan yang digunakan Mohd Asri.

Mohd Azimar Abdul Razak Azimar, 36, dari Kampung Jelempok, Arau dituduh melakukan kesalahan itu dengan niat hendak merosakkan kenderaan jenis Honda Accord itu di kediaman mufti itu di Jalan Pesiaran Wawasan, Kangar bersama beberapa lagi rakannya pada kira-kira 5 pagi, 22 Mei.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mohamad Azreen berkata, Pemuda PAS Perlis banyak terkena kesan rungutan dan komen negatif daripada Muhammad Zamri dan menganggap apa yang dikatakan penceramah terbabit sebagai "fitnah".

"(Zamri) Memfitnah PAS Perlis (kononnya menjadi) dalang kepada bantahan isu pemecatan imam-iman, dan (dituduh) sebagai pemberontak.

"Banyak komen yang diberikan negatif untuk PAS Perlis... Dia sebut PAS, dia tak sebut PAS Perlis (tapi) dia sebut PAS, jadi saya anggap dia kritik kita semua," katanya.

Justeru tambahnya, Pemuda PAS Perlis mencadangkan pimpinan pergerakan itu mengkaji semula senarai jemputan untuk sesiapa yang berucap supaya tidak timbul masalah pada masa akan datang.

"Mungkin bagi pimpinan tak ada masalah tapi menjadi masalah khususnya bagi kami di Perlis. Kena siasat siapa nak dibenarkan bercakap supaya pimpinan lebih tahu.

"Kena kaji semula jemputan yang nak berucap, siapa dia, latar belakang macam mana. Takut ada masalah," kata Mohamad Azreen.

N Faizal Ghazali, M Fakhrull Halim, Alyaa Alhadjri dan Lu Wei Hoong menyumbang kepada laporan ini.

Tuesday, April 30, 2019

PAS kesal tangkapan terhadap Muhammad Zamri Vinoth

NASRUDIN HASSAN
30 APRIL 2019


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekesalan ekoran penangkapan seorang pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth yang didakwa kerana menghina agama lain.

Menurut laporan beberapa akhbar, terdapat beberapa belas laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang lima hari lalu.

PAS ingin mengingatkan ratusan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang celupar menghina Islam dan berpotensi mencetuskan konflik perkauman.

Contohnya, laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) P.Ramasamy yang dikaitkan dengan organisasi pengganas LTTE pada bulan Julai 2018.

Kemudian, laporan polis terhadap Menteri P. Waytha Moorthy yang menabur fitnah tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini pada bulan November 2018.

Selain itu, laporan polis juga dibuat terhadap seorang exco Selangor V Ganabatirau (DAP) yang mengaitkan rusuhan robohan kuil dengan umat Islam.

Banyak lagi laporan polis telah dibuat ke atas pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Chew Chong Sing rentetan kenyataan mereka yang mengundang kemarahan umat Islam.

Namun, apakah tindakan susulan yang telah diambil ke atas mereka? Adakah ini yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang di bawah Malaysia Baharu?

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
24 Sya’ban 1440 | 30 April 2019

 – HARAKAHDAILY
    30/4/2019

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-