Showing posts with label Sidang Kemuncak Asean. Show all posts
Showing posts with label Sidang Kemuncak Asean. Show all posts

Tuesday, September 5, 2023

PM Anwar dan isteri tiba di venue Sidang Kemuncak Asean

bharian.com.my
September 5, 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut delegasi Malaysia ketika tiba di lobi hotel sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2023 Ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 September ini. - Foto BERNAMA

JAKARTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di venue Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di sini.

Ketibaan pasangan itu di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Senayan, disambut Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Iriana, serta Menteri Luar Retno Marsudi.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ASEAN dan sidang-sidang kemuncak berkaitan bermula hari ini hingga Khamis dengan Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema "ASEAN Matters: Epicentrum of Growth".

Beliau akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan perasmian Forum ASEAN-Indo Pasifik (AIPF) serta mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di sini dan sahabat-sahabat Indonesia dalam Program Temu Anwar.

Semalam, Anwar melahirkan harapan bahawa penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak tahunan itu akan mengukuhkan lagi Kepusatan ASEAN di rantau Indo-Pasifik dan menggalakkan keterangkuman serta keterbukaan ASEAN dalam menjalin hubungan dengan rakan luar.

"Platform ini dapat menggalakkan kebersamaan, keamanan dan kestabilan tatkala menghadapi cabaran dan perubahan evolusi geopolitik serantau," katanya.

Platform itu juga menurut Anwar, dapat digunakan bagi menyatakan hala tuju kerajaan berkaitan isu global yang berkaitan, selain menyertai beberapa siri sidang kemuncak bagi mengukuhkan rangkaian diplomatik yang sekian lama terjalin dengan rakan ASEAN.

 – BERNAMA

Monday, June 24, 2019

Dr M akhiri lawatan kerja 4 hari ke Thailand

Bernama 
Diterbitkan Hari ini 8:38 pagi


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Thailand sempena Sidang Kemuncak Asean ke-34 semalam dan menyifatkan mesyuarat yang diadakan telah membuahkan hasil.

"Ini adalah mesyuarat maraton. Mesyuarat demi mesyuarat. Saya seolah-olah sesak untuk bernafas tetapi kami mencapai banyak perkara dalam mesyuarat Asean ini, " kata perdana menteri berusia 93 tahun itu kepada wartawan Malaysia di Bangkok.

Dr Mahathir yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak tersebut mempunyai jadual yang padat termasuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha.

Semalam, Dr Mahathir menghadiri tiga (perjumpaan) iaitu perjumpaan pemimpin Asean dengan wakil-wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA), Perjumpaan Pemimpin Asean dengan wakil-wakil Belia Asean, dan Perjumpaan Pemimpin Asean dengan wakil-wakil Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC).

"Semasa perjumpaan itu, mereka telah mengemukakan pandangan dan laporan mengenai keperluan mereka dan apa yang perlu dilakukan, kami mengambil perhatian semua permintaan dan memorandum mereka,” kata beliau.

Awal hari ini, Dr Mahathir menghadiri pembukaan Sidang Kemuncak Asean ke-34 dan Pemukiman Pemimpin-pemimpin Asean.

Beliau juga menghadiri Sidang Kemuncak ke-13 Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak ke-12 Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

"Setiap seorang daripada kami dapat memberi pandangan mengenai prestasi ASEAN. Kami mendengar laporan tentang prestasi Asean.

"Secara keseluruhan, kami agak puas bahawa banyak kemajuan telah dicapai," katanya.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darrel Leiking dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA).

- Bernama

Sunday, November 22, 2015

'Obama jangan tunjuk sikap koboi di Malaysia'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
22 NOVEMBER 2015
Gambar hiasan.
SHAH ALAM - ‎ Veteran Umno menyatakan kekesalan dengan sikap Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila berjumpa pemimpin pembangkang dan antikerajaan.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa, tindakan itu ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean telah menunjukkan sikap tidak menghormati tuan rumah.

"Sikap seperti ini jelas menunjukkan 'ketua negara koboi' itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah.

"Apakah Obama berpandangan bahawa berjumpa dengan pembangkang dan kumpulan antikerajaan itu sebahagian dari tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini?

"Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan sesiapa saja tanpa merujuk kepada Wisma Putra?" katanya dalam satu kenyataan.

Mustapha berkata, Veteran dengan tegas ingin menyatakan kalaupun tuan rumah Malaysia memberi kelonggaran kepada Obama kerana untuk menjaga hati dan persahabatan, beliau tidak sepatutnya menggunakan kelonggaran itu demi menjaga hati Malaysia.

"Apakah Obama boleh dengan bebas berjumpa dengan mana-mana pihak yang antikerajaan kalau dia melawat negara lain seperti China?

"Dalam hal ini, ternyata kedutaan AS telah tersalah nasihat kepada Obama. Atau dutanya dengan sedar sengaja mengatur perjumpaan itu," katanya.

Katanya lagi Veteran memang menyedari Kedutaan AS di Kuala Lumpur merupakan duri dalam daging sejak sekian lama.

"Mereka telah menghantar isyarat yang salah kepada Washington dalam hal Bersih dan kes Anwar Ibrahim.

"Justeru itu, Veteran yakin perjumpaan Obama dengan Bersih, LGBT dan pembangkang berkait rapat dengan usaha untuk pembebasan Anwar dan yang bersangkutan dengan kepentingan isu Bersih dan LGBT. Ini membuktikan AS bersedia untuk campur tangan dalam masalah dalaman Malaysia," katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-