Showing posts with label Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Mazlan. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Mazlan. Show all posts

Monday, May 4, 2015

BN tidak bertanggungjawab guna perkauman jelas GST - Teresa Kok

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mengecam kenyataan berbaur perkauman Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie bagi menjelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Teresa berkata, pemimpin MCA itu mendakwa bahawa orang Cina tidak menentang GST kerana masyarakat itu mempunyai pendapatan tertinggi di negara ini, dan 90 peratus hasil cukai datang dari mereka.

“Jelas sekali bahawa Heng bermain isu perkauman dalam usaha mewajarkan pelaksanaan GST.

“Ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, tetapi membuktikan kerajaan BN ditekan akibat GST hingga tidak mampu menerangkannya kepada rakyat,” kata Teresa.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dilaporkan dengan nada serupa ketika berceramah kepada orang Melayu di Permatang Pauh kononnya GST baik kerana orang Cina tidak boleh mengelak dari membayar cukai tersebut selepas pelaksanannya.

“Saya ingin bertanya adakah Heng setuju cara perkauman Ahmad Maslan menerangkan GST kepada khalayak Melayu?

“Saya juga mahu tanya adakah Heng berani gunakan pendekatan perkaumannya kepada khalayak Melayu pula?

“Saya tidak setuju apa-apa bentuk perkauman dimainkan dalam isu GST.

“Sepatutnya Heng menjelaskan isu sebenar tentang masyarakat Cina bandar yang terbeban dengan GST sehingga terpaksa keluarkan simpanan KWSP mereka.

“Dia harus tahu GST memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat Cina juga berhak dan punya alasan kukuh membantah GST,”tegas Teresa lagi. – Roketkini.com

Thursday, April 30, 2015

'Flip-flop' tambah nilai prabayar: Buat keputusan muktamat segera

oleh Sonia Ramachandran

PANTAUAN GST: Dasar ‘flip-flop’ berhubung harga tambah nilai pra-bayar berterusan dan kali ini, ia nampaknya kembali kepada status quo sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tunggu dulu, tak jadi.

Jabatan Kastam dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) nampaknya seperti tidak pernah bersapa, justeru mengeluarkan kenyataan berbeza pada hari yang sama.

Pada 29 April, The Star memetik Ketua Pengarah Kastam Khazali Ahmad sebagai berkata, syarikat telekomunikasi telah dimaklumkan agar mengembalikan harga tambah nilai sebelum pelaksanaan GST.

“Ini bermakna tambah nilai RM10 akan berharga RM10, bukannya RM10.60 termasuk GST,” katanya seperti dipetik.

Pada hari yang sama, timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan menerusi laman twitter berkata, satu surat bertarikh 28 April telah diberikan kepada syarikat telekomunikasi, mengarahkan mereka mengembalikan harga tambah nilai sebelum GST bermula 1 Mei ini.

Namun petangnya, SKMM mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan terus dijual dengan harga termasuk GST.
“Misalnya, tambah nilai RM10 akan berharga RM10.60 dengan tambahan 6 peratu GST.

“Seperti yang kami nyatakan pada 3 April, satu kajian akan dibuat oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk menilai sama ada pelanggan memilih nilai pra-bayar yang lebih rendah dan dicaj GST. Misalnya, tambah nilai RM10 boleh berharga RM10.60 (tambahan 6 peratus GST) atau RM10 (dengan nilai RM9.43 selepas ditolak GST),” kata pengerusi SKMM Dr Halim Shafie.

Pada 30 April, Khazali seperti berubah fikiran apabila The Star memetiknya mengulas pendirian SKMM dan berkata, arahan agar harga tambah nilai kembali seperti sebelum GST ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak pasti.

Dalam kenyataan SKMM, Halim berkata bahawa kajian sudah hampir selesai dan keputusannya akan dibentangkan kepada pihak berkenaan minggu depan.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia setuju dengan pelaksanaan kajian ini sebelum apa-apa keputusan dibuat.

“(Namun) Terdapat kekeliruan di pasaran dalam soal sama ada tambah nilai prabayar akan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei ini. Harus difahami, perkara itu adalah agak mustahil bagi pembekal-pembekal tersebut untuk melaksanakan perubahan yang dikehendaki dalam dua hari.

“Kedua, keputusan kajian tersebut masih belum dicapai dan terlalu awal untuk memutuskan apa-apa pada masa ini,” katanya lagi.

Tetapi mengapa Halim berkata mustahil bagi pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari, sedangkan Ahmad Maslan pada 3 April lalu berkata pembekal akan kembali menjual tambah nilai dengan harga lama dalam masa sebulan.

Menurut SKMM, kesukaran untuk kembali kepada harga pra-GST berikutan kerumitan dalam pengubahsuaian semula sistem oleh pembekal perkhidmatan, agen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal bayaran elekronik, pasar raya, stesen minyak dan agen jualan lain yang berjumlah 3,000.

Kesemuanya perlu menanggung kos yang agak besar bagi pengubahsuaian itu, katanya lagi.

“Kos ini perlu ditimbangkan dengan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Memandangkan semua pihak berkaitan setuju untuk menuggu kajian selesai, SKMM menyeru aga apa-apa keputusan tentang perkara ini dibuat hanya selepas keputusan kajian dipertimbangkan, serta impikasi teknikal dan kewangan,” kata Halim.
Halim risau tentang kos yang ditanggung syarikat telekomunikasi?

Kalau begitu, mengapa susah-susah jalankan kajian, jika kos untuk kembali ke sistem lama adalah besar?

Bagaimana pula dengan kesannya kepada pengguna?

Syarikat telekomunikasi telah menyerap 6 peratus cukai perkhidmatan sejak 1998.

GST juga enam peratus. Maka mengapa mereka tidak terus menanggungnya?

Halim tidak perlu bimbangkan mereka, tetapi rakyat – yang tidak mengaut untung besar malah perlu berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.

Pihak-pihak bertanggungjawab ini perlu berhenti mengeluarkan kenyataan bertentangan. Sudah banyak kenyataan begitu dalam masa sebulan ini.

Pertama berhubung arahan daripada Jabatan Kastam kononnya syarikat telekomunikasi dilarang untuk menaikkan harga tambah nilai sebanyak 6 peratus selepas pelaksanaan GST.

Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga berkata kad pra-bayar dan tambah nilai akan kekal dan menyediakan khidmat ‘hotline’ untuk pengguna membuat aduan.

Sehari selepas GST, Ahmad Maslan dilaporkan berkata syarikat telekomunikasi perlu membayar balik kepada pengguna yang dikenakan caj GST ketika membeli tambah nilai.

Beliau juga memberi amaran yang syarikat telekomunikai boleh dibawa ke mahkamah jika berkeras untuk mengenakan caj GST kepada tambah nilai.

Tidak lama kemudian, laporan menyatakan bahawa syarikat telekomunikasi dibenarkan untuk mengenakan caj GST namun memberikan masa berbual tambahan.

Kepentingan dan hak pengguna perlulah menjadi keutamaan. Mereka tidak boleh menanggung akibat daripada sikap ‘flip-flop’ kerajaan.

Keputusan awal Jabatan Kastam memihak kepada pengguna, dan keputusan itulah yang patut diteruskan. Bukankah mereka yang bertanggungjawab mengutip cukai, bukannya SKMM.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/-Flip-flop-tambah-nilai-prabayar-Buat-keputusan-muktamad-segera#sthash.TUxLjiag.dpuf

Saturday, April 18, 2015

Kami sahut saranan Ahmad Maslan!

Cukup rencah: Walaupun hanya mi segera, dua pelajar ini menyediakan rencah yang cukup bagi mengenakkan masakan mereka. - Foto Facebook


KUALA LUMPUR, 16 April:

“Kami sahut saranan menteri.” Itulah kenyataan yang popular dilaman sosial ketika ini.

Saranan yang dimaksudkan adalah cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan kepada pelajar universiti supaya memasak sendiri bagi menjimatkan wang daripada makan di luar.

Kenyataan itu dibuat bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

Ahmad yang menyarakan ‘idea’ itu pada Sabtu lalu dalam sebuah forum berkaitan cukai berkenaan di Universiti Teknologi Mara bagaimanapun mengundang kritikan masyarakat terutamanya pelajar Universiti.

Pelbagai gambar dikongsi di laman Facebook sebagai satu usaha untuk menyindir saranan yang dibuat menteri itu.

Antaranya beberapa keping gambar pelajar yang sedang memasak berlatar belakangkan katil asrama di kolej masing-masing.

Sindiran itu dibuat kebanyakkan pelajar universiti yang menyifatkan saranan Ahmad adalah mustahil untuk dilaksana disebabkan peraturan kolej kediaman yang tidak membenarkan pelajar memasak didalam asrama
.
Sinis: Poster larangan merokok di dalam kolej ditukar sebagai ‘zon larangan memasak’. – Foto: Facebook

Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/04/16/kami-sahut-saranan-ahmad-maslan/#ixzz3XdoHPW1j

Saturday, April 4, 2015

GST: Harga barangan turun, Najib dan Ahmad Maslan mungkir janji

PETALING JAYA, 4 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan harus dipecat kerana mungkir janji apabila mengatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan penurunan harga barang.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, janji itu dibuat kedua-dua mereka tahun lalu dengan hujah bahawa 48 peratus dan 56 peratus harga barangan akan menyaksikan penurunan.

Namun, tidak sampai seminggu pelaksanaan GST, rakyat menanggung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di seluruh negara.

“Tidak sampai seminggu GST dilaksanakan, rakyat hadapi kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan.

“Malah, sebahagian kenaikan melebihi enam peratus, kerana kos sebenar perniagaan meningkat ekoran pentadbiran cukai itu sendiri,” jelas Tony.

Tambahnya, jaminan Najib dan Ahmad Maslan bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak sampai enam peratus, tidak boleh dipercayai.

“Bagaimana Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi negara mengemukakan statistik tak masuk akal?

“Hari ini, realitinya hanya 10 peratus daripada jumlah barangan dan perkhidmatan mencatat penurunan harga, manakala sebahagian besar telah meningkat.

“Bagaimana kerajaan menjalankan kajiannya dan membuat kesimpulan seperti dinyatakan Kementerian Kewangan di parlimen?

“Selain huru-hara yang melanda pasaran disebabkan GST, cukuplah memungkiri janji-janji kononnya harga (barangan dan perkhidmatan) akan turun,” ujar Tony. – Roketkini.com

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-