Showing posts with label KWSP. Show all posts
Showing posts with label KWSP. Show all posts

Thursday, January 25, 2024

CUEPACS tolak cadangan hapus pencen penjawat awam, sebaliknya mansuh pencen ahli politik – Adnan

utusantv.com
Oleh Mohd Ridzwan Md. Iman
-January 25, 2024
SKIM KWSP kurang sesuai untuk simpanan saraan penjawat awam kerana mereka dibayar gaji rendah. - Gambar hiasan

KERAJAAN tidak sepatutnya memansuhkan skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Pendirian itu disuarakan CUEPACS, memandangkan penjawat awam ketika ini, kebanyakannya lebih memilih skim berpencen kerana ia dianggap sebagai lebih baik dan menjamin kesejahteraan selepas persaraan kelak.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, dengan skim gaji yang masih rendah dalam perkhidmatan awam ketika ini, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak membantu penjawat awam, mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan kelak.

“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana kerana ia adalah keistimewaan yang terbaik kepada mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada ahli politik, jika kekangan kewangan yang menghalang kerajaan untuk meneruskan skim pencen perkhidmatan awam selepas ini.

Ketika ini katanya, ahli politik yang dipilih menjadi wakil rakyat membabitkan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk yang dilantik ke jawatan eksekutif seperti EXCO negeri, menteri serta timbalan menteri juga layak untuk menerima pencen.

“Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan ini terlebih dahulu, langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun saja. Kumpulan ini bukan saja menerima elaun serta peruntukan tinggi semasa berkhidmat malah memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.

“Keutamaan kepada kerajaan ketika ini adalah mengkaji bagi kes-kes yang berkhidmat waktu singkat tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarkan kepada penjawat awam saja,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sewajarnya mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan sebelum terus menetapkan skim caruman KWSP secara mandatori kepada lantikan baharu kelak.

“Pandangan CUEPACS jelas, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan sesuatu perkara perlulah berlandaskan prinsip tidak dikurangkan faedah semasa yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini.

“Kerajaan harus memastikan gaji diterima hari ini mampu memberi kesejahteraan hidup untuk penjawat awam dan dalam masa yang sama, gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

“Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen ini, ia hendaklah terpakai kepada lantikan politik yang layak menerima pencen ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, CUEPACS menyambut baik pencerahan diberi Jabatan Perkhidmatan Awam bahawa pengambilan secara lantikan kontrak sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan adalah langkah sementara bagi pengambilan baharu dalam perkhidmatan awam bermula 1 Februari 2024.

“Perjawatan tetap masih wujud tetapi dalam tempoh interim ini hanya dilantik sebagai kontrak sebelum dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan dimuktamadkan kelak.

“Situasi semasa ini tidak membabitkan lantikan tetap sebelum ini dan tidak seperti kefahaman orang ramai bahawa lantikan baharu kelak hanya diberikan status kontrak saja,” katanya.

Friday, September 22, 2023

Mansuh pencen ahli politik: Ada MP anggap pakar ekonomi hipokrit

malaysiakini.com
Isabelle Leong & Yasmin Ramlan
Diterbitkan: Sep 22, 2023 9:30 AM
Cadangan memansuhkan pencen untuk semua menteri dan ahli parlimen tidak disambut baik oleh sesetengah ahli parlimen dengan menganggap langkah tersebut tidak adil.

Malaysiakini cuba mendapatkan maklum balas dari 26 daripada 222 ahli parlimen dari blok pembangkang dan kerajaan, namun hanya dua daripada mereka - Teresa Kok (Seputeh) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) rela untuk mendedahkan identiti masing-masing.

Kok yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut berpendapat ahli parlimen juga berkhidmat sama seperti penjawat awam yang lain dan wajar mendapat pencen seperti mereka.

Dia memberi contoh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen sejak 1969 - sebelum bersara pada 2022 - walaupun bukan secara berterusan.

Selain Lim, satu lagi contoh diberikan Kok ialah veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang memulakan khidmatnya sebagai wakil rakyat di Kelantan pada 1969.

“Kami (ahli parlimen) juga penjawat awam. Saya telah berkhidmat sebagai MP selama 23 tahun, sepenuh masa.

"Jika dibandingkan dengan kebanyakan penjawat awam, kami juga bekerja keras seperti mereka dan kebanyakan MP berkhidmat siang dan malam - termasuk pada hujung minggu.

"Ini semua adalah satu khidmat awam.

“Lainlah kalau kamu nak cadangkan supaya hapuskan skim pencen kepada semua (termasuk penjawat awam). Kalau tak kenapa nak sasarkan kepada ahli politik sahaja?” soalnya.
Teresa Kok
Bagaimanapun, bekas menteri itu memberi pengecualian buat ahli parlimen yang mempunyai lebih daripada satu skim pencen selepas menyandang beberapa jawatan.

“Saya tak setuju bagi mereka yang dapat banyak sangat pencen,” katanya.

Pada 20 Sept, bekas penasihat ekonomi perdana menteri, Muhammed Abdul Khalid menyarankan agar semua menteri dan ahli parlimen 'diajar' untuk merasai kesempitan hidup seperti dilalui orang kebanyakan dengan membatalkan pencen mereka.

Selepas pencen dimansuhkan, Muhammed berpendapat mereka wajar dimasukkan ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti orang lain.

Dia menjadikan langkah kerajaan sebelum ini membenarkan pencarum mengeluarkan wang masing-masing dari KWSP sebagai kesilapan terbesar dalam sejarah negara kerana menjerumuskan ramai orang ke kancah kemiskinan.

Anggap Muhammed tak adil

Pakar ekonomi itu berkata, walaupun begitu kesempitan hidup dihadapi rakyat tidak dirasai oleh menteri dan ahli parlimen kerana mereka mendapat banyak kelebihan.

Bahkan Muhammed menyarankan agar menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Abdul Aziz, dihukum kerana membenarkan pengeluaran tersebut.

Sementara itu seorang ahli parlimen yang enggan didedahkan identitinya berkata dia tidak menyokong idea Muhammed memandangkan jawatan ahli parlimen bukanlah pekerjaan tetap dan berterusan.

“Jawatan MP bukan kerja tetap, tanpa jaminan pekerjaan (akan berterusan). Dan pencen bukannya akan dapat selepas seseorang itu tidak lagi menjadi MP, tetapi dia perlu menunggu sehingga berusia 55 tahun.

“Saya rasa dia (Muhammed) seorang yang hipokrit apabila mencadangkan idea sebegitu.

"Tanya dia berapa banyak yang negara dapat jimat dengan menggantikan KWSP dengan skim pencen?” soal ahli parlimen yang kini berkhidmat untuk penggal kedua itu.
Muhammed Abdul Khalid
Menurutnya, beban terbesar ditanggung kerajaan adalah pencen untuk penjawat awam tetapi Muhammed enggan menyentuh manfaat yang dinikmati oleh mereka kerana mendakwa ia hanya akan memakan diri sendiri.

“Habis tu kenapa dia (Muhammed) tak berikan nasihat sedemikian kepada perdana menteri terdahulu (Dr Mahathir Mohamad) ketika dia jadi penasihat ekonomi perdana menteri?” katanya.

Seorang lagi ahli parlimen dari blok kerajaan yang meminta untuk tidak dinamakan berkata perkara yang dihadapi ketika ini adalah jauh lebih kompleks berbanding membangkitkan isu pencen ahli politik.

Ahli parlimen penggal pertama itu juga menekankan tentang kepentingan kajian mengenai selok-belok dan kerumitan jawatan awam yang akan dijalankan.

“Ia bukan satu isu yang boleh ditangani dengan penyelesaian yang sama untuk semua,” katanya kepada Malaysiakini.

Pencen bertingkat-tingkat

Wan Ahmad Fayhsal pula secara peribadi bersetuju dengan cadangan Muhammed dan berpendapat ia wajar dibahaskan di parlimen untuk mendapatkan persetujuan semua pihak.

“Sebabnya, saya tak nafikan Dr Muhammed tu bagus tapi bukan semua ahli parlimen kaya.

"Ramai antara mereka datang daripada golongan guru, jadi mereka tinggalkan banyak pekerjaan asal mereka.

“Saya bukan kata tak setuju, saya secara peribadi setuju, tapi saya tak pasti macam mana rakan-rakan yang lain.

"Ia (keputusan ni) perlukan (persetujuan) kolektif - persetujuan daripada ahli parlimen lain. Kalau perlu, bawak untuk dibincang dan dibahaskan,” kata ketua Pemuda Bersatu itu lagi.

Cadangan Muhammed bagaimanapun disambut baik oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang memberitahu jumlah pencen yang diperolehi ahli politik jauh lebih banyak daripada penjawat awam yang telah berkhidmat berpuluh-puluh tahun.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
“Saya setuju 100 peratus dengan cadangan tiada pencen untuk ahli politik... termasuk (ke atas) saya.

“Sekarang ini pencen ahli politik lagi berganda (lebih besar) daripada penjawat awam yang berkhidmat puluhan tahun. Ahli politik masuk pejabat, terus dapat pencen seumur hidup.

“Pencen yang (dapat) bertingkat-tingkat pula. Menteri, MP, Adun... macam-macam jawatan. Wajar cadangan letak (ahli politik) di bawah KWSP sama seperti rakyat biasa,” tulisnya di media sosial.

Wednesday, September 20, 2023

Mansuhkan pencen MP untuk mereka bersama rakyat - Muhammed

malaysiakini.com
Geraldine Tong
Diterbitkan: Sep 20, 2023 
Bekas penasihat ekonomi perdana menteri, Muhammed Abdul Khalid, berpendapat semua menteri dah ahli parlimen patut 'diajar' untuk merasai kesempitan hidup seperti dilalui orang orang kebanyakan dengan membatalkan pencen mereka.

Untuk itu dia mencadangkan menteri dan ahli parlimen dimasukkan ke skim carumah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti orang lain.

Kata Muhammed juga kerajaan melakukan "kesilapan terbesar sejak negara ini merdeka" apabila membenarkan wang carumah dalam KWSP dikeluarkan beberapa tahun lalu.

Langkah itu, katanya, menyebabkan ramai orang mengalami kesukaran hidup.

“Pengeluaran KWSP adalah kesilapan terbesar negara ini sejak merdeka.

“Bekas menteri kewangan yang kini menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, patut dihukum atas keputusan bodoh (membenarkan pengeluaran KWSP) ini yang menyebabkan ramai orang menjadi miskin.

“Satu resolusi yang anda patut letak dalam memorandum anda ialah: tiada lagi pencen untuk ahli parlimen atau menteri. (Sekarang) mereka berkhidmat empat hingga lima tahun dan mereka mendapat pencen seumur hidup.

"Setiap seorang daripada mereka sepatutnya berada (dalam skim) KWSP supaya mereka dapat merasai kesempitan yang kita alami," katanya.

Muhammed yang juga bekas ketua sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan yang ditubuhkan selepas PRU 2018 berkata demikian pada forum bertemakan ekonomi di majlis sambutan Ulang Tahun Ke-100 Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut menjadi pembicara ialah bekas Penolong Setiausaha Agung PBB Bagi Pembangunan Ekonomi, Jomo K Sundram dan pakar ekonomi serta tokoh akademik, Edmund Terence Gomez.

Usah hukum ‘Mak Cik Kiah’

Muhammed berkata, pengeluaran KWSP semasa wabak Covid-19 melanda hanya memburukkan lagi jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin di negara ini.

Bekas pengarah Institut Penyelidikan Khazanah yang kini menjadi felo penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, kebanyakan pencarum yang mengeluarkan KWSP semasa pandemik adalah mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan B40.

Pengeluaran tersebut, tambah Muhammed, menyebabkan simpanan mereka merosot sebanyak 70 peratus.

"Kini satu daripada dua rakyat Malaysia yang bakal bersara hanya mempunyai kira-kira RM10,000 dalam dana persaraan, bermakna mereka perlu menyara hidup dengan RM200 sebulan," katanya.

Muhammed juga menggesa agar jaringan perlindungan sosial yang lebih baik dan holistik diwujudkan di Malaysia kerana ketika ini hanya 60 peratus pekerja Malaysia merupakan pencarum kepada KWSP berbanding 99 peratus penduduk Singapura yang bekerja dilindungi.

“Jika anda berada dalam sektor tidak formal (di Malaysia), ia tidak wajib (mencarum kepada KWSP)... kerajaan menggalakkannya. Ini adalah salah.

"Setiap pekerja - tidak kira formal atau tidak formal - ‘Mak Cik Kiah’ atau anda, atau pemilik perniagaan, mesti menyumbang (kepada KWSP). Ia adalah perlindungan sosial yang sangat penting,” katanya.
Muhammed juga berpendapat tiada ada faedah jika ahli politik berhujah mengenai pentadbiran mana yang paling berjaya meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana kadar kemiskinan di Malaysia meningkat seiring dengan KDNK.

Katanya jumlah rakyat Malaysia yang terdedah kepada kemiskinan juga sangat tinggi.

“Orang miskin terus meningkat di Malaysia. Tetapi jika anda ingin menjadi negara berpendapatan tinggi… kita harus mengukur kemiskinan berdasarkan (piawaian) pendapatan tinggi.

“Negara berpendapatan tinggi melihat separuh daripada pendapatan median (sebagai garis kemiskinan).

"Sekarang di Malaysia, jika anda berpendapatan bawah RM2,600, anda dikira miskin. Separuh daripada pendapatan median ialah RM3,200. Perbezaan RM600.

“Jika anda menggunakan cutoff itu, peratusan rakyat miskin di Malaysia akan meningkat daripada 6.2 peratus kepada 16 peratus. Daripada dua juta (orang) kepada lima juta... meningkatkan (cutoff) hanya sebanyak RM600.

“Itu menunjukkan betapa rentannya rakyat Malaysia terdedah (kepada kemiskinan). Dalam kata lain, jika kereta anda mengalami kemalangan atau anda perlu menukar tayar, anda habislah (kekurangan belanja),” katanya.
Justeru kata Muhammed satu cara untuk membetulkan keadaan itu ialah dengan merombak sistem cukai "regresif" di Malaysia.

Ketika ini katanya golongan yang kaya cenderung untuk kurang membayar lebih atau bahkan mengelaknya.

Sebagai contoh dia memberikan insentif sifar cukai yang diberikan kerajaan kepada individu yang membeli kenderaan elektrik ketika kenderaan itu leboh menarik minat golongan berpendapatan tinggi.

"Jika anda adalah ‘Mak Cik Kiah’ dan anda membeli Myvi, anda perlu membayar cukai," katanya.

Sementara itu Muhammed berkata tidak ada masalah jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikembalikan asalkan cukai lain yang "adil" turut dilaksanakan.

“Anda tidak boleh menghukum Mak Cik Kiah,” katanya

Saturday, February 11, 2023

Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal ‘roadtax’: Muhyiddin

satuberita.my
By Admin
-February 11, 2023
MUHYIDDIN Yassin ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, di Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR

KERAJAAN Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sepatutnya menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dan peningkatan harga barangan yang membebankan sekarang ini, bukannya membuat keputusan orang ramai tidak perlu menampal cukai jalan kenderaan di cermin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan rakyat sekarang ini tertekan dengan pelbagai isu kos sara hidup serta inflasi yang melambung tinggi, selepas menghadapi pandemik Covid-19.

“Menyelesaikan masalah-masalah kehidupan rakyat yang saat ini masih lagi terkesan dalam satu jangka waktu yang agak panjang, malahan rakyat pada hari ini masih lagi terbeban dengan pelbagai isu-isu… kos sara hidup yang meningkat dan melambung tinggi, inflasi, harga barang yang tak turun-turun.

“Minyak yang kata dah diumum untuk turun harga, sampai hari ini tak turun-turun. Ini fakta yang kita hadapi pada hari ini. Ada perkara-perkara yang sewajarnya kerajaan boleh terus cepat dan ianya tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

“(Tapi) untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang sudah dibentuk ini berupaya dan mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat… kita tak payah tampal roadtax pada cermin kenderaan. Orang fikir dah tak payah bayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, rakyat mengharapkan apabila sesebuah kerajaan terbentuk maka fokus paling utama ialah menyelesaikan masalah kehidupan mereka.

Katanya, ada perkara-perkara yang sewajarnya kerajaan boleh terus lakukan dengan cepat untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak akan melibatkan tambahan perbelanjaan kerejaan.

Beliau memberi contoh pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana dilakukan kerajaan PN sebelum ini, yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan kerana wang itu adalah simpanan pekerja.

“Saya percaya pada waktu itu pengeluran KWSP telah mengurangkan bebanan rakyat. Dan tidak menyebabkan kos kepada kerajaan.

“(Ada yang kata) dah tua mana duit nak dapat? Betul… Tetapi itu soalan kedua. Kalau hari ni kerajaan tak buat begini dan rakyat masih menderita,” katanya, memetik laporan Agenda Daily.

Menurutnya, pemberian moratorium juga perlu dilakukan bagi membantu orang ramai, khusus perusahaan mikro kecil dan sederhana (SME) yang kini berdepan masalah sedangkan kumpulan industri itu adalah penyumbang besar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Di waktu kita dulu kita putuskan minta supaya dengan kerjasama semua bank… kita menerusi keputusan telah dibuat oleh kerajaan dan Bank Negara maka semua bank luluskan untuk beri moratorium. Dalam erti kata kalau dia kena bayar, ditangguhkan bayaran, bukan tak bayar. Bank tak rugi.

“Tangguhkan kepada enam bulan. Semua penyata kewangan bank untung berbilion-bilion ringgit. Tak rugi,” katanya.

Tuesday, February 15, 2022

Isu pengeluaran i-Citra KWSP: Pemimpin UMNO main wayang – Pemuda Pas

satuberita.my
By Admin
-February 15, 2022

(gambar hiasan)

SEGELINTIR pemimpin UMNO dilihat cuba bermain wayang apabila seringkali berkeras mengatakan keputusan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali kedua adalah keputusan terdesak Perdana Menteri.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tiada hasrat untuk menbenarkan pengeluaran i-Citra KWSP kali kedua.

“Bagaimana ada sebahagian pemimpin UMNO berkeras menyebut ia keputusan ‘tanpa rela’ Perdana Menteri,” katanya menerusi hantaran menerusi Facebook miliknya hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan Perdana Menteri pada 26 Disember tahun lalu berkenaan isu berkenaan.

Dalam kenyataan itu, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

“Akuilah hakikatnya Perdana Menteri dari UMNO sendiri sebenarnya tidak bersedia laksanakan keputusan ini. Kenapa masih bermain wayang,” soal Ahmad Fadhli lagi.

Tegasnya lagi, beri ruang selesa kepada Perdana Menteri untuk buat pertimbangan berasaskan kemampuan kerajaan.

“Janganlah perlekehkan Perdana Menteri dari parti sendiri seolah-olah jadi ‘puppet’ semata-mata,” ujarnya.

Thursday, January 6, 2022

Kemiskinan lepas pencen tak boleh dipandang remeh - SPCAAM


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jan 6, 2022 1:48 PM

Kerajaan tidak boleh membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara berterusan atas nama rangsangan ekonomi.

Setiausaha Agung Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), A Karuna, berkata KWSP penting untuk persaraan yang kondusif.

"Kemerosotan simpanan dalam KWSP bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk bersara dengan kondusif, semata-mata kerana persaraan mereka akan menyebabkan mereka terdedah kepada kemiskinan, iaitu kemiskinan selepas bersara, tidak boleh dipandang remeh.

"Kerajaan Malaysia tidak boleh menganggap KWSP sebagai hab wang tunai dan membenarkan pengeluaran secara berterusan atas nama rangsangan ekonomi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara "one off" (sekali).

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa tuntutan itu merupakan garis panduan kepada naib presidennya Ismail Sabri Yaakob yang menjadi perdana menteri pada Ogos lalu.

Ini jelas Asyraf sudah tertakluk dalam ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Ogos.

Menurutnya, ketetapan mengenai pengeluaran KWSP itu wajar dilaksanakan Ismail Sabri selagi mana MKT tidak menarik balik ketetapan itu.

Dalam pada itu, Karuna berkata kerajaan mesti menyedari bahawa untuk membasmi Kemiskinan dan mencapai masa depan yang lebih mampan, ia mesti memastikan bahawa perlindungan sosial menjadi keutamaan sosial, ekonomi dan politik.

"Ini adalah faktor yang berkait rapat dengan maruah manusia, keadilan sosial dan pembangunan mampan. Menghormati hak buruh, menggalakkan gaji yang adil (gaji

hidup) dan keadaan kerja, serta strategi perlindungan sosial yang berkesan tidak boleh dikompromi lagi.

"Di samping itu, terlalu kerap, kerajaan membentangkan rancangan bercita-cita tinggi yang gagal mencapai matlamat yang disasarkan disebabkan oleh pelaksanaan dan pemantauan yang lemah," katanya lagi.

Tuesday, October 23, 2018

“Buat Manifesto Dalam Jangkaan Akan Kalah, Akhirnya Tak Tahu Buat Kerja”, Amran Kesal Promosikan Manifesto PH

SUARA TV

Suara Tanpa Sempadan
Nur Effy
October 23, 2018 
Oleh: Shuhaniza Said

KUALA LUMPUR – Pelbagai ‘kerosakan’ berlaku pada hari ini sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pentadbiran negara lima bulan lalu, gara-gara sikap ghairah pakatan itu menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, demikian kata bekas ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad Nor.

Beliau yang pernah terlibat dalam proses merangka dan mempromosikan manifesto PH berkata, janji yang ditabur bertujuan memperdaya rakyat akhirnya ‘memakan diri’ apabila pakatan itu gagal untuk melaksanakannya selepas bergelar kerajaan.

“Saya rasa bersalah kerana saya mempromosikan manifesto itu, meyakinkan rakyat seolah-olah Pakatan Harapan mampu buat kerja tapi sebenarnya tidak…kerana mereka lahir atas aktiviti fitnah dan propaganda jahat sehingga lawan mereka kalah dan mereka menang. Menang dengan jangkaan tak menang, akhirnya tak tahu buat kerja,” katanya dalam satu program anjuran Nothing To Hide Media bertajuk DAP Pecat Saya Sebab Saya Melayu, malam tadi.

Amran berkata, manifesto berkenaan dibuat oleh bekas partinya, DAP, dengan jangkaan PH akan kalah.

Tambah Amran, beliau tidak menyangka bahawa apa yang berlaku pada hari ini begitu teruk sehingga menyaksikan rakyat makin tertekan gara-gara kerajaan baru ‘tidak pandai buat kerja’.

“Saya terlibat secara langsung dalam mempromosi manifesto, dan saya tahu manifesto itu dibuat oleh DAP dengan jangkaan (PH) kalah. Jadi saya terlibat buat manifesto tersebut, mempromosi manifesto tersebut sehingga ramai yang terpedaya.

“Apa yg berlaku hari ini lebih teruk dari jangkaan saya. Bukan saja janji tak ditunaikan, malah harga sawit turun, bantuan BR1M dihentikan, bursa jatuh teruk sehingga EPF dan KWSP kerugian RM6 billion, ringgit menyusut teruk, ekonomi tak ada hala tuju jelas untuk Malaysia bergerak ssebagai negara maju. Gaji minimunm pun tak dinaikkan. Rakyat makin tak senang… tiada GST tapi harga barang tetap naik,” katanya.

Amran pada Ogos lalu pernah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia menerusi satu klip video kerana ‘rasa bersalah’ mempromosikan manifesto PH.

Sebelum ini, beliau pernah membuat kejutan apabila tampil membuat pendedahan mengenai taktik kotor parti itu yang menjalankan propaganda jahat dan menyebarkan fitnah terancang menyasarkan pemimpin-pemimpin dari parti lawan termasuklah Datuk Seri Najib dan keluarganya, serta pemimpin kerajaan.

Amran dipecat daripada DAP pada 18 Oktober lalu dan beliau berpendirian untuk tidak membuat rayuan kepada parti itu.

 -SuaraTv

Friday, September 14, 2018

Tun M: Janji Dalam Manifesto Timbulkan Masalah, Kalau Laksana Akan Rugi

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan
Shuhaniza Said


PETALING JAYA – Sebahagian daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan dikaji semula, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujar beliau, ini kerana kebanyakan daripada janji tersebut menimbulkan masalah dan sekiranya dilaksanakan, kerajaan akan menanggung kerugian yang amat besar.

“Kita juga beri perhatian tentang masalah yang dihadapi kerajaan sekarang atas apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang lepas.

“Kita dapati ada banyak masalah dan kita berpendapat bahawa sebahagian daripada janji kita dalam manifesto timbulkan banyak masalah.

“Kalau kita laksana, mungkin kita alami kerugian yang amat besar. Sebab itu kita perlu kajian.. kita (akan) beritahu kepada kerajaan PH untuk mengkaji semula janji-janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah, tapi sekarang ni kita menang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor di sini, petang tadi.

Sebelum PRU14, PH yang dianggotai PKR, DAP, PPBM dan Amanah melancarkan manifesto yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran, sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Antaranya termasuklah menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat; menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar; menyamaratakan gaji minimum seluruh negara; penangguhan pembayaran semula PTPTN dan memperkenalkan KWSP untuk suri rumah.

Selain itu, manifesto yang bertemakan “membina negara memenuhi harapan” itu turut menggariskan 60 janji untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun dan 5 iltizam.

Bagaimanapun, melepasi 100 hari pertama pentadbiran PH, hanya satu janji yang sudah ditunaikan iaitu penghapusan cukai GST. Kerajaan PH bermula 1 September melaksanakan cukai baru, cukai SST yang berkadar 16% bagi menggantikan cukai GST. 

-SuaraTv

Friday, July 20, 2018

Sudah tunai dua janji

Mohd Anwar Patho Rohman
am@hmetro.com.my

DR Mahathir menjawab soalan ketika Persidangan Dewan Rakyat Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen.
Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dalam tempoh 70 hari Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, dua daripada 10 janji PH mula dilaksanakan, enam janji sedang ditunaikan dan dua janji belum dilaksanakan.

Perdana Menteri berkata, bagi memastikan janji berkenaan dilaksanakan secara teratur dan mengikut undang-undang, kajian dan perancangan teliti harus dilakukan yang sekali gus mengambil masa untuk ditunaikan.

“Bagaimanapun, semua janji itu sudah dikaji mekanisme pelaksanaannya dan dalam penelitian jabatan serta agensi terbabit.

“Umpamanya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM50 kepada suri rumah sedang dikaji Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Pada masa sama janji yang boleh dilaksanakan secara terus tanpa membabitkan kos seperti menghapuskan senarai hitam keluar negara untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) memang sudah dilaksanakan,” katanya menjawab soalan Fong Kui Lun (PH-DAP Bukit Bintang) pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Semalam adalah hari pertama bagi Dr Mahathir menjawab soalan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat selepas kali kedua menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir turut berkata, kerajaan termasuk menteri dan Kabinet akan memantau setiap janji yang sedang dan akan direalisasikan kerajaan.

Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-UMNO Rembau) berapakah lagi manifesto yang akan jatuh dalam kategori ‘panduan’ dan bukan janji, Perdana Menteri berkata, PH tidak menganggap manifesto sebagai satu janji yang mengikat mereka.

“Saya tidak sedar Yang Berhormat menganggap manifesto sebagai buku suci. Kami menganggap manifesto tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak.

“Apabila kita cuba laksanakan dan kita dapati banyak rintangan, umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan dulu menjadi halangan, pegawai yang dulu bersih daripada jenayah sekarang tidak dapat melaksanakan tugas lalu mereka perlu ditukar.

“Apabila ada pegawai mengganti, mereka tidak ada pengalaman secukupnya. Ini semua menjadi halangan terhadap pelaksanaan janji kami.

“Kalau kami berdosa, kami tanggung. Kita sama-samalah. Tapi kami tidak anggap manifesto sebagai Quran atau bible. Maka apabila ada rintangan, kita perlu cari jalan lain mengatasinya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 10:33 AM

Wednesday, July 18, 2018

Parlimen: 'Nafkah isteri tanggungjawab suami, bukan kerajaan'

Luqman Arif Abdul Karim
cnews@nstp.com.my


SUAMI digalakkan memberi caruman perlindungan sosial kepada isteri secara sukarela sebagai persediaan menempuh hari persaraan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendekatan itu adalah fasa pertama sebelum skim caruman isi rumah membabitkan pindaan peruntukan perundangan berkaitan dilaksana.

Katanya, fasa kedua dan ketiga sebelum pelaksanaan skim itu berkuat kuasa sepenuhnya serta diwajibkan dijangka mengambil masa lebih lama.

“Fasa kedua merangkumi perluasan kawasan liputan menerusi perlindungan sosial kepada isteri akan dibuat, iaitu dengan meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1999 (Akta 4).

“Fasa ketiga yang bakal menyaksikan caruman isi rumah ini diwajibkan akan direalisasi apabila pindaan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991, Akta 452 selesai,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) meminta perincian kerajaan berhubung pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita yang sebelum ini digariskan sebagai sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH).

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, siri perbincangan dengan agensi berkaitan, termasuk KWSP, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini giat dijalankan.

“Perbincangan rentas agensi dan kementerian perlu dilaksanakan kerana pelaksanaan skim ini membabitkan bidang kuasa berbeza,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohd Khairuddin mengenai keperluan kerajaan memperuntukkan elaun khas bulanan kepada golongan isteri, beliau berkata, cadangan itu perlu pertimbangan menyeluruh bersandarkan kedudukan semasa kewangan negara.

Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, keperluan memberikan nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami.

“Itu tanggungjawab suami, kenapa kerajaan nak bagi nafkah tambahan pula,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 1:01 PM

Thursday, May 31, 2018

Tangguh dulu... - Guan Eng

Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my
GUAN Eng pada sidang media hari ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor

KERAJAAN memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif Janji 100 harinya sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.

Antara inisiatif yang akan ditangguhkan pelaksanaannya itu ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc, skim caruman KWSP untuk suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, semua inisiatif ini hanya akan dilaksanakan kerajaan pusat apabila keadaan kewangan bertambah baik.

"Walaupun kerajaan ingin melaksanakan semua janji 100 harinya, namun kerajaan juga mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.

"Kerajaan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan.

"Jika keadaan kewangan negara bertambah baik dalam tempoh 100 hari, kita akan laksanakan, tetapi jika tidak kita akan tunggu sehingga ia baik," katanya pada sidang media di bangunan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Mengenai harga runcit petrol, Guan Eng berkata harga petrol RON95 dan diesel dikekalkan pada harga semasa iaitu masing-masing RM2.20 dan RM2.18 seliter, manakala harga petrol RON97 pula akan ditetap berdasar harga pasaran dan disemak secara mingguan setiap Khamis bermula 7 Jun ini.

"Bagi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST), Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebaik selesai Perbahasan Titah Diraja di dalam sidang Parlimen akan datang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 4:40 PM

Monday, April 16, 2018

Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi Supermax

BERITA
Diterbitkan 16 Apr 2018, 8:25 pagi 
Dikemaskini 16 Apr 2018, 8:26 pagi

Tan Sri Rafidah Aziz meletakkan jawatan sebagai pengerusi Supermax Corporation Berhad selepas pengarah urusan syarikat itu Datuk Seri Stanley Thai memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyokong pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) 2013.

Thai berdepan hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan bersalah kerana berkongsi maklumat bukan awam berkaitan saham sebuah syarikat dan kini sedang dalam proses membuat rayuan.

"Susulan permohonan maaf oleh Stanley Thai kepada perdana menteri atas apa jua yang dia lakukan pada PRU13, saya meletakkan jawatan sebagai pengarah pengarah dan pengerusi Supermax Corporation, berkuatkuasa 14 April.

"Meskipun dia berhak buat apa saja yang dia rasa perlu, saya tidak berkongsi sentimen sama," katanya kepada Malaysiakini.

Rafidah berkata, tindakan menyokong mana-mana parti politik adalah hak demokratik.

"Saya pegang teguh nilai dan prinsip integriti, kejujuran dan menjalankan hak saya untuk menyokong mana-mana parti politik dan bersuara berkenaan apa-apa isu kepentingan awam dan tidak gentar dengan ugutan daripada sesiapa sekiranya saya bercakap benar," katanya.
Sabtu lalu, Thai membuat sidang media untuk memohon maaf secara rasmi kepada Najib.

"Saya menyesal pada PRU13, saya percaya saya dipengaruhi pembangkang. Sebagai ahli perniagaan saya tidak seharusnya terlibat dalam politik dalam apa jua keadaan, dan saya menyesal," katanya.

Selepas keputusan PRU13, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual kepentingannya dalam Supermax.

Dalam wawancara bersama Bloomberg pada 2014, Thai berkata dia menyokong pembangkang "untuk melindungi masa depan anak-anak saya".

Katanya, orang Cina sudah tidak takut melawan BN selepas pakatan itu terjejas teruk pada PRU 2008.

Rafidah, bekas menteri, sebelum ini mengecam Najib secara terbuka berhubung skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi pengerusi BN itu.

Najib mendakwa wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya merupakan "derma" dari penderma Arab dan wang itu telah dipulangkan.

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk kepentingan sendiri.

Peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini membersihkan nama Najib dari salah laku.

Thursday, March 1, 2018

KWSP sangkal dakwaan Sarawak Report

Bernama

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyangkal keras dakwaan portal berita dalam talian, Sarawak Report, dalam catatan blog dan Facebooknya semalam.

KWSP dalam satu kenyataan semalam berkata, ia tidak pernah berurusan mahupun memeterai sebarang perjanjian dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings, individu yang dikenali sebagai Mr Matrai atau mana-mana pihak seperti yang dinyatakan oleh Sarawak Report.

"Justeru, tiada sebarang pemindahan bon atau dana seumpamanya kepada mana-mana syarikat, pihak atau individu seperti yang dinyatakan di atas berlaku seperti yang didakwa,” jelas KWSP.

Menurut dana pencen awam itu, satu ‘Surat Ganti Rugi’ palsu bertarikh 20 Ogos, 2015, yang dialamatkan kepada Gyorgy Matrai of Limage Holding S.A. mendakwa satu perjanjian antara KWSP dan Limage Holdings S.A. telah dimaklumkan kepada KWSP pada 26 Oktober, 2015.

"Oleh sebab ini jelas merupakan dokumen yang dipalsukan, KWSP membuat laporan polis pada 28 Oktober, 2015,” jelas KWSP.

Satu ‘Surat Lantikan’ bertajuk “Development and Construction of Integrated Medical City Project For EPF” daripada TripleNiceTales Sdn. Bhd. bertarikh 18 Mei, 2015, dimaklumkan kepada KWSP pada 24 Februari, 2016.

Memandangkan terdapat pihak ketiga yang menyalahgunakan nama KWSP dan kecurigaan membabitkan penipuan, KWSP berkata ia membuat laporan polis pada 26 Februari, 2016, menyatakan yang KWSP tidak tahu menahu mahupun terlibat dalam urus niaga seperti yang dirujukkan dalam ‘Surat Lantikan’ itu.

"Penglibatan Ladylaw Securities Pte Ltd dan Nic Manikis dimaklumkan kepada KWSP pada 20 Januari, 2017, dan laporan polis dibuat pada 23 Januari, 2017, menyatakan KWSP tidak tahu menahu mahupun terlibat dalam mana-mana urus niaga pelaburan dengan Ladylaw Securities ataupun Nik Manikis,” kata dana itu.

KWSP menegaskan sebarang skim seumpama itu tidak akan melepasi rangka kerja tadbir urusnya yang kukuh dan mantap.

"Sebelum mana-mana keputusan pelaburan dibuat, proses tadbir urus kami memerlukan semua cadangan yang tertakluk kepada penilaian risiko ketat dan kajian terperinci oleh pengurusan.

“Semua kelulusan perlu melalui Jawatankuasa Pelaburan pengurusan bagi mendapatkan sokongan sebelum dikemukakan kepada Panel Pelaburan bagi kelulusan akhir,” kata KWSP.

Panel Pelaburan itu dianggotai profesional industri, pegawai kanan pengurusan KWSP, Bank Negara Malaysia dan kerajaan.

- Bernama

Read more at
https://www.malaysiakini.com/news/413876#JvyPJZSu3Op44wqO.99

Friday, October 27, 2017

Khabar gembira untuk penjawat awam


BAJET 2018 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Beliau berkata bayaran itu akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.

Kerajaan juga tidak lupa kepada pesara kerajaan apabila bakal menerima bayaran khas sebanyak RM750 iaitu RM500 pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri, kata Najib, yang juga menteri kewangan, ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat.

Selain bayaran khas, beliau turut mengumumkan beberapa khabar gembira untuk penjawat awam yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan antaranya kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan (time-based) kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.

Beliau berkata penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.

Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan dibenarkan digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada tujuh hari kepada 10 hari setahun.

Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
Untuk memberi fleksibiliti, beliau berkata, kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.

Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.

Beliau berkata penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang lebih awal sejam.

“Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam, syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan,” katanya.

Beliau berkata pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam akan dilakukan dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara dalaman (in-house).
Najib turut mengumumkan kenaikan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.

Turut diumumkan ialah pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan. Najib, dalam pada itu, berkata bagi mereka yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, kerajaan akan meningkatkan sumbangan terhadap caruman kepada 15 peratus tertakluk kepada maksimum RM250 setahun dalam Skim Persaraan Malaysia, di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Sumbangan ini bermula dari 2018 hingga 2022,” katanya.

- Bernama

Thursday, September 14, 2017

Pembangkang sukar terima kejayaan lawatan Najib

By MT Webmaster On Sep 14, 2017
(Bernama) – Kejayaan lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington yang menyaksikan berlangsung pertemuan mesra perdana menteri dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, sukar untuk diterima pembangkang yang terus membuat tohmahan terhadap kerajaan, demikian menurut penganalisis politik.

Menurut mereka walaupun pertemuan itu meninggalkan kesan yang positif untuk negara namun pembangkang dilihat cuba mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat berhubung lawatan perdana menteri itu.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Azmi Hassan berkata strategi seumpama itu sering dilakukan pihak pembangkang khususnya ketika lawatan perdana menteri ke luar negara.

“Mereka menghentam seolah-olah kerajaan menjual negara, ini strategi yang sama mereka lakukan. Contohnya, apabila perdana menteri mengumumkan pelaburan di China, mereka mengatakan negara ini digadai kepada China,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hasil pertemuan dengan Presiden Trump, Najib mengumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat dan membeli lebih banyak pesawat Boeing bagi membantu mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.


Najib berkata KWSP dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion di negara tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli serta Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menggunakan platform sosial media bagi memburukkan perjumpaan Najib dan Trump itu termasuk kononnya kerajaan menggadai kepentingan negara.

Azmi berkata pengumuman perdana menteri berhubung rancangan peningkatan pelaburan oleh KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat sebenarnya mampu memberi hasil lumayan kepada negara serta rakyat melalui pulangan dividen yang tinggi.

“Antara strategi Khazanah dan KWSP adalah melabur di luar negara dan pelaburan di Amerika Syarikat merupakan satu peluang baik kerana tidak semua syarikat asing boleh melabur secara terbuka di negara itu, ” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata kehadiran perdana menteri di Amerika Syarikat telah menepis pelbagai tanggapan negatif sebelum ini khususnya mengenai isu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan 1MDB.

“Dengan menjejakkan kaki di Amerika Syarikat, beliau (Najib) telah menepis tanggapan bahawa beliau tidak berani ke sana,” katanya yang menyifatkan kunjungan Najib memberi kelebihan dari sudut ‘legitimasi moral’ kepada perdana menteri.

Thursday, March 16, 2017

Lawatan Raja Salman lenyapkan fitnah pembangkang - PM

Foto: Fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Al-Saud berjaya menepis segala fitnah dan dakyah pembangkang mengenai negara ini.

Jelas Datuk Seri Najib Razak, segala fitnah seakan-akan lenyap apabila pihak pembangkang menabur pelbagai fitnah termasuk pihak luar terhadap beliau kononnya telah menggunakan nama keluarga diraja Raja Arab Saudi dalam isu dana RM 2.6 bilion ini.

“Kalau ada pihak yang menidakkan kita (kerajaan) kononnya kita negara gagal atau ekonomi tidak stabil dan sebagainya yang menyebabkan maklumat yang salah disampaikan kepada pihak Arab Saudi terutamanya KWSP sudah bankrap, kononnya kita tidak ada duit nak bayar gaji (penjawat awam), macam-macam lagi.

“Bila Raja Salman melawat Malaysia lenyap segala tuduhan palsu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya menjawab pertanyaan balas Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah di Dewan Rakyat hari ini.

Najib sebelum ini telah menjelaskan berkali-kali tentang dana RM2.6 bilion itu malah kenyataan daripada kerajaan Arab Saudi juga telah mengesahkan bahawa dana itu sememangnya derma daripada keluarga diraja itu.

Penjelasan itu bagaimanapun tidak dipedulikan oleh pihak pembangkang dan terus memainkan fitnah tersebut demi kepentingan politik mereka.

“Jelas sekali keberangkatan Raja Salman menjadi detik yang amat bersejarah bahawa baginda berkeyakinan penuh terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia sekaligus meletakkan hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi pada kedudukan terbaik serta tahap yang tertinggi dan didoakan akan berkekalan sampai bila-bila,” jelas Najib lagi.

Lawatan negara oleh Raja Salman selama empat hari baru-baru ini ternyata membawa manfaat kepada Malaysia apabila menerima pelaburan berpotensi bernilai kira-kira RM40 bilion.

Kunjungan itu didorong hubungan erat antara kedua-dua negara selama hampir 60 tahun berlandaskan sikap saling hormat-menghormati dan bekerjasama dalam meningkatkan hubungan dalam semua bidang.

Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai anggaran RM9.74 bilion telah dimeterai antara syarikat Malaysia dan Arab Saudi, meliputi pelbagai bidang seperti pembinaan, industri halal, aeroangkasa dan perkhidmatan haji semasa lawatan itu.

Bahagian perniagaan terbesar pula adalah daripada perjanjian pembelian saham antara Petronas dan syarikat minyak negara Arab Saudi, Saudi Aramco, bernilai RM31 bilion.

- MalaysiaGazette.

Thursday, September 10, 2015

APA YANG DIJUAL, DIGADAI, DILELONG?

by admin in Newsletter, Newsletter, Press Statement

SELESAI MASALAH 1MDB DALAM 6 BULAN:
APA YANG DIJUAL, DIGADAI, DILELONG?

Saya merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam bahawa masalah kewangan 1MDB akan diselesaikan dalam tempoh 5 bulan dari sekarang. Kenyataan beliau itu adalah konsisten dengan pengumuman kononnya proses rasionalisasi kewangan 1MDB akan mengambil masa 6 bulan sejak bulan lepas.

Sejak membawa isu 1MDB bersama-sama dengan YB Tony Pua dan Ahli Parlimen yang lain, saya tidak pernah mempersoalkan mengenai kemungkinan hutang-hutang 1MDB (yang setakat 31 Disember 2014 berjumlah RM42 bilion) itu boleh dibayar. Ada banyak cara bagaimana hutang korporat boleh dibayar dan bukanlah sukar untuk mencari jalan menyelesaikan hutang RM42 bilion itu.

Kebimbangan utama saya dan sebahagian besar rakyat yang lain ialah apakah harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi menyelamatkan 1MDB yang bermasalah itu?

Rekod pentadbiran Barisan Nasional dalam menyelamatkan syarikat-syarikat yang berkait dengan kepentingan elit pemerintah (“ruling elite”) sejak tahun 1980an lagi telah menunjukkan bagaimana mudahnya Barisan Nasional menggunakan dana awam untuk menyelamatkan kepentingan mereka. Dahulunya, dana PETRONAS sering menjadi mangsa setiap kali ada syarikat lain yang bermasalah.

Setakat ini, rakyat telah mengetahui bahawa badan-badan pelaburan awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT, melalui anak syarikat) semuanya telah terdedah kepada risiko kewangan 1MDB apabila mereka ada urusniaga kewangan dengan 1MDB (sama ada dalam bentuk pinjaman yang diberikan, bon yang dipegang dan lain-lain).

Jika sebelum ini pun pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan mudahnya mengheret tabung-tabung awam ini membantu 1MDB, apakah jaminan Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa tabung-tabung ini tidak digunakan secara senyap-senyap untuk menyelamatkan 1MDB?

Saya juga sedia maklum bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang berusaha untuk merundingkan urusniaga kewangan dengan bank-bank dan pihak berkuasa Negara-negara Teluk bagi tujuan membantu 1MDB. Ini mungkin sebahagian kecil dari pelbagai jalan yang diusahakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menyuntik dana ke dalam 1MDB.

Tidak ada negara, bank atau institusi kewangan di dalam dunia ini yang akan memberikan bantuan kewangan secara percuma kepada 1MDB dalam keadaan kewangannya yang tenat seperti sekarang. Sebarang bantuan atau suntikan kewangan sudah tentu akan diberikan dengan syarat-syarat yang begitu ketat dan menguntungkan mereka sebagai timbal balik kepada risiko kewangan besar yang mereka tanggung.

Oleh yang demikian, saya bimbang apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak menyatakan masalah kewangan 1MDB akan diselesaikan dalam tempoh 5 bulan, ini bermakna sudah ada persetujuan-persetujuan mengenai urusniaga kewangan dengan pihak ketiga yang besar kemungkinan akan merugikan rakyat.

Saya menyeru supaya sebelum sebarang urusniaga kewangan yang melibatkan suntikan dana kepada 1MDB dipersetujui, butiran setiap urusniaga kewangan itu (baik yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, badan pelaburan milik rakyat, agensi kerajaan atau pun pihak swasta/pihak ketiga) perlulah dibentangkan secara terperinci di Parlimen dan dibahaskan terlebih dahulu.

Soalan-soalan berikut perlu dijawab secara terperinci oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak bagi setiap urusniaga kewangan itu:

Apa terma terperinci yang melibatkan tanggungan kerajaan dan rakyat?

Berapa jumlah kos keseluruhan yang melibatkan dana awam?

Adakah urusniaga itu melibatkan apa-apa harta atau tanah milik awam?

Adakah pihak yang menyuntik dana akan mendapat apa-apa kontrak atau balasan kewangan lain yang tidak berkaitan dengan 1MDB tetapi ditanggung/dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana agensi milik Kerajaan Malaysia?

Adakah Kerajaan Malaysia memberikan sebarang jaminan untuk menanggung hutang/suntikan dana baru ini?

Siapakah individu-individu terbabit (di depan dan di belakang) yang merundingkan dan akan mendapat keuntungan dari urusniaga itu?

Proses membentangkan secara terperinci sebarang urusniaga kewangan baru melibatkan 1MDB adalah penting untuk mengelakkan berulangnya skandal-skandal yang mana harta-harta kerajaan dan jaminan kerajaan diberikan kepada 1MDB sehingga merugikan rakyat. Kita juga tidak mahu walau satu sen pun lagi dana awam diberikan kepada 1MDB selepas ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Wednesday, September 9, 2015

Apabila politik dianggap peluang - Presiden PAS

 oleh HANNA ROSLI & IZWAN ABDUL HALIM
TANGKAK: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya dengan melaksanakan Islam sahaja akan mampu menyelesaikan segala kemelut yang melanda negara mutakhir ini.

Ujar beliau, terjadinya isu kewangan RM2.6 billion, 1MDB, KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan Mikka Holdings yang merunsingkan rakyat negara ini adalah natijah apabila politik dianggap sebagai satu peluang dan bukannya amanah.

Dalam ucapannya, Tuan Guru membandingkan isu-isu tersebut dengan mengemukakankisah keraguan dan pertikaian penduduk Madinah terhadap Khalifah Umar al-Khattab yang memakai jubah dari kain baharu diperolehinya.

Tegas beliau, PAS telah menunjukkan contoh pemerintahan Islam sebagaimana dilaksanakan di Terengganu dan juga di Kelantan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Kedah.

“Tidak ada seorang pun pemimpin kami yang berlagak. Kita dah memerintah 20 tahun lebih di Kelantan, DAP baru sepenggal di Pulau Pinang. Baru sepenggal memerintah nak lawan hudud, nak tunjuk berlagak. Memerintah Pulau Pinang sekangkang kera nak tunjuk berlagak, nak lawan hudud. Belum lagi Putrajaya, kalau menang Putrajaya, kita tak tahu apa dia nak buat pada Islam?

“PAS ada maruah, ada harga diri. Kita bukan macam Umno tak berani nak lawan MCA dan MIC, kita lawan semua, kita pertahan, kita ada Istiqamah dengan Islam ini, ini beza PAS dengan parti-parti lain, mesti paham, kita sanggup tak menang 50 tahun lebih, kerana menang adalah satu amanah, bukan satu peluang,” katanya pada di Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 11), di sini, 5 September.

Beliau menegur segelintir ahli PAS yang merasa kemenangan menjadi lambat kerana PAS meninggalkan DAP sedangkan sudah hampir dengan Putrajaya.

Tegas Tuan Guru, PAS mahu menang dengan membawa Islam, sedangkan DAP menentang agenda Islam di bawa PAS.

Katanya, PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang menghimpunkan penyokong PAS dari kalangan masyarakat India dan Cina bukan Islam.

“Kita boleh bertanding bukan sahaja kawasan Umno, kawasan DAP pun kita akan letakcalon bertanding. Kita ada kekuatan sekarang, yang penting ialah, kita kerja kuat dan ikhlas.

Kita mahu kemenangan yang diisi dengan menunaikan amanah,” tegas beliau.

Friday, August 28, 2015

Surat terbuka kepada PM: Ke mana duit kami pergi?


SYAHIR SULAIMAN | 28 Ogos 2015.

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu; Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya” (Al-A’raf: 96)

YAB Datuk Seri,

Tidak dapat dinafikan, negara kini berhadapan dengan ketidakstabilan politik dan ekonomi. Pertumbuhan KDNK diunjur malar, inflasi terus menjalar, defisit kian melebar, hutang kerajaan makin mengakar, tabungan rakyat semakin sukar, dan terkini Ringgit sudah hilang kadar.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, kami anak muda juga cakna memikirkan hal ekonomi negara. Saban hari kami hadapi - harga makan minum mahal, harga rumah mahal, harga kereta mahal, harga petrol mahal. Namun kelangsungan hidup perlu diteruskan, demi mengejar cita dan harapan.

Jika sebelum ini Datuk Seri dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, kini kerajaan tiada pilihan selain meningkatkan integriti untuk memperbaiki tahap keyakinan.

Rakyat perlu dilibat sama.

Rakyat perlu dilibat sama dalam usaha bersepadu dalam menangani krisis ini. Rakyat tiada akses pada keuntungan sumber minyak negara, yang kami kira, wajar diagih rata. Rakyat tiada akses pada agihan tender kerajaan, yang kami hitung, wajar diberi secara telus dan terbuka. Rakyat tiada akses pada perbelanjaan menteri, yang kami perincikan, wajar dijimat dalam berbelanja. Rakyat tiada akses pada kutipan GST yang dipungut dari poket kami, yang kami anggar, wajar diagih saksama.

Dua strategi perlu diambil dalam menangani krisis ini. Pertama, memperkasa dayatahan kuasa beli rakyat, kedua, mempertahan daya saing ringgit.

Bagi memperkasa dayatahan kuasa beli rakyat, beberapa insentif dasar fiskal dan monetari yang akomodatif wajar dilaksanakan, supaya rakyat mempunyai lebih pendapatan boleh-guna (disposable income) agar kerancakan perbelanjaan domestik dapat dikekalkan, antaranya dengan memberi fleksibiliti untuk potongan cukai pendapatan dan caruman KWSP, mengawal kadar faedah yang dikenakan bank, malah jika perlu, dikurangkan kadar GST atau ditangguhkan pelaksanaannya buat sementara. Di pihak majikan, insentif percukaian atau gran khas boleh disediakan untuk mengelak pengilang dan peniaga memberhentikan pekerja bagi mengurangkan beban operasi syarikat.

Persepsi dan sentimen ini perlu diurus dengan baik, dan rakyat perlu diyakinkan untuk terus berbelanja bagi menjana ekonomi negara, serta tidak mudah terpedaya dengan khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab, antaranya ringgit akan hilang nilai, simpanan di bank perlu dikeluarkan, dan pelbagai lagi andaian negatif yang tidak berasas.

Ringgit perlu distabilkan segera.

Bagi mempertahan dayasaing ringgit, kerajaan perlu memberi fokus untuk menstabilkan dinamik penawaran dan permintaan matawang. Langkah mengurangkan permintaan terhadap wang asing perlu diperkenalkan, antaranya dengan menghadkan import barangan mewah, menghadkan aliran keluar modal dan pelaburan luar negeri oleh dana-dana awam, mengurangkan kunjungan ke luar negara oleh penjawat awam, dan menggalakkan rakyat melancong ke destinasi domestik.

Di samping itu, permintaan terhadap Ringgit boleh ditingkatkan, antaranya dengan memberi insentif pelaburan kepada industri berorientasikan eksport, menggalakkan pelabur tempatan membawa pulang keuntungan dari luar negara, dan meningkatkan promosi kedatangan pelancong asing ke dalam negara.

Akhir dari kami, ingatlah ketika Datuk Seri (dan isteri) berfikir ke mana mahu pergi, kami anak muda berfikir ke mana duit kami pergi. Teringat kami akan konsep wasatiyyah yang pernah dizikirkan. Jika ikhlas diamalkan, setiap masalah mampu diselesaikan.

Firman Allah s.w.t.: “Yusuf menjawab: Hendaklah kamu bertanam tujuh tahun seperti biasa, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkai; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makanan. Kemudian akan datang selepas itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan bagi mereka; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah hasil.” (Yusuf: 47–49) - HARAKAHDAILY 28/8/2015

Tuesday, August 11, 2015

Pemimpin tak amanah punca masalah, kata Hadi

NORMAWATI ADNAN
11 OGOS 2015


Abdul Hadi bersama kepimpinan Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak sempena Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan 5.0 di Manjoi, kelmarin.

IPOH – Malaysia kini bukan sahaja dihimpit masalah jenayah dan keruntuhan akhlak, tetapi yang lebih besar adalah masalah pemimpin yang tidak amanah apabila dipalit dengan pelbagai skandal.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selagi setiap pemimpin tidak memahami amanah sebenar yang dipukul, segala masalah tidak akan selesai termasuklah tindakan memecat pemimpin.

“Pecat timbalan perdana menteri tidak selesai juga masalah. Di mana silapnya? Pimpinan tidak tunai amanah dengan betul, jadi fahamilah amanah ini. Banyak skandal yang sudah kita lupa, ketika ini 1MDB, dahulunya skandal KWSP, Tabung Haji, Perwaja dan sebagainya yang hampir kita lupa. Semuanya mencapai angka bilion.

“Kerana itu pentingnya kita kembali kepada amanah yang disebut dalam al-Quran dan Hadis, amanah memerintah negara itulah amanah paling besar,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan 5.0 di Jalan Pemimpin, Manjoi, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Nasaruddin Daud dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.

Beliau berkata, masyarakat Islam ketika ini khususnya orang Melayu melihat sifat amanah hanya berkisarkan kepada perkara-perkara tertentu, sedangkan amanah paling besar adalah amanah dalam memerintah negara dan ia melebihi segala-galanya.

“Semua kerajaan di seluruh dunia termasuklah negara ini tidak akan kekal selama-lamanya dan apabila sampai masanya mereka akan tumbang.

“BN tidak akan kekal dan semua kerajaan tidak akan kekal. Kerajaan di Indonesia, Jepun, India dan Amerika sendiri, kuasa pemerintahan silih berganti.

“Kita mahukan satu perubahan ke arah kerajaan yang amanah dan baik iaitu perubahan dengan Islam.

“Malangnya orang Melayu hanya melihat amanah itu berkaitan simpan duit dan kirim barang sahaja,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-