Showing posts with label Rang Undang-undang (RUU) Persendirian. Show all posts
Showing posts with label Rang Undang-undang (RUU) Persendirian. Show all posts

Monday, July 11, 2016

Mengapa umat Islam harus boikot MIC pada PRU akan datang.........?

Hudud: Tak adil ada dua undang-undang di Malaysia, kata T.Mohan

pada 09-07-2016 10:07
Oleh Muhammad Asyraf Azlan

SUBANG JAYA: Naib Presiden MIC, Datuk T. Mohan berpandangan adalah 'tidak adil' jika terdapat dua jenis undang-undang di dalam sesebuah negara dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang, ujarnya sebagai respon kepada Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian pindaan akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengapa Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan harus menyebok tentang al-ehwal agama Islam kita? Sepatutnya beliau tidak perlu menyentuh apalagi mempertikaikan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan akta 355 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Undang-undang Islam ini sebenarnya sedikit pun tidak ada kena mengena dengan agama lain.  Wak pun hairan juga mengapa kaum kafir di negara ini bersungguh-sungguh sangat menentang rang undang2 Islam ini.

Naib Presiden MIC ini harus sedar bahawa setiap kawasan DUN atau Parlimen yang mereka menangai hanya dengan sokongan kaum Islam. Wak yakin jika kaum Islam tidak lagi membantu MIC, satu kerusi pun sukar dimenangi mereka.

Dengan penjelasan dari Naib Presiden MIC ini umat Islam harus berfikir panjang sama ada masih lagi mahu membantu parti yang terang2 'menolak' Islam.  

Wednesday, June 1, 2016

PAS tampil "ala" pahlawan Melayu sebagai simbol perpaduan bersama UMNO?

ADAKAH Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mula sedar bahawa Melayu dan Islam itu merupakan dua perkara yang cukup sinonim? Hari ini Muktamar Pemuda PAS di Kelantan telah menampilkan kelainan apabila Nik Abduh Nik Mat yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia berpakaian seperti pahlawan Melayu.
Sebelum ini Nik Abduh Nik Mat selalu kelihatan berkopiah, namun kini beliau dilihat berani tampil dengan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Ini merupakan muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Sepanjang gabungan PAS bersama DAP dan PKR, mereka telah dijadikan kuda tunggangan dalam beberapa siri demonstrasi jalanan. Malahan PAS terpaksa tunduk kepada kehendak DAP yang enggan mengiktiraf kemuliaan agama Islam.

Kini kita faham bahawa PAS terpaksa memendam rasa terkilan apabila beberapa isu seperti penjualan arak di kawasan majoriti orang Melayu dan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam menjadi agenda perjuangan pakatan rakyat sebelum ini.

Perkara tersebut terpaksa dilalui oleh PAS atas kehendak mereka sendiri demi kepentingan politik peribadi semata-mata. Adakah kini mereka sedar bahawa pakatan mereka bersama DAP dan PKR akhirnya merugikan mereka secara kolektif. Malahan kepentingan peribadi mereka turut tergadai tanpa balasan yang setimpal.

Baru-baru ini isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 telah disalah terjemah oleh DAP, MCA, MIC dan GERAKAN. UMNO bersama PAS dilihat sedaya upaya mempertahankan perkara ini demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Mereka yang menentang atau mengkritik pembentangan RUU Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah ini dilihat sebagai tidak memahami tujuan usul itu dibentangkan. Ia dibentangkan untuk memartabatkan Mahkamah Syariah dan hanya melibatkan umat Islam.

Cadangan pindaan akta berkenaan perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan kerana kerajaan sendiri memang berhasrat untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Persoalannya mengapa orang bukan Islam cuba campurtangan pula dalam urusan agama Islam? Apakah hak mereka? Adakah mereka sudah tidak menghormati Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara? Nampaknya pemimpin bukan Islam ini perlu mengkaji semula pengetahuan mereka berkenaan perkara ini.

Friday, May 27, 2016

RUU Persendirian bukti kerjasama Umno-Pas

NIZAM ZAIN
26 MEI 2016
Nik Mohd Abduh
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang memberi laluan kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan kuasa Mahkamah Syariah dibentangkan ke Dewan Rakyat merupakan bentuk kerjasama yang dinantikan oleh Pas.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu demi kebaikan dan kepentingan bersama sangat dialu-alukan Pas meskipun ia datang daripada parti pembangkang yang lain.

"Inilah contoh kerjasama yang Pas maksudkan, kita berterima kasih kepada speaker, dan pihak kerajaan, yang berani untuk kali pertama membenarkan usul pindaan persendirian ini dibentangkan.

"Cuma ada orang lihat semua kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh. Walaupun tak bersama dengan kita, tapi yang baik daripada Pakatan Harapan, adalah sama seperti kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bahawa tindakan kerajaan yang mendahulukan RUU itu sebagai bukti kerjasama Umno dan Pas untuk tujuan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pada 18 Jun ini.

Mengulas lanjut, Ketua Pemuda Pas itu juga enggan melayan dakwaan sebarang dakwaan mengatakan RUU itu untuk kepentingan politik.

Sebaliknya Nik Mohamad Abduh menegaskan, Pas sentiasa menjelaskan kepada rakyat tentang perjuangan mereka dan dasar Islam yang dibawa parti Islam itu untuk kesatuan dan kesejahteraan Malaysia.

"Bagi saya, yang menentang itu, dia tak banyak tahu mengenai hukum Islam, mereka nampak hukum Islam akan menyusahkan manusia.

"Kita akan buktikan bahawa meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah ini, termasuk dalam kerja-kerja agama, yang tujuannya satu, untuk manfaat manusia," jelasnya.

Ditanya tentang kempen penerangan RUU akan dibawa dalam PRK akan datang, beliau berkata Pas akan terus beri penjelasan kepada rakyat.

"Kita akan bawa perkara ini dalam PRK. Umno mungkin akan bawa juga, kita pun akan bawa, dan semua pun berhak nak bawa.

"Ini peluang kita dalam PRK nanti, paling tidak rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan lebih awal mendapat penjelasan, berbanding kawasan lain," ujarnya.

Beliau turut berkeyakinan bahawa usul itu akan mendapat sokongan daripada semua ahli Parlimen Islam apabila dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Sudah pasti (dapat sokongan) saya bukan minta, bahkan bahawa semua ahli Parlimen Islam akan sokong semua (termasuk Amanah dan PKR).

"Saya harap kalau ada yang bukan Islam sokong, itu lagi baik," katanya lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-