Showing posts with label Perhimpunan Agung UMNO 2015. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Agung UMNO 2015. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Muhyiddin enggan mengalah, rancang satu lagi ceramah politik

by ARIANNA
Suasana perdamaian pada majlis penutupan Perhimpunan Agung Umno 2015 mungkin tidak kekal apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai sedang merancang satu lagi ceramah politik untuk menyuarakan pandangan beliau.

Timbalan presiden Umno itu, menurut sumber yang rapat dengan beliau, dikatakan telah bersedia untuk mempertahankan dirinya mengenai isu-isu yang dibangkitkan semasa perhimpunan agung.

Menurut sumber itu, Muhyiddin mahu menangkis apa yang telah dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar presiden dan juga semasa ucapan penggulungan.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga mahu memberi tindak balas kepada serangan dan kritikan oleh beberapa perwakilan yang berucap semasa perbahasan.

Sehingga kini masih tidak jelas sama ada program baharu itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sekali lagi atau lebih dekat dengan kediamannya di Johor.

Muhyiddin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal bergabung untuk satu acara di Kampung Baru beberapa hari sebelum perhimpunan agung untuk mengkritik pengendalian Najib terhadap isu 1MDB dan dasar-dasar kerajaan yang lain.

Ceramah seterusnya itu adalah sebagai ‘ucapan penggulungan’ di mana Muhyiddin tidak dibenarkan melakukannya semasa perhimpunan parti.

“Dia merasakan bahawa dia perlu menjawab tuduhan tersebut mengenai kepimpinan dan prestasinya sebagai orang No.2 dalam parti,” kata sumber itu.

Najib telah menghulurkan salam perdamaian beliau pada hari terakhir perhimpunan agung apabila beliau mengisytiharkan ingin menjadi seorang yang ‘berjiwa besar’ mengenai apa yang telah berlaku.

Tetapi Muhyiddin, berdasarkan bahasa badannya, kelihatan nekad. Kedua-dua pemimpin tertinggi itu berjabat tangan tetapi tidak berpelukan antara satu sama lain, walaupun beberapa perwakilan telah menyatakan hasrat mereka untuk melihat mereka berbuat demikian.

Mereka yang berdiri berdekatan dua pemimpin ini perasan bahawa adegan berjabat tangan itu kelihatan seperti tidak dilakukan sepenuh hati – hanya menyentuh hujung jari dan apabila Najib cuba mengangkat tangannya lebih tinggi, Muhyiddin tidak memberikan respons positif.

Muhyiddin seolah-olah tidak mahu menyambut salam silaturrahim dan perdamaian oleh Najib.

“Terdapat satu usaha tetapi adakah ia disambut?,” kata sumber Muhyiddin itu.

Difahamkan bahawa Muhyiddin tidak mengambil berat kenyataan Najib bahawa ‘sesiapa yang menentang presiden, maka dia juga menentang parti’.

Selain itu, beliau juga telah menulis di akaun Facebooknya beberapa jam selepas ucapan perasmian Najib, yang menyifatkan bahawa Muhyiddin tidak melakukan tugasnya sebagai orang No.2.

Muhyiddin menulis bahawa beliau telah bersungguh-sungguh dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap satu demi satu pilihan raya kecil sejak 2009.

Beliau juga membidas kembali kenyataan Najib dengan mengatakan bahawa kritikan terhadap kepimpinan yang dibuat adalah berdasarkan aduan daripada akar umbi.

Klik baca: Orang gila, sewel saja perlu minta maaf kepada Najib – Khairuddin

Muhyiddin boleh dikenakan tindakan disiplin jika beliau bertindak untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya secara terbuka kepada orang ramai.

Beliau hampir dipecat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang terakhir pada malam Rabu lalu apabila salah seorang ahli Majlis Tertinggi menyenaraikan ‘lapan sebab mengapa Timbalan Presiden itu perlu disingkir.

Bagaimanapun, Najib enggan bertindak terhadap timbalannya dan segera mengakhiri mesyuarat itu, walaupun beberapa orang yang lain masih mahu bercakap. – mStar

Sunday, December 13, 2015

Najib gentleman atau pengecut?

FMT Reporters
December 13, 2015

Shahbudin mempertikaikan pengakuan Najib Tun Razak yang mengaku beliau seorang 'gentleman' dan berjiwa besar.
PETALING JAYA: Ucapan perasmian dan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menunjukkan seoalah-olah wujud kekeliruan dalam diri Presiden UMNO itu.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Hussin berkata, Najib seperti keliru ketika ucapan perasmian apabila mengaku dirinya ‘gentleman’ dan bukan pengecut.

“Ketika mendabik dada meletakkan dirinya sebagai seorang yang “gentleman” dan bukan pengecut, ramai yang tidak lupa bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap-sayap dan seterusnya beliau bersama Datuk Seri Shafie Apdal turut dihalang berucap di majlis penggulungan perhimpunan tahun ini.

“Sebelum itu, semua peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat tertinggi parti juga turut dinafikan.

“Kalau betul “gentleman” dan tidak pengecut, kenapa larangan sebegitu rupa yang tidak pernah berlaku sebelum ini sanggup dilakukannya?

“Lebih dari itu, ketika ucapan perasmian di mana beliau menyedari Muhyiddin tiada ruang untuk mempertahankan dirinya, “gentlemankah” bertindak menyerang musuh yang diikat kaki dan disumbat mulutnya?

“Diselak lebih jauh lagi ke belakang sebelum ini, apakah boleh dikira “gentleman” dan bukan pengecut dalam tindakan Najib terhadap Peguam Negara, PAC serta gangguan kepada SPRM dan Bank Negara?,” tulisnya di blognya Shahbudindotcon.blogspot.my.

Shahbudin berkata, Najib bukan sahaja keliru ketika menyampaikan penggulungan, malah ‘masuk bakul angkat sendiri’ apabila mengaku seorang berjiwa besar hanya kerana mengajak kepada perdamaian.

“Kenapa perlu “masuk bakul angkat sendiri” dan memuji diri sebagai berjiwa besar apabila mengajak orang lain berdamai sedangkan hampir semua masalah dalam UMNO adalah berpunca daripada dirinya juga?

“Bolehkah dikata berjiwa besar apabila membelasah orang yang disekatnya daripada bercakap, tetapi kemudian menghulurkan salam perdamaian?, soalnya.

Shahbudin berkata, pelawaan berdamai dilihat sebagai percubaan Najib menukar masalah dalam UMNO kepada seolah-olah perseteruan peribadi antaranya dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal sedangkan kemelut hanya timbul berkaitan isu 1MDB dan derma politik yang tiada akitan peribadi.

“Apakah dengan ajakan berdamai itu bermaksud Najib mahu segala isu berkaitan 1MDB dan derma politik yang diterimanya tidak lagi diperkatakan, diungkit-ungkit dan akhirnya dihalalkan begitu saja?

“Adakah dengan mengajak berdamai ini semua pertuduhan yang cuba dikenakan keatas Muhyiddin yang kini dalam pertimbangan Lembaga Disiplin akan diteruskan atau bakal digugurkan?, kata blogger itu.

Saturday, December 12, 2015

Memang patut pun, bangsa yang tak tau mengenang budi........

WAKIL MELAYU UMNO GESA JANGAN BERI PROJEK KEPADA SYARIKAT PRO-DAP, MCA TAKPA?
by ARIANNA2015-12-12
Kerajaan tidak sepatutnya memberikan projek besar kepada tauke yang didapati menyokong DAP, kata pembahasan usul ekonomi Datuk Abdullah Mat Yassim.

Menurut Abdullah, kerajaan perlu berhati-hati kerana “tauke-tauke besar” yang dimaksudkannya itu memperoleh banyak projek utama.

Di sebalik pemberian projek itu, kata Abdullah, tauke terbabit didapati cenderung menyokong DAP.

“Saya nak minta tolong ketua jabatan atau pimpinan di atas, saya lihat tauke-tauke besar banyak dapat projek besar. Saya nak pastikan supaya projek-projek ini tidak jatuh ke tangan (pihak) pro-DAP, betul tak?” katanya kepada perwakilan di hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2015 hari ini.

Menurut Abdullah, ada syarikat besar yang mendapat projek utama kerajaan “menyumbang kepada DAP”.

Sementara itu, Abdullah turut mempertikaikan mengapa pemimpin Umno begitu marah kepada presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan beliau begitu prihatin kepada rakyat yang ditimpa masalah.

“Penyampaian bantuan kerajaan pusat kepada rakyat, saya tengok di Kelantan ada bantuan daripada kerajaan pusat..

“Saya mula-mula tengok, wang banjir (kemudian) wang bantuan sekolah, BR1M. Zaman Datuk Seri Najib ini semua perkara dapat sumbangan dan bantuan daripada kerajaan pusat. Kenapa pemimpin sebelum ini marah sangat kepada Datuk Seri Najib?” katanya.

Abdullah dalam pada itu menggesa agar pimpinan Umno menyaman pihak pembangkang yang membuat fitnah kepada parti dan pemimpin Umno.

“Saya nak minta presiden, timbalan presiden jika ada pihak pembangkang buat fitnah mengeluarkan isu tidak munasabah, saya minta saman terus ajar mereka, betul tak?

“Saya katakan, Datuk Seri, jangan risau. Semua (ahli) sanggup mati bersama Datuk Seri, you are not lonely,” katanya. – Malaysiakini

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-