Showing posts with label PakatanHarapan. Show all posts
Showing posts with label PakatanHarapan. Show all posts

Thursday, March 18, 2021

Umno bukan lawan tradisi DAP, soal sanggup kerjasama tak timbul, kata Loke

FMT Reporters
-March 18, 2021 2:01 PM

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook berkata musuh dan lawan tradisi parti itu ialah MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC.

PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook, berkata tidak timbul soal adakah DAP sanggup kerjasama dengan Umno kerana sebenarnya mereka bukan “lawan tradisi”, memandangkan kerusi yang ditandingi kedua-dua parti lazimnya tak bertindih.

Katanya, pertembungan DAP dengan Umno “amat minimum”, bahkan kali terakhir DAP dan Umno bertembung hanya sekali, iaitu di Cameron Highlands pada pilihan raya kecil Jan 2019.

“Musuh dan lawan tradisi kita ialah calon daripada MCA, Gerakan, SUPP di Sarawak dan MIC,” katanya dalam temubual sempena ulang tahun ke-55 DAP semalam.

Loke tidak pasti sama ada Pakatan Harapan sanggup bekerjasama Umno, mengakui gabungan itu belum membincangkan hal itu.

Di pihak DAP pula, tiada perbincangan dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 sekarang.

“Adakah kerjasama itu boleh dibentuk selepas pilihan raya?…kalau keadaan memerlukan bahawa semua parti kena kerjasama demi satu kerajaan yang stabil dan kukuh maka ia perlu dibincangkan. Sampai masanya ia perlu dibincangkan,” katanya.

Di sebalik pendirian DAP adalah ia tidak akan bekerjasama dengan ahli politik yang disabit kesalahan dan digelar kleptokrat, Loke berkata kerjasama dengan Umno pernah berlaku di Perak dan Johor.

“Di Perak, kita ada perjanjian keyakinan dan pembekalan dengan Umno, itu merupakan bentuk kerjasama. Di Johor ada satu kerjasama tak rasmi juga bahawa kita bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan.”

Saturday, May 16, 2020

22 bulan PH memerintah sejarah hitam politik negara, kata PAS

- @politik
-May 16, 2020


KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertekad memperkukuhkan resolusi Piagam Muafakat Nasional bersama-sama rakan kerjasama, UMNO dalam mesyuarat khas Muafakat Nasional semalam, kata Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad.

“PAS menyeru permuafakatan yang telah terbentuk di peringkat negeri terus terjalin dalam merealisasikan agenda Malaysia Sejahtera. Seterusnya, kerjasama erat ahli akar umbi juga sangat diperlukan dalam membina kesatuan masyarakat majmuk yang utuh,’ kata beliau dalam satu kenyataan.

“Tempoh 22 bulan Pakatan Harapan memerintah adalah sejarah hitam politik negara. Cukuplah sekali untuk dijadikan pengajaran,” ujarnya.

Jelasnya, 14 September 2019 menjadi tarikh keramat dengan terlaksananya Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) sebagai detik penting dalam sejarah politik Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke 14.

“Piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai dalam HPU menegaskan bahawa Muafakat Nasional menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera serta berusaha memastikan tadbir urus pembangunan negara yang sejahtera,” katanya lagi.

“Dalam mencapai agenda berkenaan, Muafakat Nasional sepakat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinanan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencorak negara ke arah pentadbiran yang lebih sejahtera, diberkati dan diiktiraf di peringkat global,” kata Kamaruzaman.

Beliau berkata, pengiktirafan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada kerajaan dalam menangani COVID-19 boleh dibanggakan.

“Rakyat Malaysia turut berganding bahu untuk memastikan peratusan yang tinggi terhadap kepatuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia menjadi petanda bahawa rakyat turut bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak ini,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-