Showing posts with label Sultan Nazrin Muizzuddin. Show all posts
Showing posts with label Sultan Nazrin Muizzuddin. Show all posts

Friday, November 30, 2018

Sultan Nazrin doakan Adib sembuh

MyMetro
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my

TIMBALAN yang di Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menziarahi Anggota Bomba dan Penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara selepas diserang oleh perusuh di Kuil Maha Mariamman. FOTO Syarafiq Abd Samad

PEMANGKU Yang di Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa anggota Bomba dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 24, Subang Jaya, Selasa lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, baginda turut mendoakan kesihatan Muhamad Adib Mohd Kasim, 24, sembuh.

“Hari ini kita menerima kunjungan Pemangku Yang di Pertuan Agong, baginda meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melawat anggota Bomba.

“Baginda turut diberi taklimat mengenai keadaan kesihatan Muhammad Adib oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Seri Dr Azhari Yakub dan doktor pakar yang lain,” katanya pada sidang media di IJN, disini hari ini.

Terdahulu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menziarahi anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur, hari ini.

Baginda yang berangkat tiba 9.10 pagi itu diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid ke bilik pesakit di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi (ICU), IJN.

Turut mengiringi baginda Ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohamed Farid Md Rafik.

Baginda turut diberikan taklimat oleh Doktor Pakar Kardiotorasik Datuk Dr Mohamed Izani Md Taib.

Terdahulu, NSTP melaporkan Kementerian Kesihatan dan Institut Jantung Negara (IJN) masih dalam proses untuk menyediakan laporan perubatan Muhammad Adib.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, laporan itu penting bagi mengenal pasti tahap dan punca kecederaan dialami mangsa.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 10:44 AM

Monday, February 26, 2018

Ulama penakut peruntuh kerajaan

Shamsul Kamal Amarudin dan Shaarani Ismail
news@nstp.com.my
Awang Abdul Aziz mengingatkan umara supaya tidak silap memilih penasihat atau ulama.
 FOTO Muhaizan Yahya

KESILAPAN umara memilih pendamping atau penasihat dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan mereka menjadi punca keruntuhan banyak kerajaan terdahulu.

Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Pehin Dr Awang Abdul Aziz Juned berkata, kebanyakan takhta kerajaan terbabit berkubur kerana penasihat yang curang dan tidak berani memberikan nasihat yang benar.

“Ia berlaku kerana kesilapan dan kesalahan yang ditambah dengan sikap penasihat yang curang dan orang ilmu yang penakut dan tidak berani menegakkan kebenaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja utama pada Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertajuk 'Kepimpinan dan Kekhalifahan Gagasan Konstruktif Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Aman Jaya, di Ipoh hari ini.

Awang Abdul Aziz berkata, dari sudut kepimpinan dan kekhalifahan, ulama dan umara memang sama-sama memegang peranan dan kedua-duanya tidak wajar mengambil sikap menyendiri antara satu sama lain.

"Kedua-dua pihak adalah selamanya terikat oleh kepentingan bahkan mereka mestilah selamanya duduk bersama.

"Adalah salah jika mereka itu berpecah atau ada pihak yang lain yang memisahkan mereka kerana jika mereka terpisah maka akan berlakulah kepincangan," katanya.

Kata beliau, di tangan ulama dan umara terletak kebaikan mahupun keburukan untuk umat yang dipimpin dengan ulama berperanan membimbing dan menasihati manakala umara melaksanakannya.

"Ulama adalah sebahagian daripada syiar agama Allah dan untuk itu mereka seharusnya mesti terus unggul, hebat dan tidak lembik.

"Pada hari ini, dengan kehendak Allah juga, masih ada ulama yang berhati singa, yang berani berkata kerana benar dan sanggup tampil untuk membetulkan yang bengkok dan mencegah mungkar.

"Walaupun risikonya sangat tinggi, tindakan itu memungkinkan mereka untuk diseksa atau dipenjara, dibuang negeri malah ada juga yang dihukum bunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2018 @ 4:44 PM

Tuesday, March 22, 2016

Peningkatan pekerja asing perlu diberi perhatian

NOOR ‘AINON MOHAMED YUSOF
22 MAC 2016
Sultan Nazrin Shah - Foto Bernama
TAIPING - Penggunaan tenaga kerja asing dengan bilangan yang semakin meningkat adalah perkara yang kini wajib diberi perhatian oleh kerajaan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, data Kementerian Dalam Negeri menunjukkan pas lawatan kerja sosial dikeluarkan kepada warga asing meningkat daripada 2.073 juta orang pada 2014 kepada 2.135 juta orang pada 2015.

Baginda bertitah, lebih daripada 745,000 orang (35%) rakyat asing bekerja dalam sektor pembuatan; 450,000 orang (21%) bekerja dalam sektor pembinaan; 301,000 orang (14%) bekerja dalam sektor perladangan; 197,000 (9%) bekerja dalam sektor pertanian; 293,000 (14%) bekerja dalam sektor perkhidmatan dan 149,000 orang (7%) pula bertugas sebagai pembantu rumah.

“Bilangan pekerja asing tanpa izin (Pati) dikatakan berjumlah sekurang-kurangnya sekali ganda daripada bilangan pekerja asing yang mendapat pas kerja.

“Jika andaian tersebut benar, bermakna pada ketika ini, terdapat lebih empat juta orang warga asing yang sedang bekerja di negara ini.

“Analisis secara objektif wajib dilakukan berhubung implikasi kehadiran tenaga kerja asing dengan jumlah yang begitu besar,” titah baginda sempena perasmian Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, sebentar tadi.

Baginda bertitah, negara perlu bersifat lebih selektif dan mengenakan syarat lebih ketat dalam aspek guna tenaga ketika memberikan kelulusan pelaburan baru dalam sektor pembuatan, termasuk ketika meluluskan pas kerja dalam sektor perkhidmatan.

Ia termasuklah, syarat lebih ketat dikenakan kepada majikan supaya tidak lagi memilih laluan mudah untuk mendapatkan tenaga kerja asing hingga mengakibatkan warga dan negara terpaksa menanggung kos yang tinggi.

Jelas baginda, pada 2015 sahaja, pekerja asing menghantar balik ke negara mereka melalui saluran rasmi, wang sejumlah 34.7 bilion ringgit, menyamai 2.37 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, namun dianggarkan jumlah sebenar adalah lebih tinggi kerana sebahagian daripada penghantaran wang ke negara masing-masing, turut dilakukan melalui saluran yang tidak rasmi.

“Pelaburan, terutama pelaburan asing di negara ini, hendaklah diluluskan berasaskan kepentingan negara, pekerjaan yang ditawarkan hendaklah membuka peluang kerja kepada warga tempatan.

“Tidaklah membawa manfaat kepada negara, apabila kerja yang ditawarkan memerlukan kerajaan memberikan kebenaran untuk lebih ramai tenaga kerja asing dibawa masuk.

“Pendirian terkini Kerajaan Persekutuan membekukan dan tidak akan membenarkan lagi kemasukan tenaga kerja asing, sangat bertepatan dan sesuai pada waktunya,” titah baginda.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-